Biskut Sarang Semut tunggu nak dibakar. Masa mula2 buat, "pedih" jgk dengar bebelan ibuku. Ada jer tak kena hasil tangan ku ini...
Orang bekerja memang famous dengan Kuih Raya Tunjuk2 kan? Before this saya pun sama, Kuih Tunjuk2. Belum start Ramadan, list dah penuh. Tunggu nak bayar jer. Tapi this year rasanya nak buat sendiri la. Walau tak sedap / tak glamer kuih raya aku, janji HOMEMADE ASLI.
** Berapa jenis kuih raya korang??
"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Thursday, 11 August 2011
Kuih Raya
Saya dah ada 1 jenis kuih raya. Biskut Sarang Semut. Jangan marah ye kalau saya terbuat kuih raya awal. My ibu minta saya tolong buat pada 8 Ramadan, saya jawab "Awal lagi bu....!" .. so lambat skit buat, 9 Ramadan .... ???
3 hari berturut-turut saya ber"kampung" di kampung. Waktu pagi sahaja sebab petang my ibu nak tidur. Biskut Sarang Semut ni memang my ibu punya speciality, so kami adik-beradik akan dapat 2 botol FREE. Jimat duit beli butter, tepung etc. Maybe next week ada sambungan the making of Biskut Sarang Semut lagi.... fuhhh, patah pinggang !!! Orang kampung pun ada order jgk, tu ikut sempatlah nak buatnya. RM15 sebotol = 48 biji ... murah jgk kan? Ni pun my ibu kata boleh untung.
Labels:
Dapur Hami
Wednesday, 10 August 2011
Harga Emas
Hari Isnin saya pergi ke Mydin Melaka. Kebetulan lalu di sebelah kedai Emas. Terpampang di dinding kedai "RM170" .... tengok sahaja tanpa perasaan.
Bila bukak FB, my senior(sempai) update di FB, 166.97 ... lagi 4 jam dia update 168.96. Semalam 172.34 then lagi 2 jam 175.50 ... tokei emas kot dia ni !!!
Hubby pun inform pasal harga emas yang makin menaik dekat2 nak raya ni. So apalagi, duit raya for ME .... ?? Eh bukan, duit raya for Hubby. Semalam hubby dah jual@ pos semua EMAS dia pada his friend yg aktif jual beli emas ni. Very good investment ma....
** dari google.
Berpinar mata tengok sambil air liur meleleh
ME??
ME sebagai tukang pos, kenalah dapat upah kan? Setuju sesangat (utk kepentingan sendiri ..hehe)
Saya ada rantai emas, gelang emas but itu sahaja yang ada .... Saya Akan Simpan!!! Beli emas tu pun time harga emas tak sampai RM50/g. Kalau jual, kaya jgk ... hehehe. Tapi takmo jual sbb dulu saya cukup kesal bila tukar gelang emas bentuk duit syiling milik saya yang dah putus to rantai anak2. Gelang tu antik + dibeli oleh ibu saya pulak tu. Zaman sekarang memang dah tak pakai pesen camtu. But cantik sebab ada gambar bunga raya !!
** Lepas raya mungkin harga emas turun semula.
Elok Beli Jongkong Ke Barang Kemas ??
Artikel bawah ni saya dapat dari sumber tertentu. Sorry terlupa website itu.Menurut kata sifu saya, lebih elok kalau korang beli emas jongkong. Kerana emas jongkong dihasilkan dengan kandungan emas paling tinggi berbanding barang kemas. Lebih tulen dan solid. Kiranya dalam peratusan ia mengandungi 99.9 peratus emas. Itu yang jadi 999 Gold tu.
Kalau barang kemas pulak, biasanya ia dihasilkan dengan campuran pelbagai jenis logam. Antaranya gangsa, perak dan suasa. Itu yang jadinya gred emas 916 tu. Maksudnya kandungan emas di dalam barang kemas itu hanyalah 91.6 peratus.
Jadi, cadangan saya kalau anda nak cari-cari emas ni, eloklah beli yang jongkong kalau yang nak mengumpul tu. Tapi kalau nak bergaya, boleh jugak beli barang kemas tapi jangan banyak sangat lah…. Lepas dah puas bergaya kumpul jongkong semula ok…
Monday, 8 August 2011
Bihun Singapura
Hubby tak makan nasi time berbuka. Saya pun terikut2 juga tapi bila ada Bubur Lambuk, saya surrender!! Sukanya Bubur Lambuk. Tapi saya tetap akan masak nasi dan lauk-pauk untuk berbuka dan untuk sahur.
Bab masak2 mee memang saya tak reti sgt. Memang jarang sangat masak mee. Tu yang hubby "muncung2" sayang bila takde menu untuk dia berbuka ... hehe. Tapi bukan takde langsung tau !!!
Today masa dia nak pergi kerja, dgn gaya manja saya bertanya
Saya : Laling, today nak makan apa? Nanti saya masakkan untuk laling... (semangat berkobar sebab baru pinjam buku resepi my ibu, 1 Hari 1 Resepi by Chef Hanieliza)
Hubby : Alah masakkan saya Bihun Singapore jer ..
Saya : Huk... apasal jauh sangat? Apasal tak suruh masak Bihun London je?? (Dlm hati, laki aku ni sajer nak perli tau!!)
Hubby : Bukan susah pun. Bihun warna putih letak lada hitam/lada sulah jer ...
La ye ke?? Selama ni dah berkilo2 masuk perut, baru tahu itu Bihun Singapore. Makan je tau!!
Hajat kesampaian ..... dengan penuh kasih sayang.
Rasanya sesangat ok cuma pedas skit. Ni kes terlebih letak lada hitam la. Time berpuasa, bau lada hitam pun sedap tau!!
Saya baru "celik" skit bab memasak ni. Kalau peratikan sesuatu menu tu, bahan2 yang digunakan sometimes biasa2 sahaja tapi mesti ada satu cara/ bahan yang buat masakan itu lain dari yang lain. Contohnya Bihun Singapore la ... bahan utama adalah lada hitam dan tak guna lada.
Saya dan Nabilah sempat pergi Jusco dlm kul 6pm. Nabilah nak beli kek sponge, sambil tu dia teringin Dorayaki. Belilah 4 Dorayaki.
Kena tulis nama masing-masing ......... SEBABNYA ???
Nabihah dah buat "gigitan" pada 1 Dorayaki.
Solat Terawih
Kalau sentuh bab sembahyang/solat, pasti saya terdengar-dengar kumpulan Huda menyanyi ...
♫♫ Suruhlah anak-anakmu bersembahyang
Sedari umurnya 7 tahun
Bimbing mereka lakukan kebaikan
Hidup dan mati kerana Tuhan ♫♫
Sedari umurnya 7 tahun
Bimbing mereka lakukan kebaikan
Hidup dan mati kerana Tuhan ♫♫
Alhamdulillah our girls dah bersembahyang 5 waktu sehari. Lambat / cepat, mereka buat jugak. Sometimes Subuh kalau "terlajak", tetap sembahyang jugak. Kalau keluar, telekung akan dibawa bersama. Kalau ber"musafir", Jamak & Qasar pun dah boleh jugak. Maybe ada yang tak hafal/ tak betul bacaan, semua still dalam proses belajar.
Malam tadi 1st time the kids pergi solat terawih di masjid. Dorang excited + risau sebab macam banyak sembahyang nak kena buatkan.
Saya terpaksa bersembahyang di saf paling belakang sebelum saf budak2. Masjid di sini buat 20 rakaat + 3 witir. Dengar memang EMMMM.......... tapi seriously tak sempat nak mengantuk. Dalam masjid pun sejuk dan berangin, jadi kurang rasa kepanasan & letih. Kalau kat rumah bukak aircond terkurang dari 20 C, mulalah hidung berair jer. Lepas dah nampak the kids dah duduk "melepak" terbaring kat belakang, barulah saya berganjak ke saf depan. Takpelah, slow2 ye anak-anak.
Alhamdulillah, terima kasih pada sekolah yang tolong membimbing anak-anak kami dalam bab-bab sembahyang ni.
Labels:
Permata Hati Activities
Saturday, 6 August 2011
Skirt
My kakak beri sehelai skirt berwarna biru dari United Kingdom(UK). Skirt itu dah berusia ~15 tahun. Skirt biru itu telah "tinggal" di 3 negara, UK, Jepun dan Malaysia. Saya sangat suka skirt itu. Masih tersimpan rapi dalam almari.
Skirt itu sebagai untuk kurus. Tetapi hari ni saya terpaksa ....
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Meng"alter" and menyerahkan skirt itu pada Nabilah.
Sebab saya rasa untuk saya mencapai pinggang 22" ~ 23" semula.
Si adik dapat skirt, si kakak jeleslah. So si ibu kena korbankan lagi sehelai skirt.
Subscribe to:
Posts (Atom)







