"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Tuesday, 20 October 2009
Kenduri kahwin ala-Jawa di Banting
Terima kasih pada Kak Maziah sebab sudi menjemput kami. Ingat juga pada saya.
Dari Cherating kami direct to Banting untuk attend kenduri kahwin adik Kak Maziah. Abang pecut kereta 160~170, macam dia yang nak kahwin. So Cherating to Banting hanya 3.5 hours. Aku yang duduk belakang ni asyik tekan brek dan tak henti-henti membebel. Kami sempat singgah makan durian tepi jalan area Karak sana. Bila dah dapat makan durian, senyap sikit bebel aku ni!!!
Sama ada style kenduri zaman sekarang / style Jawa? Kaum keluarga semua pakai baju "sepapan" (bukan sedondon lagi!). Senang nak kenal tuan rumah. Kenduri ni kat kampung so biasa le tak berpagar. Aku & suami terpinga-pinga, kenapa takde orang sambut? Rupanya kena masuk ikut "pintu gerbang", baru le nampak tuan rumah.
Masakan pulak memang banyak and sedap-sedap. Tempe mesti ada. I LIKE .... Masa aku sampai, kak maziah sibuk jadi "accountant tak bertauliah" dan beri gift to tetamu. Seingat aku kalau Jawa kahwin, RM masyukkk!!!... berpuluh-puluh "K". Kaya kejap tuan rumahnya!! Kekadang ada pulak yg menhantar "orang kecil" (toyol). Dorang selalu cerita pasal duit orang bagi tu kena make sure "bersih". Sometimes tuan rumah kena simpan duit dalam peti ais, what purpose??? Toyol bogel tak tahan sejuk kot...hehehe... oklah tak boleh citer lebih-lebih!!!
Aku kenal rapat Kak Maziah after 1.5 years kerja di Toshiba. Aku "dibuang" (alhamdulillah!!) dari System to Testing and Kak Maziah clerk for testing. Before tu tengok Kak Maziah dari jauh sahaja. Siapa yang tak kenal Kak Maziah yang putih melepak & cun-melecun tu? (kak maziah, kalau baca ni jgn le terbang terlebih2. Bila lagi nak dengar pujian dari saya kan?). Kulit dia cantik walaupun tak tepek bedak mahal-mahal. PURE JAWO!! Salute/ tabik cara dia kerja. Tak payah pening2 kepala nak summarize data, pas je kat dia. Segala formula keluar... Maybe sekarang dia dah acting as enginner kot sebab 3 engineers dia dah resign. Hopefully Kak Maziah and lagi sorang testing clerk, Kak Hanizah success. Medang, medang juga, janji kerja beres kan??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment