Monday, 9 January 2012

Aku kena penumbuk dengan suamiku :(

Ni cerita "dalam selimut" tapi dah dapat permission nak story-mory. Harap ianya menjadi pengajaran dan pedoman untuk pasangan suami isteri di luar sana.

Walaupun dah berbelas tahun kawen, jgn sangka takde gado2. Sekali "gado", mengalahkan taufan dan tsunami. Kalau ikutkan akal yang tak waras, mahu jek rujuk kat Pejabat Agama tapi setelah pikir, ..... macam tak waras pulak tindakan ku ini.

Balik kerja on the 2nd day memang penat sesangat. Seharian duduk dalam aircond buatkan badan rasa penat dan lesu. Ye, saya memang tak suka aircond kecuali kalau panas sangat. Saya baring atas tilam VONO yang keras itu. Husband di sebelah, ada masa terluang skit ..... dia online. Dok sengih2, ketawa2 sensorang tengok orang chatting kat 1 forum ni. Sakit mata saya tengok. Nak bersuara tak didengarnya sebab telinga disumbatnya dgn earphone. Saya tertidur awal :-)

Around ~3:20am, saya terkejut dari tidur sebab ada "benda" tumbuk lengan saya. Sepantas kilat hinggap pulak kat mulut saya. Apalagi ...... meraung le makcik memecah kesunyian pagi. Ya Allah, SUAMIKU TUMBUK AKU.

Tiba-tiba bibir atas rasa kebas dan "tebal" semacam. Suamiku cakap, "Sorry, sorry, abang tak sengaja" berkali-kali dan terus memalingkan badan ke arah lain. Takde ambil apa-apa action. Aku pun menangis dan membebel kaw-kaw pada suamiku. Dia buat "derk" jek ....

Keesokkannya bila tanya mengigau apa, dibantai GELAK dulu. Rupanya dia mimpi bertumbuk dengan someone. Ada pulak kawan dia tolong pegang mangsa, tu yg diambil peluang untuk tumbuk puas-puas (nasib baik aku kena sekali sahaja). Dalam mimpi tak kenal mangsa tu TAPI kesianlah aku yang jadik mangsa the actual. Sampai sekarang dia dok bantai gelak sakan.

Esok pagi, bibir atasku nampak "tebal" skit dan ada darah terbit di bibir atas dan bawah. Dah le saya tak pakai lipstick, hanya pakai gloss warna sahaja, so still boleh nampak darah terbit tu. Nasib baik bibir tak pecah, lagi azab nak makan. Dan nasib baik jugak still new kat tempat kerja, kalau tak, mahu ramai yang bertanya.

Itulah storynya ... 1st time in my life ditumbuk. Lepas ni kena make sure sekeliling katil selamat. Kang mengigau lagi, tak pasal2 benda lain dikasi free ... nauzubillah.

Pernah jugak suamiku mengigau sebut "Allahu Akhbar" berkali-kali dengan suara merintih2 (antara keluar dengan tak keluar suara dia). Saya kejutkan dan bertanya, "kenapa?". Dia kata "Ada benda atas kepala abang". Tak ke menggigil aku dibuatnya di tengah2 malam gitu. Dia bagus jer sambung tidur semula.

Dialah paling banyak baca doa2 sebelum tidur. Sometimes pasang bacaan ayat suci Al-Quran. Mengigau tu mungkin sebab terlalu letih/faktor usia/ tekanan kerja ??? Dulu jarang berlaku.

14 comments:

Unknown said...

ya! allah...w'pun t'senyum2 masa baca n3 akak ni tp lia rasa sgt2 kesian kat akak sbb en.suami cuma minta maaf jer..huuuhuu...kot ye pun tgk2 lah tang mana yg lebam @ b'darah...nasib baik x kene kat biji mata klu x lagik parah.... :)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

A Hampunnn tajuk ngan intro bukan main lg
Terkejuzzz ai taw
Nasib baik Mimpi but scary la Mimpi gituew ngee

Zurina Hj.Zainal said...

ya allah...mati2 saya ingat gaduh betul2...hehehe...kelakar jugak ye bila baca entry awak...salam perkenalan....:)

ashra said...

alahai..siannya kak.
kalu saya mau meraung gaks tengah2 malam..sakittt tu walaupun tak sengaja kan.

hubby saya pun pernah ngigau.saya seriau gaks..tapi beranikan diri kejutkan die...lagi lama,lagi seram kita dibuatnya.hehe

nazayiena said...

Kasihannya akak kena tumbuk husband yg tgh syok bermimpi,Nasib baik le sekali tumbuk je husband akak dah sedar klu x tahu le apa jadi seterusnya......bahaya kan....

Anonymous said...

Suspend aje..ingat bebetul..haha

Teratak Hami said...

Mamamya,
Suami akak tahan gelak, tu pasal dia buat "derk" jer.

Ayu,
Memang scary ... :(

Zurina,
Salam perkenalan, nanti saya singgah ye :-)

ashra,
Akak meraung jugak sampai anak kat bilik lain pun boleh dengar.

Nazayiena,
Tu la, nasib baik 1st time tu kena kat tangan.

mamaJong said...

Ya Allah...
sabar je la...seb baek akak x balas kungfu kan atas katil tu..huhuuh...

ieja amieja said...

hehehe...nsb baik sekali jer kene tumbuk..dibuatnyer berkali2 mcm dlm mimpi tu..x ke naya..pas ni kene pasang perisai la plk..huhu

wahida said...

kesian kat akak sbb akak yg kena tumbuk...nasib tak tumbuk kat perut akak tu...huhu...

Asmara said...

bahaya gak ni kak. haha.. tp mcm kelakar pun ada. harap2 lepas ni takde kejadian mcm tu lagi. :D

kasihredha said...

bahaya ngigau macam ni, kena pakai perisai...hihi

^^nu[dd]yra^^ said...

adoi husband akak nih ngingau dasyat btol !

working mom... said...

la..ingat bergaduh sampai bertumbuk..tp sian akak jd mangsa ketidak sengajaan...