"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Tuesday, 17 January 2012
Perangai manusia
Partner seunit saya yang pelik?
Baru masuk hari ke-2 bekerja di tempat baru, saya dah dikejutkan oleh jeritan batinnya. Tengah telefon someone then tetiba dia menjerit ala-ala suara marah + nak menangis. Siap hempas2 buku lagi. Orang meja hujung skali dah melatah, saya yang duk sebelah ni lagilah terkejut, bergegar perut ku ... sabar jelah!!!
Kerja senang, difikirnya susah. Orang beri solution, dia takmo follow sebab sebenarnya kerja tu tak susah mana pun. Orang dah balik, dia baru terhegeh-hegeh buat kerja. Bila masa kerja, sempat pulak dia bukak game "Masak-masak".
Hari Isnin baru-baru ni tetiba dia menangis bersungguh-sungguh di depan komputer. Saya tengok jiran sebelah kanan saya buat dek jer. Bila dia dah blah, tanya jiran belah kanan. Dia kata "akak ignore je dia tu. Memang dia selalu MEROYAN" .... Tapi dia still single tau!!!
Sekarang baru saya tahu :-) Atleast ada jugak "penghibur" / "maharani lawak" kat office tu :-)
Monday, 16 January 2012
Lipstick yang sesuai ??
Nak mintak pendapat uols pasal lipstick lah ?? Sebab saya nak kena carik lipstick yang baru :-)
Dulu zaman remaja saya dah try bermacam-macam lipstick. Shiseido, Amway, Cosway dan apa2 lagi lah. Saya pun dah tak ingat. Semuanya boleh jek.
Tapi kalau saya pakai lipstick, cepat jek lipstick tu "hilang" dari bibir ni walaupun tak makan, tak cuci mulut etc. Kawan saya cakap "Ko makan lipstick ke?" ... hehehe.
Beberapa tahun yang lalu dah mula ler datang sensitif mulut ni dengan lipstick. Lipstick "kering2" memang ler tak boleh, kang bibir jadik bengkak macam Angelina Jolie le pulak. So saya prefer pakai gloss berwarna jek sampai sekarang. Kat mana2 pun boleh dan senang nak tenyeh. Tengah bawak kereta pun boleh "meraba" dalam handbag dan tenyeh gloss kat bibir.
TAPI now gloss tu pun cepat "hilang" dari mulut ni. Maybe aircond kuat dan tala ke arah saya, so gloss tu pun jadik kering agaknya?? Nak selalu kena tenyeh. Jenuh le pulak kan?? Kalau tak tenyeh, bibir pun jadik kering.
Uols boleh tak suggestkan lipstick yang long-lasting, moisture dan paling penting tak cepat kering kalau kena aircond?? Tak sure ler sama ada aircond penyebabnya :p
Tak sempat nak Monday Blues :(
Isnin (16/1/2012)
Event yang buat saya KECUT perut. Pengalaman pertama di company baru.
Saya kena WELCOME investors dari Jepun. 4 company semuanya. One of my job scope .... LAYAN !!! Saya kena present dalam Jepun... alahai, boss siap warning, "Saya nak test jugak Jepun awak ni, betul ke tidak? Kalau tak, saya tak confirmkan".
secara spontan saya jawab, "Matilah !!!" di hadapan boss dan "orang kita" yang bawa investors itu. Dapat tugas hari Khamis petang, terpaksa "korbankan" sedikit weekend ku :(
Excited tapi dalam masa yang sama ........ berdebar-debar !!!!
Takut jer boss suruh translate apa yang dia "bebelkan" ... Saya bukan "diajar" untuk jadik INTERPRETER ye!!! Boleh tak jawab gitu???
Doakan saya ye!!!
Nota : Alhamdulillah after 1.5 hours presentation (40 slides) dan Q&A sessions .... berakhir sudah!!!! Boss takde, tapi frust jugak dia takde. Slide kedua dah ditegur, eja Putrajaya dalam Jepun pun silap ... hehehe. Lepas tu ... alhamdulillah walaupun bacaan Jepun ku slang Melayu.
Sunday, 15 January 2012
Event, events .........
Selain dari kerja di dalam office, jadual di company ni banyak terlibat dengan internal dan external events tau. Baru join company ni, so saya still enjoy dengan event2 gitu. Ni baru 2 events yang saya join, yang boleh mengeratkan silaturrahim .. kot ye???
Jumaat malam
Pergi rumah boss coz celebrate birthday isteri boss... BBQ ..... yummy !!! Selain dari staff, boss jemput jugak orang kampung. Orang kampung yang dijemput, orang kampung ku jua :-)
Sabtu pagi
Karnival ni saya "sibukkan" diri di kaunter untuk LUCKY DRAW.... makcik pregnant, perlu duduk2 dan layan customer. Yang muda2 belia tolong buat preparation yang "berat2" di hari sebelum until lewat malam dan pagi tu pun dorang sibuk pasang banner bagai .... jaga LUCKY DRAW tapi makcik tak lucky pun :(
Karnival. Kami buka booth sebab company kami terlibat dalam iklankan kerja2 kosong. Kedatangan adalah WAJIB untuk semua staff. Karnival ini di area kampung saya jugak :-)
Kaunter "mesra" pelanggan.
Mulai sekarang saya nak kumpul pen/souvenier dari karnival /events yang saya join .... Akan ada lagi event & event selepas ini :-)
Thursday, 12 January 2012
Supper @ Tutti Frutti
30 Disember 2011 (cerita dah basi.. hehe)
Kampung Bukit Beruang ni dah ada Tutti Frutti. Punye ler saya excited bila nampak kedai itu tapi the kids & hubby dok perli-perli, "Dah lama ada la ibu. Ibu baru tahu ke?" ... bebelan dorang tu buat aku rasa, "Jakuns sangat ke aku ni??".
Tak sempat2 tunggu weekend, akhirnya the kids pujuk ayah untuk pergi ke Tutti Frutti. Already 9:10 malam ok.... see, see ....... siapa yang OVER excited and OVER jakuns.
Menikmati Tutti Frutti dengan baju tidur sahaja.
Bowl pertama harga ~RM22
Bowl pertama harga ~RM22
Nabihah and Maisarah ... sedap sangat le tu. Paling sedap coklat smarties yang ada kat dalam tu.
Menikmati bowl ke-2 ... Harga ~RM20.
Licin ko !!! Tak cukup tapi takkan nak 3rd bowl pulak. Better beli sendiri airkrim, yogurt, coklat smarties, coklat chips, fruit punch etc ... berbalot sesgt dgn RM40 yg telah dibelanjakan :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)








