Syukur dah sihat. Alhamdulillah ada jalan shortcut baru dibuka!!! Dekat sahaja dari hotel nak ke Masjidil Haram. Yang penting takde berbukit!!! Lenguh wei seluruh anggota2 "gebus" aku ini. Told abang, kalau macam ni lagi dekat dari Hotel Royal Sultan yang pada mulanya kami booked for Haji with package.
Aku dah tukar tempat solat. Now masuk pintu 62 (Babul Umrah) pulak, nampak Kaabah, Abang kata rugi sahaja solat tak nampak Kaabah (tempat aircond tu susah skit nak nampak Kaabah). Dari pintu 62 dah boleh nampak Kaabah, baru PUAS HATI!!!! Then berdekatan situ banyak tempat-tempat sembahyang yang dikhaskan untuk perempuan.
Di keheningan Subuh, ku gagahkan langkahku menuju ke rumahMU.
Jemaah haji semakin ramai sebab dah nak dekat wukuf. Jemaah yang ambil package mahal dah sampai. Seronok berborak/tengok jemaah kaya dari Indonesia. Tinggal kat hotel Dar Al Tawhid yg ber"star2". Package Haji for 15 hari = RM60k. Diamond dorang blink2, berpinar biji mata sambil meleleh air liur bila tengok!!!
Kalau tengok sekitar Masjidil Haram, merata-rata orang tidur. Entah dari negara mana agaknya. Syukur jugak kami dapat tinggal di hotel. Waktu sembahyang kena pergi lagi awal. Pernah sekali terlambat waktu Asar, terpaksa sembahyang kat tangga. Lepas habis solat jenazah, terus dihalau tanpa sempat baca doa.
Sembahyang Jumaat terakhir before wukuf. SubhanaAllah ramainya umat!!!Sampaikan ke depan pintu hotel dorang bersolat. Kami, pompuan-pompuan stay kat bilik and tengok LIVE kat TV. TH larang pergi solat kat MH. Kak Niza cakap ni yang buat orang kafir takut tengok umat Islam. Baru time haji sahaja ni.... Doa after khutbah, ramai yang menangis.
Hari Sabtu sibuk pack barang untuk wukuf dan bermalam di Mina. Kami plan nak balik Mekah on 10 Zulhijjah tapi tak tahu le camne ??

2 comments:
babul Umrah???it brings back all those memmories..itu la pintu kegunaan i....huhuh....rindunya..ada cerita pasal pintu tu kan...nabi pernah bersembunyi di balik babul umrah tu masa orang musyrik cari dia....tp tak ingat sebab apa dorang nak cari dia....
i tak tahu ada sejarah pintu2 tu but maybe boleh check later.
Post a Comment