"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Sunday, 29 January 2012
Sabtu tanpa plastik, hari lain?
Semua orang tahu yang hari Sabtu memang hari tanpa beg plastik. Masing2 kenalah bawak beg recycle untuk bershopping. Kalau nak jugak beg plastik, kenalah bayar 20 sen. Sangat pelikkan ini kempen? Camne pulak kalau shopping hari Ahad/hari2 lain?
Alkisahnya Ahad lepas saya gi Mydin untuk beli barang dapur. Minta kotak sebab pikir malas nak kumpul beg plastik. Kat rumah kami dah terlebih2 beg plastik. Minta kotak kat seorang staff ni dia tak beri. Minta kat staff lain, dapatlah sekotak besar.
Masa nak bayar, isu pasal kotak tak boleh bawa keluar. Kami cakap, kami tak mahu beg plastik. Oklah... dah cakap dengan cashier tak mahu beg plastik kecuali untuk barang basah. Mula2 dia tak masukkan tapi lepas tu dia still masukkan dalam beg plastik. Kami tegurlah tapi dia buat muka tak puas hati sambil berkata, "Tu boss ada, nanti boss tegur camne"
... dengan air muka yang macam kami beri masalah besar pada dia. Rasanya lagi cepat process nak membayar sebab sangatlah lambat nak tunggu cashier masukkan barang2 dalam beg plaastik, nak simpulkan lagik. Air muka cashier tu memang tak puas hati dari isu kotak lagi. Malas nak besar lebarkan isu, kami terima jek. Rasa nak komplen jgk tapi kang tak pasal2 takut jadik isu besar pada cashier tu.
Korang pernah kena begini tak? Dan apa pulak reaksi kalau kita bawa beg shopping sendiri pada hari lain selain dari hari Sabtu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment