"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Friday, 3 June 2011
Kagum
Saya dengar cerita dari hubby tentang rakan sebilik semasa menunaikan fardhu haji.
Saya kagum bila mendengar cerita seorang bapa sanggup menghantar anaknya menaiki motor untuk belajar agama@tahfiz pada hujung minggu di area KL.
Saya lagi kagum/teruja mendengar seorang doktor yang sudah menghafal surah2 termasuk surah2 yang panjang seperti Surah As-Sajadah sejak kecil lagi. Bacaan surah2 ini bagi dia seperti "mainan di bibir". Ini semua hasil didikan ibu dia. Dia mempunyai seorang ibu yang garang dan tegas. Ibu zaman dolu-dolu!!! Walaupun tak nampak hidup dalam kemewahan & kesenangan tapi si ibu akan pastikan setiap hari anak2 dia menghafal surah2. Kalau tak hafal ........ ZASSS!!!! Rotan hinggap di badan.
Mampukah SAYA mendidik anak begitu??
Today saya telah menyuruh anak2 menghafal bacaan2 dalam solat. Selama ni dorang solat sangat express!!!! Maisarah OK, no problemo. The twins baru darjah 2, dorang dah dididik solat 5 waktu. Solat jamak & qasar pun dorang dah biasa buat. Tapi ada bacaan dorang tak tahu seperti bacaan Tahiyat Akhir. Dari tak baca apa2, so selama ni dorang baca Al-Fatihah semasa Tahiyat Akhir, boleh??? Sometimes terus bagi salam.
Alhamdulillah takde masalah untuk penghafalan mereka. Budak2 memang cepat belajarkan. Now dorang still menghafal bacaan .... :-)
Inilah aktiviti cuti sekolah. Takde plan jalan2 lagi ..... huk, huk!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment