Wednesday, 14 October 2009

Tudung

Di kala tudung dah keluar berbagai-bagai version, tudung Wardina, Mawi, Ekin, Datuk Siti, aku masih selesa dengan tudung bawal. Tudung bawal pun ada byk version yang buatkan kepala pening nak cari yang betul2 berbaloi dengan harga. Semasa tudung yang ber"awning" berada di pasaran, macam-macam dengar percakapan orang untuk mengata pada si pemakai. Antaranya:
"Wah, dah buat renovationlah, dah ada awning"
or
" macam bibik Indon la".
Aku jadi takut nak beli, sesuai ke dengan muka aku ni? Oleh kerana teringin, kononnya nak up-to-date juga, aku try beli tudung yang fesyen ber"awning" and ala-ala Indon. Beli pun dah lama and dah ramai orang pakai. Murah, rm10 shj. Aku beli 3. Tudung ni juga aku pakai di rumah, jalan-jalan and tudung ni juga dah sampai ke Mekah and US. Bawa tudung bawal tapi atlast tudung rm10 juga yang selesa and senang nak pakai. Sekarang lagi banyak tudung cantik-cantik kan? Hari Sabtu lepas, masa pasar tani, sambil aku berniaga, sambil tu aku "cuci" mata. Aku berkenan tengok 1 tudung ni. Bila tanya harga, murah .....rm8. Memang dah berkenan habis. Ada lagi satu tudung yang corak & color sama cuma "awning" tu plain and harganya rm25. Bezanya maybe kualiti kain and "awning" tu. But bagi aku, kualiti rm8 and rm25 macam sama je, lembut, tak tebal dan jahitan pun ok. So .... tahu-tahu jelah aku pilih yang mana? Sometimes tak paham kenapa orang beli tudung yang harga sampai > rm50. Jenama / kualiti? Dan jangan tak percaya, tudung pun ada "cetak rompak" , "ori / tak ori" juga. Tu pasal harga berbeza-beza. Janji apa yang kita pakai penuhi tuntutan agama dan beri kepuasan pada kita..... Adios!!!

Saturday, 10 October 2009

Pokai

Style company ni kalau perayaan jatuh pertengahan bulan, so dapat 40% gaji sebelum perayaan. Masa before raya, aku dah dapat 40% full. Apa lagi, Raya Sakan la. Nasib baik aku bayar duit Q-Dees awal. Bila cukup bulan gaji masuk, macam biasa aku dulukan transfer duit untuk FAMA (Father & Mother) kat kampung. Bila nak transfer duit insuran, mak aii ...... tak cukup!!! Tengok detail, rupanya gaji bersih aku hanya RM871 shj. Kena unpaid leave and hutang AMEX card untuk personal expenses masa kat US. Kenapalah masa ni dorang tolak? Dalam keadaaan terdesak camni, buku ASB and Tabung Haji pulak "menghilangkan diri". Aku pun segera submit segala perbelanjaan pada suamiku, claim mana2 yang patut. Dan yang jadi mangsa ialah duit raya anak .... oppsss!!! Laki aku kata "macam tak biasa" .. hehe. <-- aku ganti tau! Bulan ni Deepavali pulak, the same case. Gaji akan masuk awal, 40% juga. Kenalah aku beringat-ingat. Pepatah Melayu : "Besar periuk, besarlah keraknya". So sendiri mahu ingat la ..

Friday, 9 October 2009

Bersyukur

Sekadar luahan perasaan ... Semalam terima berita from customer. One Drop Perfumes yang aku pos hilang. Hilang pulak di office HR. Kalau sekotak dua, takpe jugak. Ni sampai 12 kotak. Siapa nak ganti??? Rasa serba salah sebab kalau hilang memang customer / orang HR tu kena ganti, walaupun sikit. Memang RALAT rasanya. Aku berdoa pada Allah supaya jumpakan bungkusan tu. Tak mahu ada orang yang teraniaya. Ada juga orang yang pandai tilik-menilik ni tolong "tengok-tengokkan". Pagi tadi terima berita, customer tu dah terima. Ada "orang" letak bawah meja dia. Semalaman "orang" tu "panas" kot. Bungkusan dah dibuka and semua kotak ada. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat ..... Pada orang yang ada niat mencuri tu, insaflah!!! Banyak lagi kerja yang mulia di muka bumi ini ...

Thursday, 8 October 2009

DIY Projects

Sebelum raya aku sempat jahitkan beg untuk anak2 and 2 orang anak saudara. Beg ni untuk simpan duit raya la, apa lagi? Kalau sebelum ni asyik "menumpang" handbag aku, sampaikan bapak pun sama tumpang sampul raya. Puas hati kalau dapat jahit sendiri and jahit nama masing-masing kat depan supaya tak bercampur.
*sempat juga twins mengutuk. Nabihah said "Nabilah, tengok ni macam bonxxx kan? Tempat keluar taxx." Tension! Tension!!. Camne pun they all suka beg ni. Raya ke6 (Jumaat) petang kami dah sampai ke Saujana Utama. Aku pergi beli cat untuk bilik anak. Malam tu juga mengecat. Sampai pukul 3:30am aku mengecat sorang2. Mula2 sahaja ramai yang menolong. Beli cat murah, so berkali2 aku cat kat tempat yang sama sebab nampak berbelak. Hasilnya, cat 7 liter habis untuk 1 bilik. Aku budget untuk 2 bilik. Rupanya bila kering, tak nampak pun berbelak. Buang cat & masa aku sahaja ... but I LIKE DIY!!! * Cat bilik twins sebab Nabihah sungguh2 sponsered RM untuk beli cat. Warna PINK for girls ..

Wednesday, 7 October 2009

Red River Valley

Maisarah bawa balik "sekerat" lirik lagu ni and menyanyi. Teringat aku zaman dulu-dulu. Babah aku suka dengar piring hitam sambil menyanyi lagu ni. And kekadang bersiul-siul. Sampai sekarang ..... Babah memang suka bersiul.... Lagu ni banyak version and banyak liriks. Layan!!!
Lyric : From this valley they say you are going We will miss your bright eyes and sweet smile, For they say you are taking the sunshine That has brightened our pathways a while. Chorus: Come and sit by my side if you love me; Do not hasten to bid me adieu, But remember the Red River Valley, And the cowboy that has loved you so true. Won't you think of the valley you're leaving, Oh, how lonely and sad it will be, Just think of the fond heart you're breaking, And the grief you are causing to me. - Chorus - I've been thinking a long time, my darling, Of the sweet words you never would say, Now, alas, must my fond hopes all vanish? For they say you are going away. - Chorus - From this valley they say you are going, When you go, may your darling go too? Would you leave her behind unprotected, When she loves no one other than you. - Chorus - As you go to your home by the ocean, May you never forget those sweet hours, That we spent in the Red River Valley, And the love we exchanged 'mid the flowers. - Chorus - I have promised you, darling, that never Will a word from my lips cause you pain, And my life, it will be yours forever, If you only will love me again. - Chorus - They will bury me where you have wandered Near the hills where the daffodils grow, When you're gone from the Red River valley, For I can't live without you I know. - Chorus -