Tuesday, 17 January 2012

Perangai manusia

Partner seunit saya yang pelik? Baru masuk hari ke-2 bekerja di tempat baru, saya dah dikejutkan oleh jeritan batinnya. Tengah telefon someone then tetiba dia menjerit ala-ala suara marah + nak menangis. Siap hempas2 buku lagi. Orang meja hujung skali dah melatah, saya yang duk sebelah ni lagilah terkejut, bergegar perut ku ... sabar jelah!!! Kerja senang, difikirnya susah. Orang beri solution, dia takmo follow sebab sebenarnya kerja tu tak susah mana pun. Orang dah balik, dia baru terhegeh-hegeh buat kerja. Bila masa kerja, sempat pulak dia bukak game "Masak-masak". Hari Isnin baru-baru ni tetiba dia menangis bersungguh-sungguh di depan komputer. Saya tengok jiran sebelah kanan saya buat dek jer. Bila dia dah blah, tanya jiran belah kanan. Dia kata "akak ignore je dia tu. Memang dia selalu MEROYAN" .... Tapi dia still single tau!!! Sekarang baru saya tahu :-) Atleast ada jugak "penghibur" / "maharani lawak" kat office tu :-)

No comments: