Friday, 28 October 2011

Decoupage

"The formal education ... we can only get from school & universities.
The informal education ... we can get from everywhere "

Setuju tak?

Saya rasa tidak boleh lagi nak belajar hingga ke tahap tertinggi, PHD etc. Otak saya sudah beku!!! So now saya memang suka dgn informal education .... mendalami ilmu agama, ilmu seni, ilmu memasak, ilmu pendidikan anak, ilmu jaga suami dan ilmu2 yang lain yang tak perlu pikir panjang untuk menambahkan sijil2 di dalam resume ku.... auwwww :-)

Saya baru belajar Decoupage sebenarnya. Untuk mengisi masa lapang. Walaupun saya bukan English type person, tapi saya memang suka dengan bunga-bunga. Kalau orang tanya rumah saya konsep apa? Bukan English ataupun Manglish ... tapi Rojak-lish, ada??

ME with the SIFU, Jun
Tapi tengok, siapa yang ajar siapa? Siapa yang pegang brush? Hahaha ... Dah terbalik. (Actually Jun tengah nak touch-up my painting.)

Hasilnya ....

Rasa berbaloi bila tengok hasilnya.

Thursday, 27 October 2011

The Princess Diaries

Semalam saya tengok cerita ni di Channel 615 ... ye, channel ASTRO untuk kanak-kanak. Walaupun Deepavali, tapi camne pulak saya tak layan Tamil / Hindustan kan??

Saya dah tengok Princess Diaries 1, memang berkali-kali tengok pun tak jemu. Saya suka parts macam mana Mia di makeover, bila Mia tahu yang dirinya adalah seorang Princess .... sangat menarik.

Dalam The Princess Diaries 2 (The Royal Engagement), lagi ler best !!!! Mia & Nicholas .... sangat romantik. Saya nak tunggu jugak, bilalah Ch 615 nak show lagi movie ni ...??? But, actually dalam internet pun dah boleh tengok the full movie :-) ....

Siapa belum tengok cerita ni? Sila tengok .....

** Mak budak layan cerita budak2 :-)

Tuesday, 25 October 2011

Perigi dan Rumah

Entry yang sebelum ni kami pergi ke Taman Seribu Bunga. Lepas lunch berdekatan dengan Masjid Al-Alami, MITC, kami pergi ke Perigi Hang Tuah pulak. Plan yang tiba2 setelah perut dah kenyang !!!

Perigi Hang Tuah ni terletak di Kampung Duyong, tempat asal Hang Tuah, pahlawan zaman dahulu. Air di perigi ini sangat jernih dan of course sejuklah, dah nama pun air perigi kan.
Air perigi ni pun dikatakan tak pernah kering walaupun pada musim kemarau dan boleh mengubati penyakit. Yang pasal ubat2 penyakit ni takmo le percaya, Khurafat, dan nanti ramai pulak doktor takle carik makan :0 .... kedai di tepi2 perigi tu ada jual botol Coke, Pepsi etc yang kosong, dijual dengan harga sebotol 50 sen, kot2 ada yang nak bawak balik air dari perigi Hang Tuah. Apa tujuan? Hanya yang bertujuan sahaja yang tahu :-)

Kalau datang Melaka, singgahlah ke sini. Kalau pergi ke Bukit Cina, berderet2 bas pelancong warga China pergi ke Perigi Hang Li Poh walaupun jalan kat situ sempit sangat. Pergi melawat perigi nenek moyang mereka !!! Kita pun ada Perigi Hang Tuah .... jadik, sila datang !!
Berdekatan dengan Perigi Hang Tuah ada Rumah Tradisional Melayu Melaka. Very nice, sangat menarik. Ni actually rumah orang yang dah dipromosikan untuk pelancongan.
Masuk kena bayar RM1 seorang. "Yang tak bersekolah, tak payah bayar", kata budak yang jaga kaunter tu. "Makcik tak sekolah lagi, masuk FREE jugak la" ... tersengih budak tu. Imran sahaja FREE.
Ada banyak barang-barang antik. Telefon, radio, seterika, baju, katil sampaikan ke peralatan dapur.

Saya pernah merasa rumah berdapurkan gini. Tertonggeng-tonggeng ku lihat arwah nenek tiup bara untuk hidupkan api. Dulu arwah nenek gunakan corong besi untuk meniup. Corong besi ala-ala batang paip.
Kita boleh jugak tengok design rumah zaman dulu-dulu. Loteng pun ada. Gayat nak memanjat sampai atas. Di atas loteng ada sebuah katil. Privacy !!!
Mata the kids "terpaku" pada permainan congkak. Kami lepak lama di sini sebab sibuk main congkak. Rasa terlebih berbaloi dengan bayaran RM 1 itu !!! Nasib baik Imran nak terberxx ... kalau tidak, lama lagi ler kami di sini. Dah macam rumah sendiri pulak. Buka tingkap kayu, buka kipas & main congkak.
Saya leka mempelajari beberapa "words" yang ada di rumah tradisional ini. Words ni ada pada rumah dulu2 jer ..... eh rumah sekarang ada jugak ke? Words seperti, Serambi, Tiang Seri Rumah Ibu, Belebas Dinding, Tunjuk Langit etc ....tambahkan ILMU SEJARAH di sini ... hehe

Sebelum balik, jangan lupa ketuk GONG untuk suka2
Dan SIGN BUKU PELAWAT ye :-)

Monday, 24 October 2011

Taman Seribu Bunga

Seperti yang dijanjikan, kami pergi ke Taman Seribu Bunga. ME bawa the kids + seorang niece. (Kebetulan every Friday memang niece tidur di rumah kami.) Ayah tak ikut with the reason, "Ayah bukan MAT BUNGA"... hehe
Location :
Taman ni terletak bersebelahan dengan Seri Negeri (pejabat2 kerajaan). Kalau dari Tol Ayer Keroh, selepas Zoo Melaka kedepan lagi ada traffic light, simpang 4 (Kanan-Mydin, Kiri-Hotel Youth, Kiri Depan - Bangunan Kota Cemerlang). Belok kiri. Jalan depan skit jumpalah. Taman ni belah kiri, sebelum roundabout di Seri Negeri.
Masuk PERCUMA. Memang tak ramai orang. Ada beberapa orang bawak camera gedabak. Ada couple tengah posing dengan cameraman dorang meniarap, terlentang etc... siapa yang nak bergambar sebenarnya? Cameraman pose terlebih !!!! .... ye, tempat ni memang sesuai buat photoshoot.
Saya SUKA sebab suasana kehijauan, lanskap menarik dan banyak pokok bunga. Tapi takde tempat pulak nak guling2. (^_^)
Layan gambar sahaja ye. Semua gambar anak2. Kami pergi ke sini pun dengan baju santai jek.
Golden Chain .... pokok ini menyambut kedatangan kami. Pokok ni pun dah nampak UNIK bagi saya, tu yang tak sabar2 nak masuk ke dalam.
Entrance .... Kebanyakkan hiasan tiang macam gitu.

Dulu saya suka bunga ni. Berbagai jenis dan color. Dah banyak sangat, buang jek. Nak trim pun tak tahan dengan duri. Tapi cantik pulak bila di deco gini. Semua "tegak" jer.

Mata memang dah berkenan dengan pokok buluh. Teringat Samurai !!! Kena beli jugak untuk rumah sendiri :-)

rata2 Pokok Bunga Raya .... Cantik !!!

Dalam taman ada 2 jenis Fountain. Ni yang terbesar. Belakang tu Office TYT ...



Saya suruh the kids guling-guling atas rumput ini tapi dorang kata rumput tajam. Nak duduk pun terasa menyucuk-nyucuk. Kalau saya yang duduk, lagi le dalam cucukan itu. Almaklumlah, "isi" lagi TEBAL !!!

Bunga apa ni yek? Ada berbagai warna. Cantik !!!


Seram jugak bila tengok 2 gambar ni guna slide show. Kebetulan ambil di angle yang sama. Nabihah in action .. Cer carik Imran.

Dari Anjung Tinjau yang tinggi. Gayat wei !!!

Boleh nampak permandangan ini. Saujana mata memandang.

Tapi seorang budak ni ... gini jer sepanjang di atas anjung itu. ADoiii, boy ku !!!! Kalau suruh berlari, dialah no 1 ...

Antara yang menarik .... Memang menarik for the kids.

Perigi
The kids leka jugak di sini. Bersih air perigi tapi air tak boleh diminum. Mungkin ada yang buat "dajal" kat perigi itu, mana tahu kan? The kids main tarik2 tali tu. Lepas tu dengar le yang berkata, "Wangi air perigi, macam air sirap".... mana taknya, belakang tu ada banyak daun pandan, sure dorang terbau sirap yang selalu nenek buat. Nenek buat sirap letak daun pandan, nak kasi wangi.

Rumah Melaka
Sebab takde orang kan, puas the kids main pondok2. Siap nyanyi lagu raya lagik. Bila teringat cerita CUAK, kelam-kabut larik. Ibu pulak takut nak naik, takut roboh. Pijak papan pun dah dengar bunyi, "Prappp ...." powerful tak ME?

Sah .... Tiada penipuan, tiada kompromi. Ini adalah pokok ke-1000 ..... apasal tak namakan Taman Seribu Pokok?


Ada jugak Taman Orkid .... geram tengok berbagai species Orkid. Ada yang dah terkeluar dari pasu dan banyak orkid yang dah "beranak-pinak". Rasa nak patahkan and bawak balik ..... geram!!!

Banyak pokok bunga yang cantik. Tak larat nak tepek semua gambar. Cuma kebanyakkan pokok tak diletak namanya. Ada 1 pokok yang buahnya warna merah. Buah macam jambu. Nampak menyelerakan sebab perut tengah lapo tapi takut nak makan.
Tanya the kids,
SUKA TAK??
Jawapannya
SUKA
They are jumping happily :-)

Lepas ni kami bersambung ke tempat lain. Next N3 ye ... Macam jalan2 cuti sekolah pulak.
Pesanan "penaja" : Sila bawa air minuman. Tempat ni luas, kang penat berjalan.

Saturday, 22 October 2011

KELAKAU - my sister's blog

Kak saya telefon saya .... ni mesti nak gossips atau maybe nak cerita pasal family trip. Eh, family trip tu takle cerita dgn dia lagi sebab nanti dia PENINGS. (@_@).

Dia macam happy bila someone review blog dia. Tu nak EKSEN le tu!!! Tetapi sebenarnya saya kagum dengan "kesungguhan" dia buat n3 tu. Korang baca tau !!!

Dia ex-lawyer. Gaji memang ok and firm kasi pakai BMW lagi. She changed her career and now dia Principal Q-Dees. Q-Dees tu tadika ok. Makin HAPPY, makin GEMUKS !!! Dulu panggil "jerangkung dalam almari", now patut panggil "genie in the bottle" ???

Kami pernah bersekolah asrama bersama. Pernah tinggal se dorm. Dia "notty", suka panjat pagar sekolah, nama selalu "naik" dan selalu kantoi.

Saya BAIK ... ehem ... see the legs la. Pernah jugak saya keluar pagar. Saya tak perlu panjat pagar sebab kebetulan pagar tu memang terbuka untuk supplier hantar barang ke dining hall. Saya keluar sebab nak beli jeruk asam di rumah makcik belakang asrama, boleh??

Ok... ni cerita korang patut baca .... rasanya berjam2 ni nak buat N3 ni.

Baca di SINI

TAPI

Komen di SINI :-)

HAPPY READING cuti-cuti ni !!!