Tuesday, 16 August 2011

Pergi Tak Kembali

Suppose buat kuih raya, Biskut Dahlia tapi terima kematian mak saudara ... Innalillah !!! Arwah memang dah terlantar sakit dan meninggal dunia di subuh hari, tiada siapa disamping arwah. Cuma my pakcik sempat buatkan air kopi for arwah ketika bangun sahur. Bila teringat zaman kecil2, rumah arwah lah saya selalu berkunjung. Kami tinggal 1 kampung. Kawasan rumah arwah dipanggil "Darat" dan rumah PAMA dipanggil "Baruh". Kalau boring2 di rumah di "Baruh", ke "Darat" lah saya pergi dan "korek2" dapur arwah. Saya suka melawat orang meninggal dan bersyukur kerana diberi peluang tengok jenazah. Keinsafan timbul setiap kali ada kematian.
~~ Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita akan kembali. ~~ Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." Segala benda2 duniawi, harta duniawi ditinggalkan. Hanya kain PUTIH yg dibawa bersama, beserta dengan 3 perkara di atas.

No comments: