Saturday, 25 June 2011

Capati di Melaka

Aritu tekak nak makan Sushi. This time Capati pulak. Actually 2nd time kami makan Capati di warung ini. Capati lembut and sedap dimakan begitu sahaja. Nak tambah sedap, makan dengan kari ayam - pencicahnya :-)

Our dinner on 25/6/2011

Saya dan Maisarah makan 2 keping. Rasa tak kenyang tapi jangan tamak haloba coz later akan rasa kenyang. Lambat hadam kot. Kali ni kami request kari ayam dan jugak kuah dal. Sedap jugak!!!

"Thamby" dan "Tangechi" yang memeriahkan dinner

Dinner untuk kami 6 orang RM16.80 ... oklah tu kan??!!

Memang MARVELLOUS !!

Terbaik di Melaka !! yo.. o.. o la tu

Lokasi : Bukit Baru (berdekatan dengan Perpustakaan Awam, bersebelahan dengan Hotel Kancil)
Time open dari 6:30pm ~ . Hari Khamis TUTUP.

Nasib Si Pokok Kelapa

Doa naik kenderaan
19. Doa Naik Kenderaan Darat
Ertinya: maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya dan kepada Allah kami kembali.
Saya selalu baca doa ini apabila kenderaan baru nak bergerak. Sometimes baca dalam hati sambil tangan pegang stering kereta. Malang pokok kelapa ini coz dihentam oleh Cik "City" hubby. Pokok kelapa ini dah lama hidup di hadapan rumah kami, camne boleh tak nampak kewujudannya??
Lagi Malang Cik "City" ... Lagi dan lagi Malang adalah KAMI. Coz kami dah plan nak ke Putra Heights, my sister house .. huk, huk. Terpaksa cancel and stay di rumah.
Orang lain frust but this girl continue doing her homework. Walhal dia paling dah packed baju2 and dah letak di depan pintu. Packed baju untuk diri sendiri and also for her twin sister, Nabihah.
Paling Malang :-) Cik Abang coz RM was frling Itu semua Qada & Qadar yang telah tertulis !!!

Friday, 24 June 2011

Sushi

Malam tadi saya pergi Jusco. Jusco belakang rumah saya sahaja. So kalau terasa nak shopping, nak makan2, nak minum Cool Blog, nak "sejukkan" badan, lepas Isyak pergi pun still no hal !!! Kat Melaka pulak tu, no traffic jam !!!

Hajat nak beli roti sahaja for breakfast. Emm, dah bawak "keretapi"@ anak2, banyak pulak keinginan dorang. Nak donut color putih, lagi sorang nak color hitam, dia share sama dia, lepas tu tak mahu share ... sabar je la orang sekeliling tengok ... emm ada aku kisah!!! Janji tak potong Q ye.

Tetiba Maisarah kepingin nak makan Sushi. Nak try makan tapi ibu pilihlah. Silaplah kalau suruh ibu pilih, ikut tekak ibu la!! So saya pilih yang mentah2. Saya memang suka makan yang mentah dari yang direbus. Saya pilih Salmon, Ika (sotong), Tako (octopus) dan Udang.

* dari google

Balik rumah, Maisarah men"try". Letak wasabi kasi lebih skit. Suka pulak dia!!! Atlast saya dapat merasa sikit sahaja.

Today saya kena beli lagi sushi coz Imran sampai meracau nak makan Sushi. Time orang sibuk makan sushi, dia makan muffin. Sushi dah habis, baru dia nak. Bangun tengah malam pun dia merengek nak makan Sushi.

Wednesday, 22 June 2011

Koleksi Ilmu

Suami saya suka menulis tapi dia takde blog. Dia hanya menulis di FB. Dia hanya menulis tentang agama. Dia bukan seorang ustaz. Selalunya dia berpandukan artikle2 dari ustaz2 yang terkenal.

Atas kebenaran, saya nak share koleksi Sharing is Caring di blog ini. Yang baik dijadikan tauladan, yang tak baik dijadikan sempadan.

Cerita Pendek 2- Sejenak di Hijir Ismail
by Muzaffar on Tuesday, February 15, 2011 at 12:06am

Aku masih terpaku di birai Hijir Ismail. Baju sudah kuyup dek peluh. Setelah Solat Zohor, bergegas aku menghampiri ruang masuk yang tak putus-putus dibanjiri para hujjaj.

Di dalam hati, aku merintih, merayu pada pemilik Baitullah ini. Ya Allah, kenapa hati aku merasa engkau tidak lagi mahu mendengar rayuan ku Ya Allah. Bisikan Syaitankah ini Ya Allah. Kenapa semasa umrah dahulu, walaupun di halang lautan manusia, berkali-kali engkau pilih aku untuk bersolat dan berdoa di dalam Hijir ini Ya Allah. Kenapa tidak kali ini Ya Allah.

