Saturday, 11 December 2010

Check-In hotel and Umrah

1 ~ 5 November 2010
Kami ditempatkan di Hotel Sevilla Barakat. Hotel memang kelasssssssssss!!!! Jauhnya 800m dari Masjidil Haram (MH). Kena mendaki sikit untuk ke MH, tu yang rasa penat semacam. Hotel ada 18 tingkat. Aku dapat bilik 733 dan abang 737. Bilik aku ada 6 orang and bilik abang 7 orang. Isteri-isteri (K Eja, K Endon, K Niza, K Yan, K Zura) sebilik dengan aku and suami-suami sebilik dengan abang. Dalam bilik aku paling muda. Yang lain umur lingkungan 39-55 tapi masih kuat-kuat lagi. 3 orang cikgu (Penolong Kanan 1, Ustazah from Mesir, Kaunselor) and 3 orang surirumah (ex-engineer, ex-lawyer, fulltime surirumah).
Pemandangan dari Masjidil Haram ke hotel Sevilla Barakat
Isnin at 8:00am, kami (Maktab 77) dibawa ke MH dengan bertalbiah penuh bersemangat. Then buat tawaf, saei & tahallul. Kami terpisah dari group, so terus buat berdua sahaja. Seorang pak arab as mutawwif bawa jemaah dari tawaf hingga saei. Yang kesiannya masa saei, baru pusingan ke5, jemaah dah disuruh tahallul. Ada beberapa jemaah yang terkena. Pak Arab pulak melarikan diri.
Setiap sembahyang fardu, kami masuk melalui pintu 72/73/74. Tempat sembahyang aircond. Aku bersolat di situ while abang suka pergi ke dataran walaupun waktu zohor yang tengah panas terik.
Pagi kami bermula at 3am. Ada masa kami buat tawaf sunat then stay kat masjid until dhuha. Then sarapan di hotel. Sarapan kena beli. Kami selalu makan nasi lemak. Sikit/ banyak sepinggan tu tetap SR4. Telur rebus sebiji SR1. Air secawan kecil SR2. Ada kole besar kat bilik tu tapi malasnya nak naik ke bilik. Jam sungguh kat lif. After sarapan, basuh baju (bukan everyday la) and lelapkan mata sekejap.
Pergi solat Zohor then balik for lunch. Makanan takle nak komplen, asalkan boleh telan and perut tak lapar. 1st day ok lagi, hari seterus-terusnya ..... Ada sekali rasa nak menangis bila nak makan tapi berdoa supaya Allah tidak sekat selera supaya ada tenaga untuk buat haji. Lepas minggu ke2, selera makan bertambah. Di hotel ada juga lauk2 lain yang dijual, boleh tambah selera. Restoran pun ada berdekatan dengan hotel.
Kami beriqtikaf di masjid dari Asar sampai ke Isyak. Nak ambil wuduk guna air zam-zam sahaja. Ramai jemaah M'sia guna spray untuk berwuduk, tapi kami tak dapat spray tu. Pasal toilet aku quiet cerewet. Pernah sekali nak terkucil, terpaksa berjalan balik ke hotel seorang diri.
Cuaca di Mekah panas dan berhabuk. Kawasan sekitar kotor dan meloyakan. Ramai orang batuk. Dibuangnya KxHxK kat mana-mana sahaja. 2nd day berada di Mekah, hujan turun selebat-lebatnya after Asar. Bersih skit udara.
Beberapa orang dalam bilik dah start batuk dan demam. Hari Jumaat dah rasa tak sedap badan. But today is Girls Day Out. Hari Jumaat Tabung Haji (TH) tak galakkan perempuan pergi sembahyang jumaat sebab sesak. So kami berlima (sebilik) kecuali Kak Yan pergi shopping / window shopping. Sempat makciks makan aiskrim arab yang sedap tu.
Shopping takde masalah coz Kak Niza pandai cakap Arab. Shopping punya shopping, masa kat kedai SR2, Kak Zura perasan dompet dia hilang. Jangan disangka takde pencuri. Banyak kes kami dah dengar. Ada yang hilang sampai RM2k. Masing-masing dah takde mood nak sambung shopping lagi, so kami balik ke hotel sahaja.
Ada bukti tengah shopping :-)

Thursday, 9 December 2010

Hari bertolak for Haji

31 Oktober 2010 (Ahad)

Hari nak berangkat. Pagi-pagi lagi dah angkut barang anak ke rumah Kak Sal. Macam nak pindah. Semua baju sekolah, buku-buku sekolah dihantar. Keluarga dari Melaka sampai at 10:00am. Ibu bawa banyak makanan. Makan sambil borak-borak. Few friends and jirans datang.

Mandi sunat ihram and after zohor, kami solat berjemaah solat musafir di rumah. Abang dah solat sunat ihram di masjid. Aku solat di airport. Bersalam-salaman dengan keluarga. Sayunya hati, Tuhan sahaja yang tahu. Sedih nak tinggalkan anak-anak dalam masa yang lama. Anak-anak tak habis periksa lagi.

Orang-orang surau dah berkumpul di depan rumah. At 2:00pm, Abg Lan laungkan azan dan kami naik kereta Kak Emy. PERMINTAAN KAMI ...... Hanya Shahrul & Kak Emy sahaja hantar ke Kelana Jaya. Dorang hantar, turunkan beg, bersalaman dan balik. Biarlah semua kesedihan ditinggalkan di rumah.

Di Kelana Jaya, Abang dapatkan gelang, beg gantung & other souveniers. After that abang tukar ihram dan kami masuk ke dalam dewan for check-in beg, check passport etc. Kami makan and ada sedikit taklimat. Kaunter tukar duit pun disediakan.

At 4:15pm, seorang jemaah TH laungkan azan dan kami mula berangkat naik bas. Bas-bas diescort hingga ke KLIA. Terasa macam VVIP and kami panjatkan kesyukuran kerana menjadi insan TERPILIH. Dalam hati berniat, tak mahu sia-sia peluang / rezeki yang Allah berikan. Kami tinggalkan anak-anak, keluarga dan harta benda, jadi patutkah kami sia-siakan peluang ini?

Bas kami dibawa terus ke tempat menunggu. Dah takde check-in lagi. Selepas solat maghrib, kami terus masuk ke kapalterbang. Kapalterbang MAS khas untuk jemaah-jemaah haji. Kami niat ihram umrah (haji tamattuk) dalam kapalterbang di Qarnul Manazil (miqat) sejam sebelum kapalterbang mendarat. Penerbangan ambil masa 8 jam. Tiba di Jeddah awal pagi. Kami menunggu lama juga di dalam airport. Pemeriksaan kastam for perempuan cepat sikit, so perempuan didahulukan. Then aku pergi ambil bags. **Cover bags kami lain dari yang lain, so takde masalah nak mencari. Serius, dari jauh dah nampak!!!

Kami pergi ke tempat tunggu bas. Bas ke Mekah around 3 jam and kami sampai ke hotel around 6:00am. Alhamdulillah makanan yang disediakan dari atas kapalterbang sampai ke hotel memang terlebih-lebih. Sampai tak muat beg!!!

Kuota Menteri

Post lambaian kaabah, aku ada story macam mana kami buat rayuan ke banyak tempat untuk dapatkan kuota menunaikan fardu haji pada tahun ini. Our turn sepatutnya 2026. Bila check dengan office TH Shah Alam, the staff pun terkejut coz kami dapat pergi walaupun baru setahun daftar. Check punya check, rupanya kami dapat pergi under KUOTA MENTERI. Soalan biasa, kenal ke mana2 menteri? Jawapan standard, kami kenal menteri cuma menteri itu sahaja yang tak kenal kami.

Ramai orang terkejut bila kami dapat pergi cepat. Feedback kami dapat, mesti ada cable. Sebenarnya early of this year memang ada minta tolong member (staff TH) tapi sebab baru sahaja mendaftar, dia pun tak boleh nak tolong. Feedback yang best aku dengar masa di kursus perdana dari seorang kakak, ni mesti banyak sedekah .... opppsssss, kakak itu menyedarkan diri aku sebenarnya!!!

Semua orang yang nak pergi haji kebanyakkkannya buat rayuan tapi dah bertahun2 buat rayuan, nama tak naik juga. Few office kerajaan / menteri ada kuota masing-masing. Abang buat rayuan ke office Timbalan Menteri Pertahanan early of this year. Kami terima surat dari office menteri itu menyatakan SOKONGAN  Other pejabat agama etc, TIDAK MENYOKONG. Tak sangka pulak SOKONGAN tu maknanya terus dapat. If we know, rasanya kami akan attend Kursus Bersiri.

Bila dapat pergi, soalan bertubi-tubi dari families and friends, macam mana boleh dapat? Macam mana boleh terpikir nak tulis surat ke pejabat menteri? Ni aku jawab on behalf coz everything abang yang uruskan, aku tolong sign mana2 yang ada nama Nor Hafizah shj.

Buku by MKI ini betul2 menolong kami. Buku ini pun dah terkenal. If orang tanya and kami jawab dapat KUOTA MENTERI, dorang boleh agak, ni mesti cara Prof MKI.

Abang tulis surat rayuan/sokongan ke pejabat-pejabat agama negeri Johor (anak Johor) and also ke pejabat Timbalan Menteri Pertahanan. Kenapa Timbalan Menteri Pertahanan? Kerana Timbalan Menteri Pertahanan berasal dari Mersing (kampung Abang).

Tips ni mungkin boleh dicuba. Apa-apa rezeki di tangan Allah. Kita hanya boleh merancang, doa dan tawakal.

All about haji

Semua posts after this berkaitan dengan haji. Niat nak share saat-saat mengunjungi ke tempat yang paling MULIA di dunia ini.

2 minggu sebelum wukuf memang takde update in handphone sebab busy menyesuaikan diri di sana. Cuma after wukuf perasaan nervous dah hilang and everyday rajin update activities in handphone.

Tuesday, 7 December 2010

Dah Balik

Alhamdulillah, dah selamat sampai M'sia hari Isnin (6/12/2010) at 2:30am then terus balik Melaka ambil 4 + 1 kiddos. Dah ada di SU coz ayah kerja pada Awal Muharram.

Akan celoteh later, insyaAllah ....