6 ~ 7 November 2010
Aku demam. Aku orang ke-4 demam dalam bilik tu. Pergi ke klinik TH, dapat antibiotik sekali. Malam makan ubat, esoknya peluh keluar, so pergilah sembahyang subuh kat masjid. Ubat yang diberi kuat sangat kot. Terhoyong-hayang masa sembahyang Zohor. Lepas tu sembahyang Asar ~ Isyak kat bilik sahaja. Rasa ralat jugak. Tapi sebab demam On Off. The next day pun ingat dah OK, pergi masjid waktu Subuh then lepas tu terus "pengsan" kat bilik.
** Seorang hamba Allah tidak pernah miss pergi seawal mungkin ke Masjidil Haram dan ke Masjid Nabawi walaupun dia demam panas dan batuk-batuk.
Sepanjang "Off" pergi masjid, ada masa aku pergi sidai/angkat baju kat tingkat 18, time orang pergi sembahyang. Sedihnya bila tengoh jemaah berebut-rebut naik lif, nak pergi sembahyang kat tingkat bawah hotel (B1). Ramai jemaah yang uzur & ramai juga yang ambil kesempatan. Kononnya nak simpan tenaga untuk wukuf nanti. (Look & See shj la). Sampaikan ada seorang imam siap janjikan sembahyang Zohor dan Asar berjemaah di floor tersebut. Aku pun takde le baik sangat cuma dalam hati terfikir, sia-sia datang dari jauh, macam solat kat rumah sahaja. Cuma yang dah uzur tu, kalau mampu ambillah package yang dekat dengan masjid. Aku dengar alasan dari beberapa orang jemaah, kenapa dorang ambil package? Mereka nak bawa ibubapa yang dah uzur. Pasal harga package Double, pastinya orang Malaysia kaya-raya!!!! Itu yang aku dapat dari Look & See aku ....
** Bagi saya, elok pergi Haji masa muda sebab Haji ini bukan sahaja cukup setakat pengetahuan/ilmu sahaja tapi the REAL practical. Memang banyak gunakan tenaga especially di Arafah & Mina. Ada sepasang hamba Allah yang dah lanjut usia ini berhabis RM13k untuk upah orang tolong di Arafah, Mina & until habis Tawaf, Saei haji mereka.
1 comment:
agree with you..haji pekerjaan orang muda...bukan pekerjaan orang pencen seperti tanggapan masyarakat kita....(maksud saya kalau ada rezeki dan mampu...buat la masa muda...ia very physical...)wallahualam..
Post a Comment