Thursday, 2 February 2012

Gelak tawa mereka :-)

Anak-anak ibarat pengubat segala-galanya. Kadang-kala mereka jugalah "pemanas" hati kita. Tu yang selalu si ibu jadi TARZAN. Macam biasa setiap petang saya & anak2 akan sampai ke rumah dalam 6:45pm gitu. Nabilah bukakan pintu pagar. Anak-anak still dalam kereta di luar rumah sementara saya sibuk angkat baju dan mengalihkan ampaian dari porch. Sempat Nabilah mengacah/menakutkan Nabihah, Imran dan Maisarah di dalam kereta. Bergegar kereta ku. Ikutkan hati, mahu sahaja marah tapi sabar, sabar ... kalau ku jerit, mahu 1 taman "bergegar" pulak. Bila saya masuk semula ke dalam kereta, still dengar mereka ketawa2. Nabihah menyorok sementara Nabilah yang duduk di depan macam tak duduk. Berdiri2 dan nak bertepuk tampar dengan Nabihah di belakang. Mmg tahan hati je saya. Tiba-tiba toleh belakang semasa nak reverse kereta, nampaklah Imran yang ketawa mengilai-ngilai sampai menampakkan barisan gigi rongaknya. "Apasal suka sangat Imran? Dah macam "PONTI"(=pontianak) ..... "Ibu kata Imran PONTI?" ~~ Bukan dia tak suka/marah ke,,,,,, tapi lagilah DIA dan KAKAKs gelak tak hingat!!! Alahai anak2 .... hilang penat tau!!!

No comments: