Tuesday, 25 January 2011

Tawaf Wadak & Madinah

29 November 2010 (Isnin)

Dah bangun pagi coz nak buat tawaf wadak at 3am. Bawa turun bag ke bawah. Masa ni kakaks kat bilik tak bangun lagi and aku tak sempat berpeluk-cium buat kali terakhir...huk, huk, huk... End of tawaf widak around 4am. Sedih tapi menangis pun sikit jer sebab dalam hati janji insyaAllah kalau ada rezeki, nak datang lagi and teringin nak bawa anak-anak.

Kami bertiga yang dapat balik awal (ME, Abang, Khir- orang kuat Datuk xx) dijemput dengan kereta oleh Muassasah arab untuk join dengan group lain di hotel lain untuk ke Madinah. Hotel tu terletak di bangunan Tabung Haji. Abang sempat berjumpa dengan Abg Yazid (sepupu Abang) yang bertugas di situ. Kami rasa dengan pertolongan dia dan izin Allah jugak yang bolehkan kami balik awal. Kalau ikutkan ramai orang sakit yang apply (tebal permohonan) tapi tak dapat.

Di Mekah, mereka (sepupu) ditemukan.

Bangunan yang disewa oleh Tabung Haji pada bulan Haji.

Kami bertolak ke Madinah naik bas no8, bas terakhir at 10:00am. Kami sampai di Madinah untuk pemeriksaan kastam at 6:20pm and tiba di hotel at 7:30pm. Madinah dingin & sejuk. Tak heran le kalau nampak orang pakai sweater bulu2, shawl, sarung tangan, tutup telinga etc. Bertambah sejuk bila waktu malam & subuh.

Kami dapat stay di Hotel Al-Haram. Memang dekat sungguh dengan masjid. Alhamdulillah kami dapat sebilik. Ramai yang jeles ni .... hehehe!!! Even "orang kuat" Datuk pun kena share bilik. Bilik memang besar & ada sofa pulak tu.

30 November ~ 5 December 2010


Di hotel, kami join jemaah KT57. Hari Selasa ada Ziarah Dalam, menziarahi Makam Rasulullah & sahabat, Perkuburan Baqi, Pintu Babul Salam and sekitar Masjid Nabawi. Makam Rasulullah di bawah kubah hijau and di situ juga makam sahabat Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Kami dibawa juga ke pintu 25 iaitu tempat sembahyang perempuan. Nak masuk tempat perempuan memang strict. Kamera / hp berkamera pun tak boleh dibawa masuk. Dorang check kat bag setiap orang. Nak masuk Raudah bagi perempuan pun ada waktu tertentu. (After Subuh, Zohor & Isyak). Akan ada pengawal perempaun pegang sepanduk "Bahasa Melayu", so kat situ berkumpulnya jemaah2 dari Asia. Kami berkumpul start pukul 8am tapi banyak peringkat /perhentian. Atlast dapat juga masuk kat Raudah at 10:00am, sembahyang sunat di saf paling depan . Puas hati walaupun kena tunggu lama and dapat solat 2 rakaat sahaja.

Kubah Hijau

Kawasan berpagar itu Perkuburan Baqi

Kami jumpa jiran kami dari Saujana Utama ketika waktu lunch. Mereka pun stay di hotel yang sama.


Hari Rabu kami ada Ziarah luar. Kami dibimbing oleh student final year kat Univ Madinah. Antara tempat yang kami lawati ialah Masjid Quba, Bukit Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid tujuh and Ladang Kurma. Peristiwa yang tak boleh lupakan bila driver bas buat hal takmo bawa bas waktu nak balik hotel dari ladang kurma. Sebabnya dia tak dapat "rasuah" lebih. Dia kata selalunya dia dapat SR500 dari tokey ladang kurma tapi kali ni hanya SR100. Pakcik2 veteran dalam bas pakat serang driver itu. Abang pun join sama, memeriahkan suasana kot!!. Abang kata sejarah silam jemaah2 ni mungkin berbeza-beza, lepas haji baru nak berubah tapi bila dah mengamuk, habis keluar semula perkataan "Fxxx", "Bxxx" etc.. Driver pun takut and terus start enjin. Kemarahan seorang pakcik ni tak reda sampaikan dia dah buka kasut nak campak kat driver tu and masa nak turun bas, dia sempat lagi marah & nak cekik driver tu. <== Bekas samseng agaknya!!! hehehe ..


Di Masjid Quba. Berwuduk dan datang bersembahyang sunat
di Masjid Quba ibarat pahala 1 kali Umrah.
Bukit Uhud

Bukit yang menempatkan tentera memanah Islam semasa Perang Uhud.

Perkuburan para syuhadah semasa Perang Uhud
Mengikut kata Ustaz, bukit yang rata di belakang itu adalah tempat datangnya tentera kafir dari Mekah semasa Perang Uhud. (Sorry, lupa nama bukit itu!!!)

Kami dah dapat balik awal ke Malaysia. Kami bertiga!!! Urusan balik awal tu semua diuruskan oleh TH. Memang merumitkan. Tu pasal ramai apply tapi tak approve. Asalnya kami KT 78. Bertukar-tukar tapi janji dapat balik Malaysia

KT78 (from Malaysia) --> KT57 (untuk ke Madinah) --> KT59 (Madinah ke Jeddah) --> KT42 (Jeddah ke Malaysia)


Kami tak banyak shopping. Timbang punya timbang di hotel, berat beg kami < 30kg. Boleh sumbat lagi tu!!! So aku pun belilah sejadah berspan tebal untuk famili kami yang dah tua.

Alhamdulillah hari Khamis after Maghrib, aku khatam Al-Quran terjemahan.

Hari Jumaat after Asar kami buat Ziarah Wadak (Widak). Kami bertolak ke Jeddah at 11:00pm. Cuaca punyalah sejuk di dalam bas. Driver tu selamba jer buka aircond paling kuat. Mungkin ada yang beritahu tapi dia tak faham. Kami tiba di Al-Hujjaj at 9:00am hari Sabtu. Ni tempat perhentian kami. Kena bermalam di sini. Tempat ni macam asrama, dengarnya bekas penjara!!!Memang scary tapi sebab ramai, takde le takut. Semua beg check-in di sini. Dalam bilik aku ramai yang tukar KT. Kebanyakkannya minta balik lambat sebab "terbocor" before habis Haji.

5 December 2010 (Ahad)

Awal pagi dah bertolak ke airport. Flight kami delay 5 jam. Segala-galanya kena menunggu, beratur, berjalan jauh, berebut. Sebelum naik kapalterbang, banyak perhentian kena berhenti. Kesian tengok makcik2 and pakcik2 yang bawa hand-luggage yang berat. Seorang hanya dibenarkan bawa 1 beg sahaja. So ramai le yang terpaksa unpack semula barang. Ada yang kena buang barang sebab terlebih2 beg.

Beratur sebelum check-in. Ini pun dah kali keberapa bertukar tempat untuk check-in. 
System kurang teratur. Maybe sebab ramai jemaah yang nak diuruskan.

Akhirnya kami dapat naik kapalterbang. Naik Saudi Airlines. Makanan "kureng" skit. Kami sampai di Malaysia at 2am. Tunggu punya tunggu, luggage kami tak sampai. Kena tunggu seminggu (actually hampir 2 minggu) sebab kapalterbang terlalu berat, so ada 1 kapalterbang khas untuk bawa bags sahaja.

Ni dah sampai Airport KLIA.

Abang Didin and Atie tunggu kami di airport and bawa kami ambil kereta. Merasa juga naik Alphard!!! Atie juga bekalkan kami nasi & lauk2 masakan M'sia sebab memang dorang ada experience and dah faham yang kami ni memang dah rindu nak makan masakan Malaysia. Kami terus balik ke Melaka untuk ambil anak-anak.

After hampir 2 minggu kami terima bag besar kami. Terkejut  tengok kurma mentah dah jadi kurma masak!!!

Still di Mekah

21 November 2010 (Ahad) - Hajarul Aswad

Di Masjidil Haram masih ramai orang melakukan tawaf. Cuma kalau tengok dari saf sembahyang, orang dah berkurangan. Kalau terlambat pun, insyaAllah masih ada ruang untuk "sumbatkan" diri. Today abang dapat cium Hajarul Aswad. Aku masih lagi ngeri tengok orang tawaf di dataran itu.



On the way nak balik hotel. Ambil gambar di sini coz memang banyak burung merpati. 
Terasa macam di Trafalgar Square... hehehe


Aku baru dapat peluang membasuh baju-baju kotor dari Mina after breakfast. Tu pun sedikit sahaja tapi dah rasa lemas/terasa macam dalam sauna. Yang mana tak sempat, hantar dobi sahaja. Cuma kena tunggu 2 hari untuk siap dobi sebab dobi terlalu full.


22 November 2010 (Isnin) - Puasa

Today puasa ganti di Mekah. Pagi-pagi abang dah hantar nasi for sahur. Subuh masuk pukul 5:08am, syuruk 6:38am and Maghrib 5:38pm. Aku dah start baca terjemahan Al-Quran. Selepas solat Dhuha around 7:20am, kami balik hotel. Datang for Zohor and iqtikaf di masjid until Isyak.

Alhamdulillah time puasa ni batuk pun kurang. Berbuka with air zam-zam and sebiji kurma then makan biskut after Maghrib. Ada makcik Indon saf sebelah offer makan maggie kering dengan dia. Jadik ler ..... Sebenarnya memang plan nak makan maggie balik hotel nanti.

23 November 2010 (Selasa) - Jejak kasih

Aktivity macam biasa. Setiap waktu aku gagahkan diri pergi solat jemaah di Masjidil Haram. Orang still ramai tapi tak seramai seperti before wukuf. Masa breakfast aku dapat jejak kasih with batch aku di UM dulu. Dah lama perhatikan dia tapi malu nak tegur sebab takut tersilap. Nama dia pun aku terlupa. Dia terkejut sebab aku ada di Mekah. Yelah, siapalah aku semasa di UM dulu? Then aku jejak kasih dengan mak Elin (bestfriend aku) at the same hotel. Sebelum Wukuf, aku terjumpa jugak kawan aku semasa kerja di Free .... nampaknya memang sessi jejak kasih.

After Asar aku buat Tawaf sunat seorang diri coz abang dah buat before Subuh. Tak berani nak turun ke dataran sebab orang ramai, so aku pergi ke Tingkat 1. Memang jenuh la Tawaf 7 pusingan kat tingkat atas but alhamdulillah start at 4:55pm and habis at 5:15pm. Lepas tu jenuh la cari saf nak Maghrib sebab orang semua dah ready for solat (Maghrib 5:38pm).


24 November 2010 (Rabu) - Umrah Sunat

Today kami buat Umrah sunat. Bilik kami 4 orang join and total 12 orang, so kami naik van. Kami bertolak ke Tanaaim at 3:00am for miqat. Before Subuh aku dan abang dah habis tawaf and after Subuh kami sambung Saei di Tingkat 3. Abang kata bagus buat Umrah setiap hari daripada aku jadi "Dugong". Aku selalu jugak tidur dalam masjid sementara tunggu waktu Syuruk. Tidur baring sebab pernah tertidur masa sandar kat tiang and terasa-rasa mulut menganga. Pernah sekali join beberapa orang makciks Arab baring, tapi bila tersedar hanya aku seorang sahaja tinggal. Memang macam "Dugong terdampar di tepian pantai".


Dataran Kaabah yang tak pernah lengang dengan jemaah.


Kakaks kat bilik aku ramai yang batuk-batuk. Syukur batuk aku On and Off. After Isyak memang mengantuk sangat, rasanya macam boleh terlelap masa berjalan balik ke hotel. Memang tak ambil dinner sebab dah terbayang-bayang katil tapi bila dah sampai bilik, tak tidur pun. Rugi pulak tak ambil nasi sebab kakaks kat bilik beriya-iya cakap lauk sedap (saje je nak buat aku jeles). So bila orang lain dah tidur, aku still makan maggie and minum air teh.

