Tuesday, 6 October 2009

Rumah orang cantik-cantik

Open house sana-sini .... jalan kat rumah aku lengang, tiada kereta2 jiran park kat depan rumah etc. Semuanya sibuk pergi open house kot. On the way nak balik rumah malam, banyak sungguh kereta di Shah Alam. And kat depan Sunway Kayangan tu jammed macam waktu pagi time orang sibuk nak pergi kerja.
Kami pergi rumah Abang Azhar & Aishah di Putra Heights. Rumah baru so the very excited nak tengok. Dah tu both of them very creative person. Masuk sahaja rumah, suami aku dan abang Kamal dah start survey rumah sampai ke tingkat atas. Buat macam rumah sendiri. (Dorang semua dah macam adik-beradik). Sampaikan tuan rumah terpaksa berkejar dorang, takut-takut pergi ke tempat tak sepatutnya.
Decoration memang cantik, macam show house. Dan sentuhan seni dorang begitu teliti sampaikan stickers bunga yang nampak macam biasa je tapi dah ditampal di tempat yg sesuai, nampak macam wall paper pulak.
On the way back, aku and suami dok pikir, camne dorang banyak duit camtu? Padahal both kerja biasa je. Then camne dorang dapat idea nak hias rumah?
Kami suami isteri berangan camne nak cantikkan rumah ...
(1) Main : Duit mesti ada baru boleh tepek wallpaper misalnya.
(2) Rumah kami banyak barang. Ada yang guna, ada yang sekadar hiasan. Nak dibuang, sayang .... sentimental value le katakan.!!
(3) Masa pindah dulu, semua barang kami angkut termasuk almari buruk yang dah bertahun-tahun. Selagi boleh pakai, semua dihangkutnya. Jangan membazir!!! Macam dorang, kebanyakkan barang rumah lama dorang jual. So everything baru and takde semak macam rumah kami.
Itulah conclusion kami, memang RM RM kalau nak rumah cantik, ditambah pula kami ni bukan insan creative. Tapi kalau ada duit pun, aku rasa suami ku tak akan “melebur”kan duit kearah itu and dia sememangnya tak minat dengan benda-benda camtu. Paling tidak pun dia akan buang segala benda-benda yang tak digunakan dalam rumah. Kalau terlebih duit, MAYBE …
Bila dah ada dalam rumah, bersyukur dengan apa yang kami ada .... Inilah syurga kami. HOME SWEET HOME ...

Monday, 5 October 2009

Aiman dan Opah Upin & Ipin

Aiman "berlagak" dengan gengs kat sekolah dia. Aiman bagitau yang saudara dia kaya, alah yang buat cerita upin dan ipin tu. Mati-matian kawan tak percaya and gelakkan dia. Yelah sekolah kat kampung Melaka, siapa nak percaya? Aiman pulak yang cakap, lagilah orang susah nak percaya... TAPI AIMAN TAK KISAH ...Camne nak prove kan? Aiman nak ambil gambar dengan Opah. Datuk pun bawalah Aiman ke rumah Opah Upin & Ipin @ Kak Ainon. Aiman dengan suka hati ambil gambar dengan OPAH. Opah excited jugak sambil peluk Aiman yang busuk bachin tu.

Kakak Aiman sibuk meronda dalam rumah tu sambil snap gambar. Boleh sesat dalam rumah tu kalau orang yang tak biasa. Salute pada arkitek yang design rumah camtu. * Rumah ni masuk dalam majalah Laman Impian this month.

Exam Taekwando

Hari Ahad, pagi lagi kami sekeluarga pergi ke Kompleks Rakan Muda di Puchong. Maisarah ada exam taekwando. Grade 8 ??? . Nak tukar warna belt dari putih kuning (mungkin kuning putih) ke kuning. Entahlah aku pun tak sempat nak khatam belt taekwando ni.

Berdoa supaya Maisarah lulus. Sir yang ajar tu kata boleh lulus tengok dari performance Maisarah. Yang kelakarnya masa exam tu aku tengok Maisarah macam nak menari je. Lebih-lebih lagi masa ber"partner". Partner pun comel & kecil macam dia. Lemah-lembut. Reason Maisarah, takut terpukul kawan kuat sangat. Tunjuk kat suami video, suami pun ketawa and tak sanggup nak tengok.

Thursday, 1 October 2009

Doa Maisarah

Maisarah dah disuruh sembahyang 5 waktu. Walaupun kadang-kadang ON OFF. OFF tu bila pergi sekolah; "Rehat sekejap sangat la" ... dan macam-macam alasan.

Selalunya kami dapat sembahyang berjemaah waktu Maghrib and kadang-kadang Isya. Now Maisarah selalu offer untuk baca doa. Dulu dia baca doa sambil tengok buku tapi now dah pandai karang sendiri. Aku tersenyum jugak bila dengar doa yang dia baca .....antaranya:

" Ya Allah, tunjukkan kami jalan yang lulus"
" Ya Allah, jadikan aku pengawas pusat sumber"
" Ya Allah, no 1 dalam peperiksaan"

AMIN .... semoga doa Maisarah dimakbulkan oleh Allah

Tetamu Raya

Time raya dolu-dolu, masa anak-anak masih kecil kalau boleh pintu rumah sentiasa nak tutup. Sebabnya takut kanak-kanak datang serbu. Nak-nak bila hari bekerja. Malas nak layan!!! This year suruh anak-anak ajak kawan datang ke rumah tapi dengan syarat, kalau nak datang masa weekend sahaja. Semalam anak-anak merengek nak beraya rumah kawan. Kawan dah ajak, aku beri lah jugak pergi. Jiran .... After balik mengaji and they all pakai baju tidur sahaja, aku stop kan they all kat rumah kawan. Ada kunjungan balas pulak tu... aku hidangkan kuih raya sahaja la. Tengok budak-budak ni lagi suka survey bilik anak2 dari makan kuih raya. Tak kisahlah sebab aku pun dah kasi permission. Lagipun anak aku cerita, they all pergi rumah kawan pun buat benda yang sama, tengok bilik kawan2 ... hehehe. Jam dah hampir pukul 10pm tapi kengkawan anak aku ajak pergi rumah jiran lain. Yang kelakarnya aku dengar they all beri salam tapi tuan rumah suruh datang esok sahaja. Last-last semua balik rumah masing-masing. Malam ni konvoi raya lagi ke?