Wednesday, 22 February 2012

Mana SLIP GAJI uols??

Dulu masa saya kerja gaji banyak, slip gaji bukan main confidential lagik. Masa dapat, koyak then bukak, tengok sorok2. Sekarang ni, gaji ku bukan rahsia kerana ..... menyampah tau!!! Menyampah 1 Masa Board Meeting, boss minta staff admin bawak file saya. Then entah macam mana boleh terlepas kat tangan Wakil Pengurus. Dia dengan selambanya tanya, "Kak Fizah, ni file kak Fizah ek?" ... saya buka dan page yang pertama adalah offer letter yang dengan BESARNYA terpampang gaji ku. Menyampah 2 Nak kena fax slip gaji ke IJN. Saya pulak takde password nak guna fax. Terpaksa ler minta sorang staff ni. Dah sah2 dia tengok gaji ku. Lepas tu sibuk borak2, slip gaji boleh terletak entah kat mana tanpa disedari. Esok paginya bagus je dah berada di atas meja ..... hehe Sebenarnya saya takde le berahsia dengan gaji sekarang ni. (Tapi jgn le korang sibuk2 nak tahu gaji ku ... MALU !!! ) Gaji saya paling KECIK banding dengan staff2 lain. Dorang dah dapat banyak elaun. Saya hanya gaji pokok dan elaun telefon jek.

No comments: