Ni saya nak share cara nak guna pembuka tin antik ni. Nampak macam remeh tapi dulu saya pun tak tahu guna, tu pasal beli sampai berpuluh2 RM. Yelah kat tempat kerja mana pernah cerita pasal pembuka tin kan? Gossip lagi best agaknya!!!
Senang sahaja. Tebuk 2 lubang. Kena sengetkan skit pembuka tin tu menghala ke belah kanan. Lepas tu jalankan ke hadapan macam potong biasa turun naik, turun naik. Dulu saya tegakkan pembuka tin, memang payah!!
"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Friday, 6 May 2011
Pembuka Tin
Ni saya nak share cara nak guna pembuka tin antik ni. Nampak macam remeh tapi dulu saya pun tak tahu guna, tu pasal beli sampai berpuluh2 RM. Yelah kat tempat kerja mana pernah cerita pasal pembuka tin kan? Gossip lagi best agaknya!!!
Senang sahaja. Tebuk 2 lubang. Kena sengetkan skit pembuka tin tu menghala ke belah kanan. Lepas tu jalankan ke hadapan macam potong biasa turun naik, turun naik. Dulu saya tegakkan pembuka tin, memang payah!!
Wednesday, 4 May 2011
Kerja paling MALAS nak buat.
Kenapa jadik "M", saya pun tak tahu. Kesian kerusi buluh itu. Dari rumah dulu sampai dah pindah-randah, kerusi tu lah tempat "humban" baju2 yang tak berlipat. Tapi selalunya takde le berlonggok tinggi seperti di dalam gambar. Weekend lepas kan asyik hujan sahaja, tu pasal longgokan baju2 tinggi skit dari biasa.
Saya ajar juga anak2 lipat baju sendiri tapi buat masa ni tak sampai level yang memuaskan saya. Level saya adalah susunan baju yang dah dilipat mestilah straight / sama saiz untuk semua baju, ala macam duk kat asrama dulu. Perhhh .... dah le M, cerewet plak tu!!!! So dari saya kena buat double job, dorang lipat seluar kecil masing-masing pun dah cukup bagus.
Tambahkan kerajinan untuk senangkan kerja ..Tuesday, 3 May 2011
Jangan Berkata "KALAULAH"
Hadis Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw bersabda:
Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata "Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu", akan tetapi katakanlah "Taqdir Allah, dan Allah berbuat sekehendakNya".
Sesungguhnya perkataan "kalaulah" hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.
Sunday, 1 May 2011
Menabung
Seram tak membacanya?? Saya termenung sekejap baca artikle ni. Yelah baru merajuk dengan hubby, nak pergi Danau Toba for cuti2 sekolah ni tapi macam tak di"approve". Lepas baca artikel ni ...... ku delete segala angan-angan!!! Plan nak pergi vacation end of this year (angan2 lagi!! 20% shj boleh caya tau!!). Takkan ler 2 kali setahun kan?? Dah le saya ni SAHM jer!! Sesiapa yang still bekerja, masih ada "kederat", simpanlah duit tu. Memang ramai yang berfikiran, "Penat bekerja, this is the time nak Enjoy pulak". Dulu saya pun macam tu jugak!! :-). Tak kisah le korang nak pergi vacation ke mana pun, nak beli handbag Coach ke .... kenalah beringat di hari tua. Ke mana pun korang pergi, "makcik" tak jeles ... huk, huk ... tapi jangan ler post gambar2 vacation, handbag coach korang di FB / blog ... "makcik" boleh jadik jeles secara tiba2. Untuk pembaca setia blog Teratak Hami (ada ke??). Ni saya nak hadiahkan Dinar Emas kat korang. Jangan korang leburkan ye!!!KUALA LUMPUR: Selepas bersara satu hingga 10 tahun, hampir 100 peratus pencarum yang mengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada usia 55 tahun tidak lagi mempunyai wang simpanan hingga ada antara mereka hidup merempat atau menjadi penghuni rumah orang tua.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Johari Abdul Muid, berkata akibat salah guna wang caruman itu, kira-kira 70 peratus pesara menghabiskan wangsimpanan hari tua mereka antara tahun pertama hingga ke-10 selepas meninggalkan pekerjaan, manakala 30 peratus lagi hilang sumber kewangan selepas tiga tahun bersara kerana bergantung sepenuhnya kepada caruman.



