Berdekatan dengan pintu masuk ada air terjun. Cantik dan bersih kawasan ni coz penuh dengan pokok-pokok bunga. Deruan air terjun sungguh memberi ketenangan.
Di sebalik/bawah air terjun tu ada akuarium.
Kami meninjau di dalam Taman Botanikal ni. Masuk adalah percuma. Kami pergi waktu petang. Aku suka dengan keindahan dan suasana hutan di sini. Memang sesuai nak cari ketenangan, beriadah dan bersantai bersama family. Trek jogging pun disediakan. Yes, tak perlu cari tempat yang jauh untuk beriadah sambil tengok kehijauan alam ciptaan Yang Maha Esa. Kalau di Sg Buloh, kami kenalah keluar awal untuk pergi ke tempat2 rekreasi macam ni, contohnya di FRIM Kepong. Eh, di Saujana Utama Sg Buloh (rumah lama kami) pun banyak hutan tau, tapi tu hutan tempat jin bertendang, jangan main2!!!
Pintu masuk
Selain dari melihat keindahan hutan, mengenal jenis-jenis pokok dan trek jogging, ada juga disediakan peralatan senam dan permainan untuk kanak-kanak. Di dalam hutan ni juga ada Taman Herba, Taman Prasejarah di mana ada replika binatang-binatang zaman purba, Taman Cerita, ada replika binatang-binatang ikut cerita dongeng zaman dulu-dulu seperti cerita Arnab dan kura-kura. Kanak-kanak suka lah tempat macam ni.
Taman Prasejarah
Taman Cerita (Arnab Dan Kura-Kura)

Replika Kancil dan Buaya
Lanskap dalam hutan ni juga menarik. Masa kami berada di sini, ada beberapa group sedang melakukan aktiviti keluarga, maybe Family Day/Trip ..........
Tempat Rekreasi / Family or Group activities
Pada signboard ada Jambatan Gantung tapi kami tak kesampaian ke sana kerana tiba-tiba hujan turun le pulak!!! Maybe next time coz tempat ni macam akan jadi tempat santai kami.
Di luar kawasan Taman ni ada disediakan Buggy Ride and basikal yang boleh disewa.
Taman Botanikal Melaka telah mula dibangunkan pada 1 Jun 2006. Ianya adalah ilham dari idea daripada YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka, hasil daripada lawatan beliau keluar negara. Taman Botanikal Melaka ini dahulunya dikenali sebagai Hutan Rekreasi Air Keroh mempunyai keluasan 92.5 hektar.
Keindahan taman di celahan hutan kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan menawarkan pelbagai aktiviti untuk berekreasi dan beriadah sambil menikmati udara segar.Taman Botanikal Melaka mempunyai keunikan tersendiri dan berbeza dari Taman Botanikal yang lain kerana keadaan persekitarannya di kelilingi lanskap hutan semulajadi dengan 300 spesis flora dan fauna.



