Thursday, 9 December 2010

Kuota Menteri

Post lambaian kaabah, aku ada story macam mana kami buat rayuan ke banyak tempat untuk dapatkan kuota menunaikan fardu haji pada tahun ini. Our turn sepatutnya 2026. Bila check dengan office TH Shah Alam, the staff pun terkejut coz kami dapat pergi walaupun baru setahun daftar. Check punya check, rupanya kami dapat pergi under KUOTA MENTERI. Soalan biasa, kenal ke mana2 menteri? Jawapan standard, kami kenal menteri cuma menteri itu sahaja yang tak kenal kami.

Ramai orang terkejut bila kami dapat pergi cepat. Feedback kami dapat, mesti ada cable. Sebenarnya early of this year memang ada minta tolong member (staff TH) tapi sebab baru sahaja mendaftar, dia pun tak boleh nak tolong. Feedback yang best aku dengar masa di kursus perdana dari seorang kakak, ni mesti banyak sedekah .... opppsssss, kakak itu menyedarkan diri aku sebenarnya!!!

Semua orang yang nak pergi haji kebanyakkkannya buat rayuan tapi dah bertahun2 buat rayuan, nama tak naik juga. Few office kerajaan / menteri ada kuota masing-masing. Abang buat rayuan ke office Timbalan Menteri Pertahanan early of this year. Kami terima surat dari office menteri itu menyatakan SOKONGAN  Other pejabat agama etc, TIDAK MENYOKONG. Tak sangka pulak SOKONGAN tu maknanya terus dapat. If we know, rasanya kami akan attend Kursus Bersiri.

Bila dapat pergi, soalan bertubi-tubi dari families and friends, macam mana boleh dapat? Macam mana boleh terpikir nak tulis surat ke pejabat menteri? Ni aku jawab on behalf coz everything abang yang uruskan, aku tolong sign mana2 yang ada nama Nor Hafizah shj.

Buku by MKI ini betul2 menolong kami. Buku ini pun dah terkenal. If orang tanya and kami jawab dapat KUOTA MENTERI, dorang boleh agak, ni mesti cara Prof MKI.

Abang tulis surat rayuan/sokongan ke pejabat-pejabat agama negeri Johor (anak Johor) and also ke pejabat Timbalan Menteri Pertahanan. Kenapa Timbalan Menteri Pertahanan? Kerana Timbalan Menteri Pertahanan berasal dari Mersing (kampung Abang).

Tips ni mungkin boleh dicuba. Apa-apa rezeki di tangan Allah. Kita hanya boleh merancang, doa dan tawakal.

No comments: