Tuesday, 31 January 2012

Budget nak berapa orang anak?

2 minggu lepas saya pergi check-up di Poliklinik Ayer Keroh. Seronok dapat scan & nampak baby "berenang-renang" :-)

Tak nampak lagi jantinanya tapi very the nervous nak tunggu 4 bulan, nak check jantina. Mestilah nervous kan coz kami mengharapkan baby BOY. Peneman Imran yang kononnya kesunyian.

Kalau dapat baby girl? Persoalan kami suami isteri di dalam kereta. Imran dah menjerit2 nak baby boy tapi the kakaks nak baby girl.

Of course BOY / GIRL, kami terima dengan kesyukuran.

TAPI

Si Suami : Awak rasa kali ni baby boy/girl?

Si Isteri : Saya rasa macam girl.

Si Suami : Saya rasa pun macam girl sebab perut awak melebar jek. (Selama ni lakiku tak perasan ke bodyku "lebar" .. hehe)

Si Suami : Kalau dapat baby girl, apa kata kita try untuk baby ke-6. Sebab baby kali ni kita tak plan apa2 pun. Kalau yang ke-6 pun girl jugak, then kita stop dan pasrah/reda .....

Si Isteri : Tak plan apa2? Bukan ke selama ni tak pernah plan :-) Sekarang pun dah tak larat bang, ada hati nak ke-6? Tunggu le keluar yang ni dulu.

Si Suami : Alah takpe. Lepas dah bersalin mesti awak dah lupa segala sakit2 tu.

~~ itulah kata-kata "manis" oleh suami ku.

Pitam, pengsan, hangat ketiakku dengar "angan-angan" dari suamiku. Ni baru masuk bulan ke-3, tapi rasa macam orang mengandung 6 bulan gitu. Badan lesu, cepat penat, semput etc ... almaklumlah, umur dah lanjut dan diri ni dah berikan service yang terlebih ~~.

Cuma seronok bila dengar seorang ustazah bercerita kat radio IKIM kot ....

orang tak akan tanya berapa banyak harta kita, tapi orang selalu akan tanya berapa ramai anak kita.

(I LIKE!!! .... kata2 "penyedap" utk orang yang dah berderet-deret anak )

Eh, eh ... takkan jumpa kawan nak tanya, berapa banyak harta korang? hehe ... terover jaga tepi kain le pulak!!! :-)

Nota : ke-6? Ada brani? Uols budget berapa orang anak?

Sticky Post

Latest update ada di ENTRY bawah. Jangan ketinggalan baca N3 yang sebelum ni juga.

Klik sahaja Terima kasih kerana sudi membaca blog ini :-)

Monday, 30 January 2012

Di mana-mana pun ada ......

Baju sekolah 5 lapisan

Inilah pakaian sekolah twins setiap hari Isnin. Vest start pakai today sebab ada watikah perlantikan pengawas. Agaknyalah... coz dorang kata nanti dapat sijil masa perhimpunan.

Lapisan 1 : Singlet
Lapisan 2 & Lapisan 3 : Tudung (2 lapis).
Lapisan 4 : Kemeja
Lapisan 5 : Vest

The twins dilantik jadik pengawas perpustakaan. Setiap hari Isnin memang diri ibu pulak yang terasa-rasa kepanasan dorang tapi dorang biasa jek. Semuanya dorang kata "takpe ibu, takpe "

Ibu try nak reducekan lapisan2 tu ...

  • Singlet takyah pakai sebab kemeja tebal & "nenen" pun kecik lagik :-)
  • Ibu kena belikan tudung selapis tapi susah nak carik color kuning yang match dengan baju.
  • Vest tak payah pakai sebab kakak sepupu dorang selama jadik pengawas pun tak pernah pakai - tapi berkali2 dorang suruh beli jugak dgn alasan, cikgu suruh... emmm.

Suka hari koranglah nak pakai 5 lapis pun. Yang panas korang ... dan tiada alasan badan panas le, nak demam le, sakit kepala le, pada waktu petang masa nak gie sekolah agama ye ... inilah pesanan saya pada twins.

Nota : Twins pakai tudung mesti nak tajam kat bahagian atas tapi Maisarah selagi boleh nak bulat. Lupa pulak nak ambil gambar Maisarah.

Sunday, 29 January 2012

Terbaik dari ladang Gandum

Cekodok udang untuk santapan pagi Ahad. Sebelum ni kalau saya buat cekodok, comel2 jek saiznya. Seketul cekodok tu anak2 boleh NGAP sekali jek. Tapi kali ni diri sendiri pun kena gigit 2 kali untuk seketul cekodok.

Mungkinkah saiz tanganku dah mengembang? Cekodok yang dimasukkan ke dalam minyak panas pun dah tak se"comel" dulu :-)