Aku try cari dalam Google, betul ke perkataan
Petik Jari yang aku maksudkan? Yang aku jumpa dalam pencarian Google "Petik Jari, Dapat Duit". hehe ... klu betul , aku dok rumah je, besarkan lagi badan yang sememangnya dah besar ni.
Aku ingat2 lupa, subjek Sains Form 1 kot yang ada belajar pasal kebolehan manusia. Ada perbuatan yang tak semua orang boleh buat. Contohnya gulung lidah, gerakkan telinga, angkat sebelah kening (ala-ala Ziana Zain) dan macam-macam lagi.
Petik Jari termasuk dalam kategori ini ke?
Ni kisah our kids. Yang terlebih over, TWINS. Dari dulu dorang ni pelik sebab aku boleh
Petik Jari. Bersungguh-sungguh dorang nak belajar tapi tak berbunyi juga jari dorang tu! Akhirnya berlalu begitu sahaja sehingga semalam, keluar balik pasal
Petik Jari. Sebabnya,
IMRAN boleh Petik Jari.
Alahai comelnya Boboy ku sorang ni!!!!
Dah le comel jari-jari dia, senang je dia Petik Jari.
Walaupun bunyi tak kuat tapi dengar la juga, yang boleh buat kakak-kakaknya JELES.
Yang tak tahan tengok, gaya SELAMBA and ada sikit-sikit EKSEN bila dia Petik Jari.
Sambil hisap botol pun boleh Petik Jari. Cayalah!!!!
Kesian Twins, practise camne pun tak menjadi. Akibat dari sibuk nak
Petik Jari, pagi ni twins baru teringat ada homework Jawi. Ibu lah jadi "student" ....
1 comment:
Petik jari ? Boleh... tapi tarak bunyi...camner ? Boleh masuk ke? hehehe...
Post a Comment