Open house sana-sini .... jalan kat rumah aku lengang, tiada kereta2 jiran park kat depan rumah etc. Semuanya sibuk pergi open house kot. On the way nak balik rumah malam, banyak sungguh kereta di Shah Alam. And kat depan Sunway Kayangan tu jammed macam waktu pagi time orang sibuk nak pergi kerja.
Kami pergi rumah Abang Azhar & Aishah di Putra Heights. Rumah baru so the very excited nak tengok. Dah tu both of them very creative person. Masuk sahaja rumah, suami aku dan abang Kamal dah start survey rumah sampai ke tingkat atas. Buat macam rumah sendiri. (Dorang semua dah macam adik-beradik). Sampaikan tuan rumah terpaksa berkejar dorang, takut-takut pergi ke tempat tak sepatutnya.
Decoration memang cantik, macam show house. Dan sentuhan seni dorang begitu teliti sampaikan stickers bunga yang nampak macam biasa je tapi dah ditampal di tempat yg sesuai, nampak macam wall paper pulak.
On the way back, aku and suami dok pikir, camne dorang banyak duit camtu? Padahal both kerja biasa je. Then camne dorang dapat idea nak hias rumah?
Kami suami isteri berangan camne nak cantikkan rumah ...
(1) Main : Duit mesti ada baru boleh tepek wallpaper misalnya.
(2) Rumah kami banyak barang. Ada yang guna, ada yang sekadar hiasan. Nak dibuang, sayang .... sentimental value le katakan.!!
(3) Masa pindah dulu, semua barang kami angkut termasuk almari buruk yang dah bertahun-tahun. Selagi boleh pakai, semua dihangkutnya. Jangan membazir!!! Macam dorang, kebanyakkan barang rumah lama dorang jual. So everything baru and takde semak macam rumah kami.
Itulah conclusion kami, memang RM RM kalau nak rumah cantik, ditambah pula kami ni bukan insan creative. Tapi kalau ada duit pun, aku rasa suami ku tak akan “melebur”kan duit kearah itu and dia sememangnya tak minat dengan benda-benda camtu. Paling tidak pun dia akan buang segala benda-benda yang tak digunakan dalam rumah. Kalau terlebih duit, MAYBE …
Bila dah ada dalam rumah, bersyukur dengan apa yang kami ada .... Inilah syurga kami. HOME SWEET HOME ...
No comments:
Post a Comment