orang tak akan tanya berapa banyak harta kita, tapi orang selalu akan tanya berapa ramai anak kita.(I LIKE!!! .... kata2 "penyedap" utk orang yang dah berderet-deret anak ) Eh, eh ... takkan jumpa kawan nak tanya, berapa banyak harta korang? hehe ... terover jaga tepi kain le pulak!!! :-) Nota : ke-6? Ada brani? Uols budget berapa orang anak?
"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Tuesday, 31 January 2012
Budget nak berapa orang anak?
2 minggu lepas saya pergi check-up di Poliklinik Ayer Keroh. Seronok dapat scan & nampak baby "berenang-renang" :-)
Tak nampak lagi jantinanya tapi very the nervous nak tunggu 4 bulan, nak check jantina. Mestilah nervous kan coz kami mengharapkan baby BOY. Peneman Imran yang kononnya kesunyian.
Kalau dapat baby girl? Persoalan kami suami isteri di dalam kereta. Imran dah menjerit2 nak baby boy tapi the kakaks nak baby girl.
Of course BOY / GIRL, kami terima dengan kesyukuran.
TAPI
Si Suami : Awak rasa kali ni baby boy/girl?
Si Isteri : Saya rasa macam girl.
Si Suami : Saya rasa pun macam girl sebab perut awak melebar jek. (Selama ni lakiku tak perasan ke bodyku "lebar" .. hehe)
Si Suami : Kalau dapat baby girl, apa kata kita try untuk baby ke-6. Sebab baby kali ni kita tak plan apa2 pun. Kalau yang ke-6 pun girl jugak, then kita stop dan pasrah/reda .....
Si Isteri : Tak plan apa2? Bukan ke selama ni tak pernah plan :-) Sekarang pun dah tak larat bang, ada hati nak ke-6? Tunggu le keluar yang ni dulu.
Si Suami : Alah takpe. Lepas dah bersalin mesti awak dah lupa segala sakit2 tu.
~~ itulah kata-kata "manis" oleh suami ku.
Pitam, pengsan, hangat ketiakku dengar "angan-angan" dari suamiku. Ni baru masuk bulan ke-3, tapi rasa macam orang mengandung 6 bulan gitu. Badan lesu, cepat penat, semput etc ... almaklumlah, umur dah lanjut dan diri ni dah berikan service yang terlebih ~~.
Cuma seronok bila dengar seorang ustazah bercerita kat radio IKIM kot ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
belum kawen so tak bleh budget.hihi
nak tips iskit kak, nak bagi adik jugak kat anak teruna kat rumah tu ehehe
huhuhu ieda ada 3 org punn dah bersyukur .. dulu budget nak 4 .. x perlah rejeki dari allahhh .. syukurrrrr alhamdulillahhhh ;)
Lya Colours,
Boleh berangan jelah ~~
yatie chomeyl,
Takde tips dik.. maybe boleh try guna kaedah moden klu susah nak dpt baby.
ieda,
kami pun budget sampai 4 jek. Dah rezeki untuk ke-5 :-)
hehe...comel je perbualan akak dan suami..
saya?dulu mmg teringin nak anak ramai.tapi bila sorang da pergi dulu,terasa apa yang allah beri sikit tetap terima..
lagipun..da lari perancangan disebabkan itu.
mmg plan nak stop umur 35...
so,one more to go la kot before 35.hehe....
cukuplah 4 kali beranak,3 yang temankan di dunia..hehe
ashra,
semoga dipermudahkan segalanya ... klu plan nak baby lagi, cepat2 sbb dah makin berusia, kepenatan semakin terasa tau. camne pun, kita sama2 keluarkan yg dalam perut ni dulu k!!
salam kak..saya dulu konon2 budget nak 2 je..skrg dah ada 3 org..tu pun c.hb kata dah cukup..
saya kalau boleh nak bajet 4 dpt sepasang boy and sepasang girl mesti best tapi rasanya tak larat daa...cukuplah 3 umur pon dah lanjut huhu
ieja amieja,
Terover budget anak ye :-)
Kak KC,
Sometimes bila tgk anak dah besar, ada jugak kemalasan nak tambah ahli keluarga kan.
tak penah plan.. tapi rase nye cukup 2 kot sbb hsbnd serik takmo bagi prgnant lagik sbb sakit blkg saya ni, tak preggie pun kdg2 smpai takleh jalan.. mase preggie, lagiklaa takleh jalan..tapi kalau Allah takdirkan saya ade lagik anak, tak menolak, rezeki kan:)
papa mifz kalo dapat sepasang pun dah syukur alhamdulillah kak...:)
pandai husband akk bg ayat manis ek.yg mndengar ni pn boleh rasa kesakitan bersalin tu.heee..
"Alah takpe. Lepas dah bersalin mesti awak dah lupa segala sakit2 tu". haha..tergelak baca ayat ni
tak berani nak budget la. hajat di hati nak anak ramai tapi tahun ni pun umur masuk 30 tahun. hmm..
alhamdulliah syukur dpt mengandung kali ke-4 ni kak.. anak pun nak masuk 5 org.
tapi kalau ikutkan kakak2 izan, paling sikit 6 orang n paling ramai 12 orang... nak challenge kakak2 sendiri?... tak larat tu.. hehe...
Post a Comment