"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Tuesday, 28 February 2012
Khatam sudah !!!
Ni bukan cerita "khatam" BW tau.
Ni kisah anak lelaki seorang kami (Imran) yang dah khatam Iqra. TAPI baru khatam IQRA 1 jer ... pada Isnin malam.
Alahai baru habis baca Iqra 1 pun nak kecohkan si ibu ni ???
Manakan tak kecoh, dah setahun baca Iqra 1 tau. Bukan sebab si Imran yang problem .... tapi si ibu yang masalah skit.
Si ibu mengajar sebulan then cuti berbulan-bulan. Awal bulan Feb aritu baru start semula.
Alhamdulillah kakak2 semua nenek yang ajar Al-Quran sebab balik school transit rumah nenek. Kalau nak tunggu si ibu, memang hangin memanjang. Nak habis 1/2 muka pun susah coz ibu sangatlah kureng kesabaran.... tu yang mood boleh bertukar, mengajar sebulan, cuti berbulan-bulan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment