Saturday, 18 July 2009

Quiltworks / Patchworks

Kedai ini terletak bersebelah dengan Japanese Restaurant yang pernah aku dinner 2 weeks before. At that time kedai ni dah tutup tapi dari luar, aku terpegun tengok "isi" dalam kedai ni. Cantiknya ...... Aku memang minat menjahit tapi selalunya "hangat-hangat tahi ayam". Mesin kat rumah tu sampai dah berhabuk. Aku rasa dari awal tahun aku nak belajar kat EPAL tapi kewangan tak mengizinkan dan lagi satu, tu la takut "hangat2 tahi ayam". Dah le mesin EPAL tu mahal. Aku survey macam-macam pasal Quilt dalam internet. Tengok corak-coraknya buat hati tertawan. Lunch tadi aku ambil peluang ke kedai ini. Dah last day so kalau boleh taknak sampai menyesal tak sudah. Aku tanya macam-macam la pasal Quilt kat Auntie. Dia suruh aku attend class esok tapi dah sah-sah esok nak balik. Dia kata kalau dalam masa 3 minggu aku berada di sini, sempat belajar ... emmm benda dah berlalu kan? Auntie tu very friendly. Dia kata takde mesin khas untuk jahit quilt. Guna sahaja mesin biasa tapi ada gadgets yang kena beli. Aku minta permission untuk ambil gambar dalam kedai and aku beli 1 buku untuk beginner. Mana tahu kalau ada budget, boleh ikut kelas kat mana-mana.
Promosi jap : Saya ada menjual Patchwork di Pasar Tani Saujana Utama. Macam-macam corak dan kain berkualiti. Selesa untuk dibuat alas tidur atau selimut. Harga pun berpatutan. Singgah-singgahlah ye !!!

Friday, 17 July 2009

Tak sedap BADAN

Today rasa soo lazy to go to work. Tapi pergi jugak la. Kaki rasa lenguh-lenguh, bisa and sejuk sampai ke tulang. Badan rasa "dedau" and letih semacam. Macam-macam dok pikir kenapa ye?
  1. Mungkinkah semalam kat office ni sejuk sangat? Dari semalam lagi dah start rasa macam nak demam.
  2. Mungkinkah nak "datang bulan"? Oppssss!!!
  3. Mungkinkah tidur terganggu sebab anak-anak asyik call sahaja? Yesterday memang they all dah mula try to call aku and silap aku pulak angkat call. Tu yang they all tahu aku boleh terima call.
  4. Mungkinkah sebab penat sangat? Emm ... tak rasa gitu!!!
  5. Mungkinkah INFLUENZA??? Nauzubillah .... jauhkan la ...
OHHHH ..... TIDAK!!!!! Kawan dah takutkan aku. Kat Malaysia semua orang takut pasal H1N1 tapi aku kat sini biasa je (walaupun aku risau juga before datang). Orang-orang kat sini (Arizona) takde sibuk-sibuk pasal H1N1. Takde orang pakai mask. Kat TV and berita pun takde cerita pasal H1N1. Abang pun sibuk nak hantar aku ke Hospital Sungai Buloh lepas aku tiba sini. "Bang oii, kalau takde penyakit ingat senang ke nak masuk/kuarantin kat hospital?". Alhamdulillah selama kat sini aku tak pernah kena selsema. Kawan-kawan memang tahu aku ni terkenal sebab selsema. Aku allergy pada perubahan cuaca kot. Tapi kat Malaysia je aku selalu selsema. Dulu pernah training ke Jepun dlm 2 weeks time winter and sepanjang tu aku tak selsema. Ramai yang heran and pelik??? Aku dah kata "HIDUNG KU INI MADE IN OVERSEA". Aku guna pakai statement Kak Ina sebab dia bagitau AKU, KAK YATY, ABANG LONG and niece ARDILLA punya hidung "HIDUNG OVERSEA". Pagi-pagi mesti "hatchommm, hatchommmm ....". Boleh bergegar rumah ... hehehe. Ada symptom Resdung tu.(dah banyak ubat and perubatan aku buat tapi semua temporary sembuh sahaja. Dah malas nak cuba sana sini.) * Kak EMy tak masuk dalam senarai tapi hidung dia tinggi juga. Sebabnya dia suka menolak hidung ke atas. Ke LOBANG Hidung makin besar jadiknya??? Doakan semoga kesihatan aku baik. Lagi 3 hari je nak balik Malaysia.

Wednesday, 15 July 2009

Setahun di sini

14 July 2009 - Genaplah setahun aku bekerja di company ni. Terasa sekejap sahaja masa berlalu. Alhamdulillah dengan keadaan ekonomi yang gawat, ramai orang hilang pekerjaan tapi aku masih berada di sini, masih diperlukan di sini (ye ke?). Walaupun aku tidak suka sangat pergi training ke US tapi peluang ini insyaAllah memberi jaminan pekerjaan kepada aku dalam masa beberapa tahun. Dah kena "bond", nak lari ke mana? Kalau ditakdirkan company dah taknak aku pun, aku telah mengatur perancangan untuk menjamin kewangan dan membantu ekonomi keluarga.... CHEWAH!!! Dalam setahun ini aku rasa ilmu aku tak cukup banyak lagi. 4 bulan pertama aku still lepak2, bergayut kat telefon and surf internet sahaja. Masa awal tahun pulak banyak cuti yang "dipaksa" sampai lah sekarang. 3 hari ini (Mon ~ Wed) company di Malaysia shutdown, nasib baik le aku ada di US kalau tidak tolak lagi gaji aku. Tapi cuti2 begini memang aku tunggu. Boleh aku habiskan masa melepak kat rumah dengan tenang. Lunch tadi Zxxxx belanja lunch tapi bukan sebab celebrate aku setahun di company ni.... hehehe. Ini sebagai balasan sebab masa dia datang Malaysia, boss aku belanja dia. Masa dia datang pun aku belum masuk company ni lagi. Rezeki!!!! Dia ni cina dari Tanah Besar, ambil Phd and migrate. Now Test Development Engineer kat company ni. Company ni memang multinasional, dari China, India, Mexico etc. Dia ajak migrate ke US tapi asyik cerita ekonomi USA and bisnes company DOWN, kalau sesiapa ada niat nak migrate pun terbantut. Aku takde langsung niat nak migrate.
S, aku, Z
Ingat dulu masa abang nak kerja di Jepun, nak bawa aku dan anak-anak, "satu kampung menangis" tak mahu kami pergi. Mana taknya, parents dah tua, apa2 jadi bukannya dekat nak balik. Kerja kat Selangor ni pun kelam kabut balik Melaka masa arwah nenek meninggal. Tapi kalau abang dapat peluang kerja kat US / UK / negara omputih, memang 80% aku nak pergi. Aku nak anak-anak pandai cakap omputih, nampak "class" gitu!!! Entahlah sebab aku pikir kalau pandai cakap omputih, nak cari kerja pun senang, nak belajar pun senang. Tengok macam aku, nak communicate pun susah. Tak gitu ke? Masa aku bagitau kat family aku kena pergi US, kena interview untuk apply visa. Kak Emy cakap "kalau tak tahu cakap omputih, tak boleh dapat visa". Bergurau / serious?? Masa tu aku pikir, alah kalau tak approve pun takpe. Orang2 kaya tak tahu cakap omputih, lepas juga pergi vacation ke US, so interview ni buat syarat je. Anyway aku dah berasa di sini. ((*o*))Kenapa berlumba-lumba nak belajar cakap omputih, lagi baik belajar bahasa Arab kan???.......

Rindu kat family, rindu kat anak-anak, rindu kat Imran.

Pagi tadi as usual buat video call dengan anak-anak. Ha ... tak puas rasanya!!! Best sebab kali ni semua anak-anak masih tak tidur lagi. Dah nampak "kenakalan" Imran. Panjat sana, panjat sini. Kacau kakak-kakak. Pukul kakak sebab jeles la tu ibu cakap dengan kakak-kakak sahaja. Setiap hari mesti ada sahaja benda yang Imran nak mengadu. And ayat yang selalu dia cakap "Ibu ..... tengok kakak ni". Kakak-kakak tak usik dia pun!!!

Maisarah macam biasa suka buat "muka". Kejap senyum, kejap lopong, kejap gediks. Susah nak tengok Maisarah fresh waktu-waktu dah dekat pukul 10pm. Hari ni juga dapat tengok free show Nabilah menari. Alahai dia ni kalau menari memang tak ingat dunia. "Kena" pulak steps yang dia menari tu, kiranya tak janggal la kita tengok. Tengah leka berbual dengan Nabihah, tiba-tiba terperasan, "mana yang lain?". Yang bising tadi semua dah tidur, tinggal Nabihah sahaja. Nabihah baru baik dari demam. Demam rindu kat ibu? Ayah mengadu, last week nenek masakkan nasi goreng then tanya Nabihah, sedap tak? Nabihah jawab "Sedap tapi ibu masak lagi sedap". Ayah tanya kenapa? Nabihah jawab "Sebab tu ibu Nabihah". Alah cair hati mendengar. Walaupun ibu jarang masak ..... Ni memang jawapan ikhlas dari anak sebab aku takde di situ. Nabihah memang anak yang paling suka MAKAN, suka MENGEMAS RUMAH dan hati dia lembut dari adiknya, Nabilah.

4 HARI LAGI NAK BALIK, 6 HARI LAGI NAK SAMPAI MALAYSIA.... cepatlah masa berlalu.

Sunday, 12 July 2009

Grand Canyon

Hajat aku nak pergi ke Grand Canyon atau Los Angeles. LA maybe ambil masa dalam ~6jam kalau tak sesat and "driver" aku pun macam tak berminat nak pergi.

Atlast today sampai jugak hajat ke Grand Canyon... Alhamdulillah. Bertolak dari Chandler, Phoenix dalam pukul 9am then pergi tukar kereta sebab kereta yang sewa last week tak sedap bawa. Ni kereta ke3 kami sewa. Alah, tak kena apa-apa charge pun.

Kami terus cari jalan ke Flagstaff, antara tempat yg kena "jumpa" before boleh menyimpang ke Grand Canyon. Simon bawa GPS tapi sekejap je guna sebab baterry lupa nak bawa pulak....aparah!!! Dah sesat kat tempat rental car lagi then memang nak cancel je. Nasib baik jumpa jugak Route 17 ke Flagstaff. Teruskan je walaupun agak lewat.


Bila tengok jalan ni, tertanya-tanya jugak, "bilalah nak sampai?". Ingatkan menuju ke gunung tu, rupanya jauh lagi perjalanan kami, sehingga jumpa pondok bayar tiket.  
 
Baru sampai, GAYAT!!! Ambil gambar pun menggigil
 
 
Rasa GAYAT dah over.


Cantik pemandangan di sini. Kami dah berada di ketinggian lebih dari 5000~8000 kaki. Tak terasa pun masa mendaki dengan kereta. Proses perubahan batu-batan, gunung-ganang yang ambil masa beribu-ribu tahun.... GEOGRAFI punya subject la ni!!!

Dah sampai sana, aku GAYAT!!!! Menggigil kaki nak bergerak ke hujung "pagar" untuk bergambar. Nasib baik sekejap je, kalu tidak RUGI datang jauh2. Banyak POINTs yang kami berhenti untuk bergambar. Bila dah tak larat nak naik kereta, naik shuttle bus pulak. Petang2 kat atas sana SEJUK.

Jom layan gambar2

On the way nak balik, Karibu (Caribou) ni menghalang lalu lintas. Ramailah yang perlahan and berhentikan kereta untuk bergambar. Termasuklah KAMI.


Masa balik kami lalu route lain ke Flagstaff. Gelap gelita jalan ni. Jalan ni dekat sikit dari jalan yang kami datang. Kalau tengok peta, tulis "Scenic Route" tapi sebab dah malam, gelap pulak tu so apa-apa pun tak nampak.

Aku asyik membebel kat Simon sebab bawa laju. Aku nak bawa kereta, dia kata takut sebab aku asyik mengantuk je. Bagi le aku stering, insyaAllah tak mengantuk.

Anyway, alhamdulillah sampai juga ke hotel dalam pukul 11:30pm ....