"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Sunday, 29 January 2012
Sabtu tanpa plastik, hari lain?
Semua orang tahu yang hari Sabtu memang hari tanpa beg plastik. Masing2 kenalah bawak beg recycle untuk bershopping. Kalau nak jugak beg plastik, kenalah bayar 20 sen. Sangat pelikkan ini kempen? Camne pulak kalau shopping hari Ahad/hari2 lain?
Alkisahnya Ahad lepas saya gi Mydin untuk beli barang dapur. Minta kotak sebab pikir malas nak kumpul beg plastik. Kat rumah kami dah terlebih2 beg plastik. Minta kotak kat seorang staff ni dia tak beri. Minta kat staff lain, dapatlah sekotak besar.
Masa nak bayar, isu pasal kotak tak boleh bawa keluar. Kami cakap, kami tak mahu beg plastik. Oklah... dah cakap dengan cashier tak mahu beg plastik kecuali untuk barang basah. Mula2 dia tak masukkan tapi lepas tu dia still masukkan dalam beg plastik. Kami tegurlah tapi dia buat muka tak puas hati sambil berkata, "Tu boss ada, nanti boss tegur camne"
... dengan air muka yang macam kami beri masalah besar pada dia. Rasanya lagi cepat process nak membayar sebab sangatlah lambat nak tunggu cashier masukkan barang2 dalam beg plaastik, nak simpulkan lagik. Air muka cashier tu memang tak puas hati dari isu kotak lagi. Malas nak besar lebarkan isu, kami terima jek. Rasa nak komplen jgk tapi kang tak pasal2 takut jadik isu besar pada cashier tu.
Korang pernah kena begini tak? Dan apa pulak reaksi kalau kita bawa beg shopping sendiri pada hari lain selain dari hari Sabtu?
Friday, 27 January 2012
LEBAI kami ♥
Inilah IMAM MUDA kami (insyaAllah!) iaitu Imran. Setiap Jumaat pakai baju Melayu tapi today ada aktiviti gosok gigi di sekolah, so ibu prefer dia pakai uniform sebab lengan pendek.
Imran sekolah di Sekolah Rendah Islam. Tapi dia baru tadika 5 tahun. Kira "menumpanglah". Setiap hari bersongkok ke sekolah. So far songkok tak pernah hilang (main point ni!!).
Datuk dan Nenek panggil dia LEBAI. Saya agak tak suka (tapi tak menyuarakan) sebab macam teringat2 tajuk story LEBAI MALANG. Kami nak dia jadik Imam Muda bukan Lebai !!! Tapi setelah check maksud LEBAI ...
~sumber dari blog ustaz amal
maksud lebai yang dipetiknya daripada Kamus Dewan dan Kamus Pelajar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bermaksud - orang yang tahu tentang agama, orang yang melakukan kerja bersangkutan agama dan gelaran kepada orang yang tahu hal-hal atau taat kepada agama.LEBAI pun LEBAI la .... janji jadi anak yang soleh.
Thursday, 26 January 2012
Nak NANGES :-( dan pesanan penaja :-)
Dalam acc Maybank, ada "Credit Salary" ..... since last week.
Rasa nak menangis, sayu, syahdu ..... setelah 1.3 years tak bekerja dan setelah beberapa bulan mencari kerja, akhirnya dapat gaji cecah 4 angka walaupun ciput.
Alhamdulillah, dah dapat beri lebih pada my IBU & BABAH. Masa saya tak bekerja beri they all RM100 seorang, so now lebih2 lagi. Pada PAMA in-laws pun "merasa" my first salary masa balik kampung aritu. Mereka mungkin tak mengharapkan duit dari kita TAPI tulah ..... harapkan keberkatan dan doa dari mereka.
Uols pun sama kan? Inilah "jasa" kita yang tak seberapa pada mak bapak kita selagi ada hayat mereka. <== pesanan penaja ni ... hehehe .... bukan apa, kekadang terbaca artikel yang meruntum jiwa lara bila anak gaji besau2, RM10 pun kedekut kat mak bapak. Wallahualam ....
Anak2 dan suami tercayang dah "pow" KFC di Kluang. Untuk diri sendiri ?? Nak beli lipstick MAC tapi takde pulak di Parkson berdekatan (terasa "selamat" RM!!), so beli Silky Girl punye jek sebab gloss yang ada dah kontot !!!
Friday, 20 January 2012
Aku dan limau Mandarin
Boss kami tak benarkan kami ambil apa-apa hadiah pemberian dari pelabur, supplier dan jugak orang2 awam. Kang kena siasat, siapa nak jawab?
Pemberian tu termasuklah Limau Mandarin. Musim CNY you, mesti kena makan limau FREE kan? Selalunya kalau dapat hamper, then hamper itu akan dihantar ke rumah kebajikan. Ini Limau Mandarin, semua rumah kebajikan dapat agaknya. So akhirnya the PA distribute limau tu kepada staff. Dapatlah merasa Limau Mandarin FREE. Kalau beli sendiri tak dapat rasa kenikmatannya ... betul tak?
Start this week dah dapat limau free.... yeh, yeh ... Jom "flush" isi perut yg tak diperlukan. Today pakai baju pun color oren striking, serasi dengan warna limau :-)
Esok balik kampung Mersing ... cuti 4 hari ..... nak makan Sata, Nasi Dagang, keropok lekor etc ...
Selamat Bercuti semua :-)
Wednesday, 18 January 2012
Matanya lirik-lirik selalu ..... ♫
sila sambung ..... :-)
Matanya lirik-lirik selalu ........ Rupanya manis-manis ayu ♫♫
Siapa kah??
Sila tengok makcik di bawah ....
Perasan kan ?? hehehe ... sekali-sekala jek :p
Setelah diamati, MANCUNG jugak hidung ku ini ... hehe, perasan lagik!!! Nasib baik MUNCUNG mancung tak nampak sebab masa ni perut kelaparan giler. Dah 1pm tapi belum lunch.
Actually ni ada launching ISO kat office. Yang bestnya, dapat JACKET FREE (ada nama skali) and of course lunch yang sedap dan FREE jugak for 2 days (breakfast & lunch) ....
Alhamdulillah, takyah makcik terkengkang-kengkang membawa perut yang terboyot-boyot untuk mencari makanan di luar :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)

