Wednesday, 22 June 2011

Koleksi Ilmu

Suami saya suka menulis tapi dia takde blog. Dia hanya menulis di FB. Dia hanya menulis tentang agama. Dia bukan seorang ustaz. Selalunya dia berpandukan artikle2 dari ustaz2 yang terkenal.

Atas kebenaran, saya nak share koleksi Sharing is Caring di blog ini. Yang baik dijadikan tauladan, yang tak baik dijadikan sempadan.

Cerita Pendek 2- Sejenak di Hijir Ismail
by Muzaffar on Tuesday, February 15, 2011 at 12:06am

Aku masih terpaku di birai Hijir Ismail. Baju sudah kuyup dek peluh. Setelah Solat Zohor, bergegas aku menghampiri ruang masuk yang tak putus-putus dibanjiri para hujjaj.

Di dalam hati, aku merintih, merayu pada pemilik Baitullah ini. Ya Allah, kenapa hati aku merasa engkau tidak lagi mahu mendengar rayuan ku Ya Allah. Bisikan Syaitankah ini Ya Allah. Kenapa semasa umrah dahulu, walaupun di halang lautan manusia, berkali-kali engkau pilih aku untuk bersolat dan berdoa di dalam Hijir ini Ya Allah. Kenapa tidak kali ini Ya Allah.

Mata aku ligat memerhatikan gelagat manusia di serambi Kaabah. Ada yang bertolak, ada yang menangis , ada yang kyushuk berdoa. Aku cuba mencelah, mencari ruang untuk ke dalam. Ya Allah, permudahkanlah. Zruss!! Aku ditolak ke dalam. Sekejapan sungguh, aku sudah dihimpit lautan manusia di tengah2 hijir Ismail. Hendak bergerak langsung tak boleh. Dada dihimpit, sesak dibuatnya. Apalagi mahu solat, kakipun terasa terawang-awang tidak jejak di bumi.

Teringat pesan seorang sahabat “ ..kalau dah dekat hari wukuf tu, baik jangan cuba untuk cium hajarul aswad atau masuk ke hijir ismail. Bahaya!Lupakan sahaja, tak berbaloi, itu hanya perkara sunat. Silap-silap boleh jadi haram bila kau menyakiti orang lain ..” Masih terngiang-ngiang di telinga pesanan tersebut. Kalau sahabat tersebut tahu keadaan aku sekarang, sudah tentu di pulangkan paku buah kerasnya. Mungkin lebih keras dari tangan jemaah yang menolak aku dari depan dan belakang ni.

Apa nak buat, hati ini tetap degil menongkah logik akal. Insya Allah, kalau aku ikhlas dan tak menyakitkan jemaah lain, pertolongan Allah pasti datang. Bisikan yang aku ulang-ulang di dalam hati.

Sudah hampir 20 minit aku terperangkap di situ. Solat sambil berdiri pun tak boleh...bayangkan! Tetiba, mata ku menyorot sesuatu yang menarik selang 3,4 jemaah di hadapan. Kyushuk sungguh lelaki itu solat. Melihat pada warna kulit, mungkin orang Asia. Tertanya2 aku, kenapa dia Ya Allah, Kenapa tidak aku? Sudah hilang kasih kau pada akukah ya Allah...cepat2 aku istigfar, menyesal dengan lintasan hati tersebut.

Bila diamat-amati, seorang pemuda Afrika berbadan sasa sedang mengepong lelaki tersebut dari dirempuh ombak jemaah. Subhanallah, mulia sungguh hatinya. Terus aku berdoa, Ya Allah, kau rahmatilah kedua2 insan tersebut, berkatilah mereka, sayangilah mereka.

Selesai sahaja solat, lelaki Asia itu bingkas bangun dan dipeluk erat lelaki berkulit hitam yang cekal menjaganya. Dua manusia bertubuh sasa dan gagah di hadapanku, lembut hatinya kerana Allah, menangis teresak2 kerana cintakan Islam, cintakan saudara seagamanya. Aku yang sekadar melihat dari jauh, tidak dapat menahan air mata. Ya Allah, aku insaf , engkau pilih aku hari ini ya Allah, untuk melihat dan mengambil iktibar akan peristiwa ini.

Ya Allah, ampunkanlah ketelanjuran hati ku...tak mampu aku untuk mengangkat tangan berdoa dalam himpitan manusia ketika itu. Sekadar mampu mendongak ke langit....Subhanallah!....tepat di atas kepala...pancur emas....Petanda apa ini Ya Allah.

Terasa masa terhenti seketika, hiruk pikuk manusia hening seketika.Himpitan manusia terasa lega seketika. Aku angkat tangan bertakbir..alhamdulillah, solat berdiri ku tidak diganggu.Didalam hati, tidak putus2 aku berdoa” Ya Allah, izinkannlah aku sujud padamu di dalam hijir ini Ya Allah”....

Allah maha pemurah lagi pengasih. Ruang sebelah kiri aku terbuka. Seorang jemaah meninggalkan tempatnya dan dalam manusia sedang bersesak dan berebut tempat berdoa dan bersolat, tidak ada siapa yang datang dan memenuhi ruang tersebut.

Air mata aku sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi. Hinanya aku yang berprasangka buruk pada Allah. Sedangkan Allah tidak pernah melupakan hambanya yang datang mencarinya. Ampunkan aku Ya Allah,ampunkan aku Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah...dan aku bersujud padanya di hijir Ismail.


5 comments:

anumuchan said...

bagusnya penulisan suami akak ni..bila la sy nak merasa sampai ke tanah suci..bertuah suami akak dpt tgk peristiwa mcm tu..dpt jgk berkongsi dgn kami2 yg lain ni utk dijadikan teladan.thanks for sharing kak.

Cik Puan Izan❤ said...

penulisan yg bagus...saya hanya sempat sekali di hijr ismail...hanya berdiri dan berdoa...xsmpat solat di situ krn xmau menyakiti org lain..tapi hati tetap puas..oh rindunya pada tanah suci itu...sayu hati utk meninggalkannya...

Mek Rose said...

kdg2 kita kagum ngan penulisan org lelaki ni..sbb suami sy pon if mengarang kat blog dia..kejap je dia dah siap satu posting..tapi skang dia dah tak berblog sgt sbb bz manjang..

thanx share pengalaman indah ni..:-)

Intanterpilih said...

Kak,
Such a good story,,,tell your hubby to keep writng and inspiring!Memang kenangan nak masuk hijir Ismail satu kenangan yang tak mungkin saya lupa juga...ada terselit pengajaran di situ! keep writing!

kasihredha said...

akak dah follow...
follow akak gak ye