Kat Masijidil Haram dah ada nampak budak2. Comelnya anak2 Arab. Mulalah teringat kat kiddos 4 orang tu. InsyaAllah kalau ada rezeki nak bawa anak2 ke sini. Terbayang Imran berlari-lari keliling masjid, buat tawaf sendiri tapi arah berlawanan agaknya .... emmm!!!


25 November 2010 (Khamis) - Celak Mata


Today aku puasa lagi. Bersahur dengan air milo & biskut sahaja. On the way nak balik after Dhuha, singgah beli celak mata. Dah lama bercerita pasal celak with kakaks dalam bilik, so celak termasuk dalam list MUST BUY. Beli 1 sahaja dulu sebab nak try/belajar pakai. Kak Zura buat demo.

Iqtikaf dalam masjid dari Zohor lagi. Dapat port baik mengadap Kaabah, dekat dengan pintu 54 tapi area tu macam dah jadi port makciks tua berborak. Selepas Asar dapat melelapkan mata/luruskan badan. Berbuka simple sahaja then balik hotel baru makan nasi and abang belikan ayam goreng with fries, fresh orange & aiskrim. Aiskrim memang takle tinggal. Sedap wooo!!!!


26 November 2010 (Jumaat) - Apply nak balik Malaysia awal

Jemaah haji makin berkurangan tapi masa sembahyang jumaat, SubhanaAllah, ramainya umat!!! 1st agaknya dalam hidup aku baca tafsir Al-Quran. Seronok pulak baca so kalau ada masa terluang, aku dok baca tafsir Al-Quran. Today dah juzuk 16.

 Berita gembira sebab permohonan kami nak balik awal diluluskan. We all terpaksa balik awal coz abang dapat cuti until 5/12 sahaja. Dari di M'sia dah apply tapi urusan balik semua kena buat di Mekah. Sampai sahaja di Mekah, abang terus apply. Nampak macam tak elok, yelah baru sampai dah pikir nak balik!!! Sebulan abang tak dapat gaji and bila nak sambung cuti until 18/12 (actual date balik) tak diluluskan oleh boss walaupun cuti tanpa gaji. Takut kena buang kerja sahaja!

Rupanya bila dah habis haji, ramai orang apply dan kebanyakannya permohonan orang yang ada masalah kesihatan sahaja diluluskan. Mostly everyday we all pergi jumpa orang TH (agaknya dorang pun dah boring). We all buat juga solat hajat. Flight yang balik awal kebanyakkannya dah pergi Madinah. We all berdoa agar we all dapat pergi Madinah walaupun sehari sahaja pun dah cukup bersyukur.

Kami dah start packing barang. Anytime boleh berlepas. Kami pun takde shopping banyak pun. Ramai jemaah M'sia hantar barang melalui pos. Harga pos sekilo SR15. Yang paling sikit aku dengar harga pos SR200 lebih and paling banyak SR900 lebih. Takat SR 400 tu dah biasa dengar. Pos air zam-zam (10 liter) pun dah kena SR240. Jemaah M'sia memang suka shopping!!!


27 November 2010 (Sabtu) - Tarikh balik ke Malaysia

Kami dah tahu tarikh pergi Madinah on 29/11 and balik ke Malaysia on 5/12. Main join je mana-mana group yang nak ke Madinah. Semua diuruskan oleh TH. Tapi sedih jugak sebab kami tak sempat solat 40 waktu di Madinah. Mungkin ada hikmah!!

Bila dah buka cerita pasal balik, mulalah rindu kat anak-anak. After Subuh kami pergi ke area Masjid Kucing (orang M'sia beri nama). After Asar aku buat tawaf sunat seorang diri di dataran. Kesian diri yang kecil ni. Dorang main himpit jer. Paling best bila ada pompuan kat belakang pegang aku, then dia tolak. Terasa selamat and cepat sikit movement and tak rasa besalah kalau orang dok jeling-jeling kat aku, kononnya aku yang tolak tapi sebenarnya orang belakang aku. Masa dah nak dekat Maghrib punyalah seksa nak keluar dari tempat tawaf. Orang bertolak-tolak. Scary tengok muka mereka!!

Jalan shortcut ke hotel dah ditutup masa after solat Zohor. Terpaksalah mendaki semula. Satu nikmat ditarik semula!!!



28 November 2010 (Ahad) - Umrah Sunat 


Kami buat umrah lagi. Actually isteri2 excited nak gie naik Gua Hiraq tapi suami2 diam sahaja. Kami pergi Tana'im seramai 10 orang dalam 1 van. Sampai di Masjidil Haram 4:20am, kami terus buat tawaf. Pengalaman ngeri lagi bila kami baru habis tawaf ke 5, dah nak masuk waktu Subuh. Orang2 dah buat saf and dorang tak beri kami putuskan saf mereka. Rempuh2 terjadi. Ada orang memang nak masuk saf mereka tapi macam kami ni memang nak ke belakang. Punyalah seksa sampaikan ada yang tergolek-golek. Alhamdulillah by 7:30am, kami habis buat umrah.

Today everything will be last for us kat Mekah.Masa menjejakkan kaki ke dalam masjid melalui pintu biasa 62, hati terasa sayu sahaja.

Subuh yang hening

Malam kami berposing sakan dalam bilik. Kenangan buat kali terakhir. Kakak-kakak kat bilik tu semua best-best!!!


ME with all the Kakaks. Aku duduk di tengah dengan bersebab. Kena "buli" ambil gambar guna timer. Masing-masing pulak keluarkan kamera. Jenuh jugak berlari-lari nak dapatkan pose menarik.

ME with Kak Eja. Beza umur kami hampir 20tahun. 
Cuba teka siapa yang awet muda / awet tua?




Sunday, 23 January 2011

I'm Back

Maaf kepada Teratakhami kesayanganku ini kerana dah lama biarkan ia bersawang.....

Kami sekeluarga dah berpindah ke Melaka, kampung asal aku. Ini sebab mengikut hubby. Company hubby buka kilang di Alor Gajah. Semenjak balik dari Haji, kami anak-beranak asyik stay kat Melaka coz sibuk cari rumah sewa. Hampir seminggu cari rumah sewa di area Alor Gajah, akhirnya kami buat keputusan tinggal di Bukit Beruang, kampung kelahiran aku. Mana taknya, hubby nak tempat tinggal di Melaka sama macam kat Saujana Utama, everything dalam satu taman. Sekolah Keb, Kafa, masjid/surau dekat, ada tempat mengaji anak, tuition ada (even anak kami tak start pun tuition lagi) etc. Hubby beri sahaja spec yang dia nak, aku as surirumah "bergaji" kenalah "merayau" cari rumah sewa.

Kami dah pindah ke Melaka dari 2/1/2011 tapi masih belum ada internet. Tu pasal aku tak "Connected". Actually busy kemas rumah and baru Jumaat lepas aku habis kemas rumah, tu pun sebab hubby nak balik from outstation. Pengsan kalau dia tengok rumah tak berkemas lagi. Bilik ada 3 sahaja so bilik terakhir aku kemas ialah bilik yang dijadikan tempat simpan all things yang diangkut keluar dari lori. Bilik itu nak dijadikan study room@computer room, bilik sembahyang and as stor. Barang memang banyak.... buku2 dari zaman study kat Jepun, baju2 dari anak no1 masih baby ... Masa pindah kami upah indon angkut barang, so segala-galanya dorang masukkan dalam lori sebab kami tak sempat berkemas. And just imagine, barang-barang dari rumah 2 tingkat, 5 bilik, 2 kitchen cabinet, 2 stor nak dipindahkan ke rumah sewa 1 tingkat, 3 bilik, tiada kitchen cabinet and tiada stor. Kami keluarkan barang yang mana perlu/ nak guna sahaja. Rumah di SU banyak ruang untuk disumbat segala barang tapi rumah sewa ni, banyak barang yang kami terpaksa buang, sedekah and the rest tumpang simpan dalam stor rumah ibu.

Nanti sambung tulis tentang our life di Melaka...

Friday, 31 December 2010

35th Birthday

19 November 2010 (Jumaat)

Today is my birthday. My babah pagi-pagi lagi dah sms, wish Happy Bday. Still kat Mina and melontar untuk hari terakhir (13 Zulhijjah). Sebelum Subuh dah mulakan perjalanan ke Jamrah and ramai jemaah M'sia & Indonesia sahaja. Ramai menunggu azan Subuh di sepanjang jalan sebab melontar hanya boleh dilakukan selepas Subuh. Kami beramai-ramai bersolat jemaah di jalanraya sahaja.

Today kami melontar di ground floor. Nak merasa melontar dari semua tingkat. Tingkat ground, 1 & 3 kena datang dari arah khemah (Moasseim) kecuali Tingkat 2 sahaja kena datang dari arah Mekah. Orang ramai di Jamrah tapi jemaah M'sia & Indonesia sahaja, takde rebut2 / tolak2. Polis pun masih boleh tidur lagi. Jemaah M'siakan memang terkenal dengan sopan-santun. After melontar 3rd Jamrah, aku & abang boleh lontar extra untuk bergambar. Alhamdulillah selesai sudah urusan Haji kami (Rukun Haji & Wajib Haji) pada Birthday yang ke 35.

Balik ke khemah, lengang. Kalau nak mandi pun boleh tapi alang-alang dah nak balik ke Mekah, takmo mandi sebab nak bawa balik bau from Mina, boleh?? Bas ambil kami at 11am & jalan memang jam. Half way kami berjalan kaki beramai-ramai with bags sebab bas tak boleh nak masuk sampai depan hotel. Sampai di bilik baru le terasa letih, sakit sana sini and badan pun dah mula terasa gatal2. 2 hari simpan bau ... hehehe. After mandi & solat Zohor yang hampir habis waktu, aku gagahkan juga diri untuk ke Masjidil Haram. Orang lain masih sibuk mengemas barang & basuh-membasuh. Orang beratur panjang di kaunter dobi.

Niat di hati nak khatam Al-Quran on my birthday. After Asar macam biasa iqtikaf di masjid until Isyak. Pulun baca Al-Quran dari juzuk 24. Atlast dapat habis until juzuk 27 sahaja. After Isyak celebrate birthday kat D-Saji. First time aku makan di sini. We ate nasi goreng, roti canai, teh tarik & jus. Masjidil Haram sesak with jemaah yang nak habiskan Tawaf & Saei Haji.


20 November 2010 (Sabtu)

Aku bangun pagi agak lewat at 2:30am. Orang lain still tidur maybe kepenatan selesaikan Tawaf & Saei. In the room dah 4 orang dipanggil Hajjah sebab dah selesai urusan Haji. Actually panggilan Haji & Hajjah memang digunakan di Mekah sebagai ganti cik, puan, tuan etc ...

Aku dah tak pergi MH bersama-sama abang. Selalunya abang pergi awal sesangat coz abang selalu aim nak solat di dataran, di saf pertama. Waktu balik memang kami bersama.

Alhamdulillah at 4:30pm, aku khatam Al-Quran di Masjidil Haram.

Days before Wukuf (start Haji), ada kain putih dililit di Kaabah tapi after Haji, 
dah takde kain itu. Mungkinkah Kaabah pun pakai ihram?
After Haji. Pemandangan di Hijir Ismail. Antara tempat mustajab untuk berdoa. Memang tak boleh masuk/solat di dalam masa musim Haji. Kena datang masa buat Umrah.

Thursday, 30 December 2010

Masih di Mina

** Lambat update coz ME terlalu busy. Many stories to update actually!!

17 November 2010 (Rabu)

Kami masih di Mina. Today bermula hari Tasyrik (11,12,13 Zulhijjah), kena pergi melontar di ketiga-tiga Jamrah (Sughra, Wusta, Kubra).  Waktu melontar after Subuh, tak sama macam 10 Zulhijjah. Ada yang tersilap so terpaksa le pergi melontar semula. Group kami pergi pukul 7am but aku & hubby pergi after Zohor iaitu waktu afdal. Memang tengah panas gedegang di kepala. Kami pergi melontar di tingkat 3 jugak tapi bila nak balik kena U-turn (signboard ke Moassiem) and terasa jauhnya. Alhamdulillah dalam 2 jam dah sampai ke khemah semula.


Makan di Mina memang takde masalah. Makanan terlebih-lebih. Maggie pun dibekalkan and paling laku!! Nasi walaupun kureng sedap tapi masih boleh telan. Seronok sangat sebab ramai orang and terasa macam bercamping. Apa lagi nak buat, duduk dalam khemah, tidur, makan, solat, borak, shopping and pergi melontar.

Ramai yang pergi melontar sendiri tanpa ikut TH. Masa free and takde apa2 masalah. After melontar di Jamrah, ramai yang melontar duit pulak. Orang Malaysia memang tak habis-habis shopping. Sampaikan peniaga pun bertambah ramai di luar kaki-kaki jalan. Aku pun bershopping jugak tapi untuk keperluan di Mina sahaja. Malas nak angkut barang banyak2. Then tolong shoppingkan barang untuk seorang makcik uzur yang tidur sebelah aku. Orang lain beli, dia berkenan then aku yang pergi cari/belikan. Dan aku dengan selambanya pergi "shopping" dengan kain batik sahaja!!!

ME and Makcik yg minta tolong shoppingkan untuk dia .... I LIKE!!!
 Sebahagian dari jemaah yang same group.

Aku dapat handphone number Pakcik Yamin & Makcik Rubiah (jiran& ex-babysitter anak2 kami). Memang nak sangat jumpa mereka. Malam hujan turun dengan lebat, kilat & ribut. Kami tidak dibenarkan keluar dari khemah. Time ni aku ambil peluang pergi toilet. Line clear tapi tak mandi pun sebab sejuk.

18 November 2010 (Rabu)

Today melontar jamrah hari ke2 (12 Zulhijjah). Sesiapa nak buat Nafar Awal, dah bertolak awal pagi ke Jamrah. Pakcik Yamin & Makcik Rubiah pun buat Nafar Awal so after Subuh, kami menuju ke Maktab 75. Alhamdulillah jumpa juga. Mereka on the way to Jamrah.

Masa melontar kami tetap sama iaitu after Zohor, memang masa orang2 Arab yang badan besar2 keluar. Today try nak pergi melontar di Tingkat 1. Dengarnya  jalan balik (U-turn) dekat sikit. Ngeri tengok orang2 badan besar melontar. Sepenuh perasaan, dah tu dari jauh pulak tu. Batu dah tentu besar.

Ramainya orang tengah melontar di Tingkat 1. Abang pesan jangan takut coz setiap orang lepas melontar pasti akan terus keluar. Aku beranikan diri menyusup di celah-celah orang ramai and atlast dapat ke depan. Setiap kali melontar memang aku dapat pergi ke depan. Yelah kita ni kecik kenot, takungan tu pun separas leher. Lepas dah lontar 7 biji anak batu, kena tundukkan kepala untuk keluar. Lepas nak keluar dari 3rd Jamrah, ada pulak sorang mamat yang pegang/peluk/pikir baik try to ikut aku & protect aku di belakang. Nasib baik kulit putih ... hehehe.

Singgah di Al-Baik (ala-ala KFC and tapau. Ramai dah bersiap-sedia untuk balik ke Mekah (Nafar Awal). We all tak mahu buat Nafar Awal coz this is the only time kami berada di Mina. Kalau datang buat Umrah, mana ada stay di Mina. Lagipun takde apa nak rushing balik Mekah coz kami dah habis semua Rukun Haji.

Malam hujan turun lagi. Kali ni lagi lebat sampai few selipars dihanyutkan air. Bacaan Yaasin & tahlil arwah dibuat dalam khemah. Lepas tu aktiviti biasa... makan, borak, solat, tidur. Memang sejuk sungguh dalam khemah!!!