Tuesday, 6 September 2011

Raya di Mersing

Photoshoot di studio Mersing.
Ku lihat HIJAU.
Again??
The only baju yang sedondon.

Raya ke-3 dah balik Mersing. Sedara-mara hubby dari JB & KL plan nak berkumpul di rumah inlaws. FIL ada ramai adik-beradik and dia anak sulung dgn mak no2. Mak no1 ada 8 anak, mak no2 ada 9 anak. Kalau nak berkumpul, rasanya kena sewa dewan kot. Yang datang kat Mersing on raya ke-3 hanya beberapa family shj.

Hubby keturunan Arab. Arab kulit hitam. Belah moyang rasanya. So pakcik2 belah hubby semua kami panggil start with AMIR.... Amir Ali, Amir Hasan, Amir Abu, Amir Ghani, Amir Zul etc ... nasib baik takde yang nama Amir. Makcik2 kami panggil start with MAK then nama pendek dorang.

Depan rumah. Nampak SAYA?

Kami beraya di rumah mak sedara (Mak Itam) yang memang terkenal dengan laksa Johor. Tapi kat rumah dia makan kuih raya jer. Mak Itam bungkuskan kuah laksa Johor yang dah frozen. Saya bawa balik ke Melaka.

Ke rumah keluarga kontraktor yang very humble. Mereka tinggal di JB. Ni hanya rumah persinggahan mereka.

Projek lepas penat berjalan raya :-) Kebersihan kena dititikberatkan jgk. Tapi takde kutu tau.

Hari Jumaat kakak iparku nak balik ke Penang. Rumah in-laws dah sunyi semula. Gambar di bawah mengingatkan statement yang blogger Ayu suka guna, "Peluk ketat-ketat"

Imran peluk Aunty ketat-ketat.
Kak oiii, hampir lemas anakku .. hehe

Monday, 5 September 2011

Open House

Dari awal tahun dah "tanam" azam, RAYA this year kena jugak naik ISTANA MELAKA. Istana Melaka terletak atas bukit, berdepan jer dengan rumah sewa kami ni. Istana tempat tinggal Tuan Yg Terutama (TYT Melaka).

This year pulak open house TYT & Ketua Menteri dibuat serentak di MITC Melaka. Anak2 nak pergi termasuk le maknya ... beratur, jgn tak beratur !!!

Rombongan Cik Kiah dengan semangat beraya. Semua orang 1st time gie open house TYT & CM.

Beratur panjang di luar dewan yang panas. Sesak !!! Di depan kami keluarga Melayu, kiri - Cina, kanan - India. Yang kiri & kanan dok nak potong Q jer... Panas sungguh hati ku. Tunggu le raya korang. My Kak Long terpaksa dukung Ikhwan. Last2 kami dapat ke depan sebab bawa kanak-kanak.

Dah masuk ke dewan. Di sebelah kanan, barisan utk TYT. Sebelah kiri, barisan untuk CM & anak-anaknya. Kami beratur di sebelah TYT, tanpa pengetahuan. Dah dekat baru nampak.

Muka masing2 dah sememeh. Lagi sikit jer lagi nak sampai ke TYT.

Imran salam TYT sambil cium tangan. ME too !!! Ha?? Why? Why? Why? Spontan sampaikan Mdm Principal pun cium tangan TYT. Dia kata, "Tengok adik Piza cium tangan ??!!" Assistant TYT kat belakang pass duit raya pada Imran. ME pun hulur tangan but dia beri kat Nabilah, di belakang saya. Saya pun bertanya, "Saya takde ke?" .... Malu yang amat, tapi macam mana masa tu takde malu2 pun?? Dia jawab, "Untuk KANAK-KANAK sahaja".

Makanan memang banyak & berbagai-bagai. Disediakan gerai2 dengan juadah yang berbeza-beza. Tak kena Q panjang. Masing-masing dah kenyang with Nasi Impit, rendang, kuah kacang masa beraya di rumah, so makan pun skit jer.

Kami berkata sesama sendiri, "Ini yang pertama & mungkin TERAKHIR" ...... sebab tak dapat duit raya ??? hehehe.