Mata aku ligat memerhatikan gelagat manusia di serambi Kaabah. Ada yang bertolak, ada yang menangis , ada yang kyushuk berdoa. Aku cuba mencelah, mencari ruang untuk ke dalam. Ya Allah, permudahkanlah. Zruss!! Aku ditolak ke dalam. Sekejapan sungguh, aku sudah dihimpit lautan manusia di tengah2 hijir Ismail. Hendak bergerak langsung tak boleh. Dada dihimpit, sesak dibuatnya. Apalagi mahu solat, kakipun terasa terawang-awang tidak jejak di bumi.

Teringat pesan seorang sahabat “ ..kalau dah dekat hari wukuf tu, baik jangan cuba untuk cium hajarul aswad atau masuk ke hijir ismail. Bahaya!Lupakan sahaja, tak berbaloi, itu hanya perkara sunat. Silap-silap boleh jadi haram bila kau menyakiti orang lain ..” Masih terngiang-ngiang di telinga pesanan tersebut. Kalau sahabat tersebut tahu keadaan aku sekarang, sudah tentu di pulangkan paku buah kerasnya. Mungkin lebih keras dari tangan jemaah yang menolak aku dari depan dan belakang ni.

Apa nak buat, hati ini tetap degil menongkah logik akal. Insya Allah, kalau aku ikhlas dan tak menyakitkan jemaah lain, pertolongan Allah pasti datang. Bisikan yang aku ulang-ulang di dalam hati.

Sudah hampir 20 minit aku terperangkap di situ. Solat sambil berdiri pun tak boleh...bayangkan! Tetiba, mata ku menyorot sesuatu yang menarik selang 3,4 jemaah di hadapan. Kyushuk sungguh lelaki itu solat. Melihat pada warna kulit, mungkin orang Asia. Tertanya2 aku, kenapa dia Ya Allah, Kenapa tidak aku? Sudah hilang kasih kau pada akukah ya Allah...cepat2 aku istigfar, menyesal dengan lintasan hati tersebut.

Bila diamat-amati, seorang pemuda Afrika berbadan sasa sedang mengepong lelaki tersebut dari dirempuh ombak jemaah. Subhanallah, mulia sungguh hatinya. Terus aku berdoa, Ya Allah, kau rahmatilah kedua2 insan tersebut, berkatilah mereka, sayangilah mereka.

Selesai sahaja solat, lelaki Asia itu bingkas bangun dan dipeluk erat lelaki berkulit hitam yang cekal menjaganya. Dua manusia bertubuh sasa dan gagah di hadapanku, lembut hatinya kerana Allah, menangis teresak2 kerana cintakan Islam, cintakan saudara seagamanya. Aku yang sekadar melihat dari jauh, tidak dapat menahan air mata. Ya Allah, aku insaf , engkau pilih aku hari ini ya Allah, untuk melihat dan mengambil iktibar akan peristiwa ini.

Ya Allah, ampunkanlah ketelanjuran hati ku...tak mampu aku untuk mengangkat tangan berdoa dalam himpitan manusia ketika itu. Sekadar mampu mendongak ke langit....Subhanallah!....tepat di atas kepala...pancur emas....Petanda apa ini Ya Allah.

Terasa masa terhenti seketika, hiruk pikuk manusia hening seketika.Himpitan manusia terasa lega seketika. Aku angkat tangan bertakbir..alhamdulillah, solat berdiri ku tidak diganggu.Didalam hati, tidak putus2 aku berdoa” Ya Allah, izinkannlah aku sujud padamu di dalam hijir ini Ya Allah”....

Allah maha pemurah lagi pengasih. Ruang sebelah kiri aku terbuka. Seorang jemaah meninggalkan tempatnya dan dalam manusia sedang bersesak dan berebut tempat berdoa dan bersolat, tidak ada siapa yang datang dan memenuhi ruang tersebut.

Air mata aku sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi. Hinanya aku yang berprasangka buruk pada Allah. Sedangkan Allah tidak pernah melupakan hambanya yang datang mencarinya. Ampunkan aku Ya Allah,ampunkan aku Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah...dan aku bersujud padanya di hijir Ismail.


Tuesday, 21 June 2011

Siraturrahim

Kami tinggal sekampung. Tapi tak pernah bertegur-sapa. Hanya senyuman yg "ikhlas tapi jauh" sahaja bila bertemu. Ini pun untuk menunjukkan yang kami kenal antara satu sama lain. Mungkin sebab kami bukan sebaya dan bukan seangkatan dari segi umur. Tapi bunga ini telah membuatkan kami memulakan bicara. Ianya terlalu spontan, ketika berhenti seketika untuk beri laluan kereta lain jalan dulu di jalan kampung. Yes, sempat "sambar" ini bunga !!!!