Friday, 9 October 2009

Bersyukur

Sekadar luahan perasaan ... Semalam terima berita from customer. One Drop Perfumes yang aku pos hilang. Hilang pulak di office HR. Kalau sekotak dua, takpe jugak. Ni sampai 12 kotak. Siapa nak ganti??? Rasa serba salah sebab kalau hilang memang customer / orang HR tu kena ganti, walaupun sikit. Memang RALAT rasanya. Aku berdoa pada Allah supaya jumpakan bungkusan tu. Tak mahu ada orang yang teraniaya. Ada juga orang yang pandai tilik-menilik ni tolong "tengok-tengokkan". Pagi tadi terima berita, customer tu dah terima. Ada "orang" letak bawah meja dia. Semalaman "orang" tu "panas" kot. Bungkusan dah dibuka and semua kotak ada. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat ..... Pada orang yang ada niat mencuri tu, insaflah!!! Banyak lagi kerja yang mulia di muka bumi ini ...

No comments: