Monday, 8 August 2011

Solat Terawih

Kalau sentuh bab sembahyang/solat, pasti saya terdengar-dengar kumpulan Huda menyanyi ...

♫♫ Suruhlah anak-anakmu bersembahyang
Sedari umurnya 7 tahun
Bimbing mereka lakukan kebaikan
Hidup dan mati kerana Tuhan ♫♫

Alhamdulillah our girls dah bersembahyang 5 waktu sehari. Lambat / cepat, mereka buat jugak. Sometimes Subuh kalau "terlajak", tetap sembahyang jugak. Kalau keluar, telekung akan dibawa bersama. Kalau ber"musafir", Jamak & Qasar pun dah boleh jugak. Maybe ada yang tak hafal/ tak betul bacaan, semua still dalam proses belajar.

Malam tadi 1st time the kids pergi solat terawih di masjid. Dorang excited + risau sebab macam banyak sembahyang nak kena buatkan.

Saya terpaksa bersembahyang di saf paling belakang sebelum saf budak2. Masjid di sini buat 20 rakaat + 3 witir. Dengar memang EMMMM.......... tapi seriously tak sempat nak mengantuk. Dalam masjid pun sejuk dan berangin, jadi kurang rasa kepanasan & letih. Kalau kat rumah bukak aircond terkurang dari 20 C, mulalah hidung berair jer. Lepas dah nampak the kids dah duduk "melepak" terbaring kat belakang, barulah saya berganjak ke saf depan. Takpelah, slow2 ye anak-anak.

Alhamdulillah, terima kasih pada sekolah yang tolong membimbing anak-anak kami dalam bab-bab sembahyang ni.

12 comments:

NM02 said...

alhamdulillah,

moga kekal sehingga dewasa

Teratak Hami said...

NM02,
Memang mengharap sangat macam tu. Mereka "harta" untuk kita di akhirat nanti.

Rawiwa said...

1st doter merengek2 nak gi terawih dr 1st night. Bila hari cuti sekolah je boleh pegi sbb gi ngan makcik2 diorang. Tu yg dia hepi sangat. Kalau nak gi ngan ayah/abang takde kawan susah plak sbb mak ngan baby takleh pegi. Yg gi ngan makcik dia surau kat kariah lain.

Teratak Hami said...

Ibu Rawiwa,
Budak2 mesti pergi sembahyang nak berkawan. Saya pun tunggu weekend baru bawak anak2 gie terawih.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

alhamdulliah sejuk haty tengok dia orang bertelekung ....
ai masa muda2 selalu terawih 12 rakaat lepas tue balik main mercun plak...masa kecik2 la....hahahaha kelakar biler ingat balek

Teratak Hami said...

Ayu,
Zaman akak kecik2 pergi terawih + pergi "menggatal". Mengintai boys di sebelah tabir :-)

kurus said...

seminggu nie baru dapat 2 hari dik bertarawih .. hubby x sihat .. surau jauh lak tuu huhuh :)

Teratak Hami said...

Ieda,
Saya pun bukan tiap2 hari gie masjid. Sembahyang kat rumah jer. Kekadang anak2 kat rumah perlukan diri ini yg begitu berharga ..hehe

dwatyKNY said...

kena latih perlahan... kalau paksa lain plak jadinya nanti...

NzA said...

Alhamdulillah syukur...xpelh mrk masih kecil n masih dlm proses belajar...gud girls....

Teratak Hami said...

dwaty,
Betul tu ... zaman kita kecil2 dulu di"paksa". Tu yang lambat jadi "baik" :-)

Kak Nza,
Today pun ada dengar "suara2" nak ikut gie terawih lagik.

working mom... said...

alhamdulillah...sejuk perut kan kak...saya now tgh work hard nak latih khadeja solat 5 waktu...alhamdulillah memula tu liat skit now agak mudah bila kit asebut jer...dia trus bangun dgn syarat nak buat sama2 ngan kita...huhuh..xper lah, dia blum confident nak solat sendiri, kene lah ikutkan jugak.. :)