Posing-posing sampai lenguh pinggang

Jom kenal-kenal dengan kaum kerabat saya. Kalau terjumpa kami, silalah TEGUR. Kalau ternampak kami tunggu bas, silalah tumpangkan kereta .. hehe.

Gambar2 family diambil dari blog Mdm Principal. Sambil2 tu tengoklah siapa yang paling ramai anak.

Babah & Ibu

Kami berlima
Kiri ke kanan ..... Anak 1st, 3rd, 2nd, 5th, 4th

Abang Long's family.
Haniza, Along, Ikhwan, Kak Long, Izzah@Jade

Kak Ina's family
Abg Ijan, Aiman, Kak Ina, Ardilla, Ariesha

Kak Emy's family
Still berdua !!! Tiap tahun "tanam saham"

Kak Yaty's family
Danial, Abg Min, Hannah, Kak Yaty, Adam

Teratak Hami's family

Siapa yang anak paling ramai?
OF COURSE lah our beloved PAMA.
Beza umur Abg Long & ME (the youngest) = 6 tahun.
Masa kecil terasa macam anak2 "kucing" yang comel.

Posing2 Raya.

Gambar di atas adalah twins bersama Jade. Sekali pandang, ibu sendiri pun confius, mana satu Nabihah & Nabilah? Kenapalah berkenan sungguh dengan Jade tu? Tiap2 hari jumpa kat school.


Bersama BFF


Cucu atuk dan nenek. Total 13 orang ....

Beratur sampai keluar pintu. Bermaafan

Posing dengan sampul RM100. From Nenek. Serius dalam tu pun ada RM100. Nenek suka bersedekah and murah rezeki. Semua cucus dapat RM100 + RM30 siapa puasa penuh. Datuk beri RM50 + Rm30 (puasa penuh).

Ramai pulak cucus yang puasa penuh termasuk our girls. Mereka tak dijanjikan apa2 pun kalau puasa penuh, tapi rezeki merekalah datuk & nenek nak beri RM.

Kena show jugak gambar atas tu. Lakonan semata2 ... kot ye pun nak bersihkan harta, takkan nak beri semua RM yang ada? Ardilla macam tak heran jer ...

Pesanan Paklong pada Ardilla... "Raya puas2 this year, mana tahu next year dapat further study, dah raya di perantauan".

Raya di Melaka

Pada mulanya kehangatan raya macam tak terasa. Mungkin kami tak balik kampung kot. Kampung dekat sangat dengan rumah. Lama2 "terasa" sebab dari hari Sabtu dah start rewang di rumah PAMA. This year turn Melaka, jgn marah Laling ...

Pecah rekod sebab FIRST TIME RAYA KAT RUMAH SENDIRI. Excited lebih2 plak. Kul 2:30am saya dah bangun tau. Kemas2 rumah. Kejutkan the kids at 5:30am. Senang nak bangun sbb nak RAYA le katakan. So terhasillah gambar family di rumah sewa sendiri.

The kids.

Nabihah, Imran, Maisarah, Nabilah.
( Nabihah buat perangai coz tudung takle nak "tajam" kat bhgn depan tu.)

Tema HIJAU. Sedondon dengan warna sofa. Sarung sofa dah ~11 tahun guna. Pilihlah ELYZA's fabrics !!! Kebetulan beli sofa buluh tu siap dijahitkan sarung sofa + langsir.

Lepas bergambar, terus balik kampung. Kalau lambat, takut meleleh pulak dipagi raya ... ahaks !!! Perut dah berkeroncong sebenarnya. Kalau dulu selepas Subuh kami dah start bersalaman then dah start jalan keliling kampung, ke rumah sedara-mara. This year dah lebih kul 7am, baru start bersalaman dengan PAMA.

Sunday, 4 September 2011

Cuti Dah Habis

Seminggu berlalu, rasa sekejap jer bercuti.

Saya pulak yang mengeluh lebih2 sampaikan ada orang tegur, "Awak dah kerja ke?"

Pasti saya akan rindu saat2 bercuti bersama family.

Cik Abang memanglah susah nak dapat cuti panjang begini.

:

:

:

:

Selamat Bekerja semua.

No "BLUES" ok

** Esok start berblogging .. hehehe ... can't wait !!!!