"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Friday, 19 August 2011
Resepi boleh percaya?
Mood nak raya terlebih-lebih excited kan, mengalahkan budak-budak kecil. Tapi saya excited nak buat kuih/biskut raya... hahaha ... Dah ada oven besar skit, baru nak "rasmikan" oven sebetul-betulnya. Sampaikan oven asyik short je pun, daku repair sendiri. Nak tunggu agent betulkan, kena tunggu minggu depan baru dorang turun Melaka.
Saya ni takde resepi kuih raya yang turun-temurun. Kalau ada pun maybe cam biskut yang buat with my ibu (Biskut Sarang Semut) tapi kuih tu pun dah tersusun dalam kabinet. Resepi tak sempat nak catit .. hehehe. Resepi lain terpaksa google kat internet or dalam buku resepi.
Aku tak tahu apa itu BE?
Sana sini blogger cerita pasal BE. Apa kebendanya BE tu? Yang ku baru tahu, BE itu sebenarnya nama pendek bagi BUFFERED EARNING.!!!
Tapi saya still tak tahu camne nak dapat BE? Ada juga saya komen di dalam beberapa blog tentang camne nak dapat BE, tapi takde jawapan. Mungkin ada jugak dah komen tapi saya tak dapat carik balik kat blog mana saya bertanya ... boleh?? Dan saya tanya jugak pada few friends, masalahnya dorang pun takde terlibat dgn Nuffnang ni.
Pe-pe pun dengan ilmu yang terlalu "nipis", saya register with Nuffnang, mungkin pada 26 /27 Jun... tunggu sebulan, takde menda pun. Biarkan sahaja, mungkin cara saya salah. Saya selidik lagi tentang BE, itu pun bila teringat. Today, saya pun check my Nuffnang yang dah hampir dilupakan !!!
Saya masih blur dengan BE. Camne saya boleh dapat Kempen itu? Camne nak dapat more Kempen? Adakah RM tu akan dibayar pada saya??
Otai2 Nuffnang, tolong beri tunjuk ajar .... please, please !!
Tapi saya still tak tahu camne nak dapat BE? Ada juga saya komen di dalam beberapa blog tentang camne nak dapat BE, tapi takde jawapan. Mungkin ada jugak dah komen tapi saya tak dapat carik balik kat blog mana saya bertanya ... boleh?? Dan saya tanya jugak pada few friends, masalahnya dorang pun takde terlibat dgn Nuffnang ni.
Pe-pe pun dengan ilmu yang terlalu "nipis", saya register with Nuffnang, mungkin pada 26 /27 Jun... tunggu sebulan, takde menda pun. Biarkan sahaja, mungkin cara saya salah. Saya selidik lagi tentang BE, itu pun bila teringat. Today, saya pun check my Nuffnang yang dah hampir dilupakan !!!
Taraaaaaaaaaa ....... inikah yang dimaksudkan BE ?
Saya masih blur dengan BE. Camne saya boleh dapat Kempen itu? Camne nak dapat more Kempen? Adakah RM tu akan dibayar pada saya??
Otai2 Nuffnang, tolong beri tunjuk ajar .... please, please !!
Tuesday, 16 August 2011
Pergi Tak Kembali
Suppose buat kuih raya, Biskut Dahlia tapi terima kematian mak saudara ... Innalillah !!! Arwah memang dah terlantar sakit dan meninggal dunia di subuh hari, tiada siapa disamping arwah. Cuma my pakcik sempat buatkan air kopi for arwah ketika bangun sahur.
Bila teringat zaman kecil2, rumah arwah lah saya selalu berkunjung. Kami tinggal 1 kampung. Kawasan rumah arwah dipanggil "Darat" dan rumah PAMA dipanggil "Baruh". Kalau boring2 di rumah di "Baruh", ke "Darat" lah saya pergi dan "korek2" dapur arwah.
Saya suka melawat orang meninggal dan bersyukur kerana diberi peluang tengok jenazah. Keinsafan timbul setiap kali ada kematian.
~~ Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita akan kembali. ~~
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
Segala benda2 duniawi, harta duniawi ditinggalkan.
Hanya kain PUTIH yg dibawa bersama, beserta dengan 3 perkara di atas.
Resepi Laksam @Laksang
Hubby request nak makan laksam and nasi dagang. Dia paksa suruh saya belajar buat. Berbuka puasa memang hubby tak makan nasi. So saya cari resepi Laksam dulu. The resepi sungguh senang (dpt dari My Resepi.com ~Yani). Camne pun saya mintak "kesahihan" / refer resepi pada MIL jugak.
Bahan-bahan - ubah skit dari asal. Boleh 5~6 orang dewasa makan.
(Utk Laksam)
(Utk Laksam)
- 3 cawan tepung beras
- 1/2 cwn tepung gandum
- 4 cawan air suam
- Ikan (direbus dengan asam keping, then buang tulang) - saya guna ikan kembong. Masa beli sekilo Rm6. Sgt murah !!
- Sdkt halia
- Sdkt bwg putih
- Sdkt bwg merah/besar
- Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam
- Santan - saya guna 3/4 biji kelapa.
- Asam keping
- Sdkt garam
- Timun, kacang panjang, taugeh, daun kesum, kobis (dipotong halus)
- cili merah
- belacan
- garam
- limau
- Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak - utk mengelak dari melekat. Ambil sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak. Sekejap je masak, dalam 1~2 minit.
- Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai tepung habis.
- Kisar bahan tumisan : halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Asingkan.
- Kisar isi ikan.
- Tumis bahan2 yg telah dikisar. Masukkan isi ikan dan santan. Masak dan selalu kacau sehingga agak pekat.
- Cili merah dan belacan digoreng kemudian tumbuk. (Saya suka goreng dulu sebab senang nak tumbuk. Kalau tak goreng pun takpe)
- Tambah sedikit garam. Jika suka, boleh perahkan air limau.
~~ Selamat Menjamu Selera !!! ~~
Hubby and the kids sangat SUKA. Not bad for the 1st try !!!
Labels:
Dapur Hami
Sunday, 14 August 2011
Kami Berkumpul
Saya mempunyai 5 orang adik-beradik. Seorang abang sulung dan 3 orang kakak. Saya adalah anak bongsu. PAMA mempunyai 14 orang cucu tapi seorang telah meninggal dunia semasa kecil. Umur Arwah Hanani sepatutnya sudah 11 tahun.
Belah hubby hanya 2 beradik sahaja. Kak Munira dan hubby, juga anak bongsu. Kakak tak kahwin lagi (still mencari jodoh) dan cuma anak-anak kami lah "penyeri" (kot!!) bila balik kampung.
Majlis berbuka puasa bersama adik-beradik. Kami ber3 dah berada di Melaka cuma 2 orang sisters yg nak kena balik kampung Melaka. Saya dah start "rewang" since hari Jumaat. Potong daging, bersihkan bawang etc.... Menu special my Ibu : Nasi Impit dan Sambal Bali, Air Mata Kucing dan Cendol. Sambal Bali masak guna kayu api lagik !! Habis pakaian saya berbau asap.
Cucu2 PAMA. Ada yang tak dapat balik sebab sekolah asrama.
Antara makanan yang terhidang. Ada jer tangan interprem. Tangan orang tak puasa, tapi bukan saya tau !!!
Banyak jugak makanan terlebih but masing2 bawa balik mangkuk tingkat lah termasuk saya. Bukan makanan sahaja, air mata kucing pun daku angkut.
*** Makin panas di Melaka ini, makin "lemau" je nak berblog.
Subscribe to:
Posts (Atom)



