Tuesday, 28 February 2012

Coconut Shake Klebang

Korang tahu tak Coconut Shake asalnya dari Klebang Melaka?? Eh betul ke statement aku ni .. hehe. Tapi memang famous "giler" le tempat ni. Senang saya nak dapat info dari Mr Google.

Dengan ajakan dan luahan kata-kata manja kepada suamiku di petang hari Jumaat, "Bang, baby dalam perut nak minum Coconut Shake kat Klebang la"... sila jgn "termuntah"... hehehe

Tips: Statement kena gunakan baby dalam perut (sorry baby!!) dan dengan suami kena cakap lemah-lembut, kang dia "STRESS". Lebih2 lagi nak ajak dia pergi makan2 yang kemungkinan dia yang kena kluar duit .... penyakit "jantung" yang takde ubat kan??? .... ok je hubby ku.

Selepas Zohor (Sabtu) kami bertolak ke Klebang. Panas terik, memang sesuai pekena Coconut Shake. Tak susah nak carik. Dari Bandar Melaka, ikut je jalan Klebang, gerai tu belah kanan, sebelum Caltex. Waktu sampai nampak tak ramai orang, ghupanya belah luar tu utk tapau jek, kat dalam lagi "happening".....jerit skit!!!! Jangan risau le pasal parking etc ... luas !!!

Nampak signboard tu ... orang tengah Q untuk tapau.

Menapak le kita :-)

Khemah MERAH, memang menambahkan "bahang" dan menambahkan ketidaksabaran nak pekena coconut shake. Walaupun orang ramai, senang jugak nak dapat tempat duduk. Maybe bukan public holiday kot.

Kami pekena coconut shake yang memang lemak berkrim itu. Blend2 aisnya sangat "lembut" dicampur pulak rasa isi kelapa yang diblend bersama. Kemudian ditambah pulak dengan 1 scoop Vanilla aiskrim .... super marvellous !!!!

Nabilah "menyedut" ....sruppp !!

Lepas sedut, suap pulak- Nabihah :-)

Maisarah- Hingga ke titisan terakhir .... ambik ko!!!

Harga Coconut Shake Biasa : RM1.50
Harga Coconut Shake Special (tambah 1 scoop aiskrrim) : RM2.00
Harga tapau : Kena tambah 20 sen.

Ada pulak makanan hidangan yang banyak pilihan di meja depan. Saya ni pantang nampak nasi lemak berdaun pisang yang bersaiz "ciput", mulalah meronta-ronta nak makan. Selain nasi lemak, ada juga bihun goreng, mee goreng dan berbagai pilihan kuih. Kami memang tak lunch lagi, so ni package lunch utk kami lah ...

Imran makan nasi lemak "ciput"

Puas hati !!!!

Imran makan Bihun pulak sebab kakak-kakak kata SEDAP. Boleh tahan juga Imran makan.

Total semua (utk mak bapak + 4 orang anak) RM24 .. oklah kan. Tapau Coconut Shake lagik!!!

Pelanggan silih berganti, dan kebanyakkannya Chinese. Teringat le pulak kat Kluang Railway Coffee .... walaupun kedai buruk je, tapi "international" level tu. Sama macam Coconut Shake Klebang ni. Itu pandangan sayalah...

Makcik "bolat" singgah beli kerepek geragau le pulak. Betul2 depan kedai Coconut Shake tu.

Korang kalau ke Melaka, singgah-singgah le ke sini :-) . Kang menyesal !!!! Yang mengidam, lagi ler susah ... hehe

Opening hours
12.30pm-6.30pm daily (except Friday).
Friday 2pm-6.30pm
Cuti ?? Bila-bila dorang suka ... :-)

Nota : Sorry to blogger Mamamya ... tak berkesampaian nak jumpa. Ajak pergi Coconut Shake, awak "berlagak" ... hehe. Yelah dekat dgn rumah dia, tak heran la ye :-)

Last but not least

Makcik ALL BLACK with Imran. Patutle rasa "hangat" terlebih.

10 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

hamboiiii curlastt baby nak minum ayaq coconut shake gituew...x pa akak preggy mmg selalu mengidam khen...best tgk thyeols minum tue...nikmat sgt ngeee

yatie chomeyl said...

tiba2 mengidam nak jugak uwaaaa

sekadar satu coretan said...

nnt kalau balik kampung boleh ler try..mcm menarik jer..

kat klebang yee...

Chekgu Azrine said...

chomel je makck all black nih.. hhehehe

wahida said...

inilah antara jalan2 cari makan dlm senarai saya sekarang...mmg tunggu masa je nak terjah melaka ni...

mmg lama dah duk usha coconut shake ni...

Fazleyatul Aini said...

pergh baca entry ni terasa haus nak coconut shake
belanja pelizzzzzzzz. hihihi

Asmara said...

isk2 duk mlka bertahun tp tak pernah sekali pun try coconut shake ni. haha..

Teratak Hami said...

Ayu,
Memang nikmat dlm panas terik kat Melaka time tu.

azam,
Jom pekena kat Klebang punyer :-)

yatie chomeyl,
takle nak tolong. Pos pun pasti cair .. hehe

ainnoraini,
Ha ah, klebang jek

Chekgu Azrine,
Tang mana yang comel tu?

wahida,
mcm org megidam pulak. Welcome to Melaka

Lya Colours,
Jom buat gathering kat sini, utk bloggers dari Melaka.

Asmara,
Tunggu balik M'sia, mesti pekena atleast sekali ;-)

Unknown said...

hehehe...smpi ati tau statement 'berlagak' tu kak fiza,sakit jantung dibuatnya :D

mmg dekat sgt dgn umah lia ni tp kami pi 2x jer kak..

insya'allah ada rezeki kita jumpa yer..alamat dah ada tinggal nak pi cari jer.. :D

IxoR@ said...

Dapat tau gak pasal coconut shake ni....

Nti klu terpergi ke Melaka... Nak trjah jugak...!