Wednesday, 8 February 2012

Bila Datuk & Nenek start berTENET :-)

My sister, Mdm Principal, beli desktop baru untuk ibu di kampung. Streamyx pun telah dimasukkan dan bayaran bulanan akan dibayar oleh Mdm Principal. Selain dari tu, Mdm Principal jugak bayar duit Astro di kampung ... hehe, murah rezeki!!! Kami pun dapat le tempias as user.. hehe. 1st benda Mdm Principal ajar kat ibu ialah FB .... dia create account FB. Then yg jadik friends nenek adalah anak dan cucu. Terbaik !!!! Then gossips kat kami depan ibu.... Ibu tekan keyboard kuat2 ... yelah cikgu dulu2 guna typewrite, tak ke kena tekan kuat2 :-) After "mereka2" dah balik Selangor semula, yang jadik cikgu komputer kepada datuk dan nenek adalah SAYA dan anak-anak SAYA.

Tuesday, 7 February 2012

"Ketat" perut ku :-)

Saya baru balik dari Ramada Renaissance Melaka. Company ada launching event, so semua staff kena pergi. Saya sampai awal di Renaissance sebab takut jammed on the way TAPI dalam masa ~15 minits dah sampai Bandar Melaka. huk, huk ... no jammed la...

Seperti yang saya beritahu sebelum ini.......... I LOVE MY JOB. Salah satu reason coz ada events kat luar-luar gini. DAN paling penting, I CAN EAT "UNLIMITED". Free lunch dengan bermacam-macam food.

Alhamdulillah :-)

Best tau !!!!

Sunday, 5 February 2012

Apam Angry Birds

Apam Polka-dot telah di"ekploitasi"kan menjadi Angry Birds. Bukan setakat Angry Birds, boleh jugak jadik Lady Bird, mengikut pilihan customer. Harga berbeza ye :-)

Friday, 3 February 2012

Sebulan di sini :-)

Alhamdulillah... Today, 3 February 2012, genaplah sebulan saya bekerja di sini ... sekejap jer dah sebulan kan?

Saya suka bekerja di sini. Ikhlas dari hati ni tau!!! Saya enjoy dengan kerja saya walaupun tak banyak peluang yang saya dapat explore lagi. Staff di sini pun so far sangat OK.

Tapi bekerja kat mana2 pun still ada "terpeleot" skit kan? Saya pernah luahkan di FB saya :-)

Saya baru masuk kerja tak sampai sebulan tapi setiap hari saya bergaduh di office ni. At this age, aku tak kisah apa nak jadik asalkan mulut laser ku ini berfungsi mengikut keperluan, bukan ikut kata hati yang tak puas hati. I love my job !!! Cepat & jadiklah dia nak resign.

Ini luahan hati saya pada orang yang saya report kerja kat dia. Dia seorang jek yang masalah bagi saya. Dan saya dah dimaklumkan mengenai perangai dia di minggu pertama saya masuk kerja. Dah sebulan bekerja dengan dia, saya dah faham dan dah malas nak "balas-balas jerit" dengan dia. Seperti yang saya katakan, I LOVE MY JOB. Kepuasan bekerja itu lagi penting :-)

Nota : Risau jugak, asyik bergaduh jek kang tak confirm kerja le pulak :(

Thursday, 2 February 2012

Gelak tawa mereka :-)

Anak-anak ibarat pengubat segala-galanya. Kadang-kala mereka jugalah "pemanas" hati kita. Tu yang selalu si ibu jadi TARZAN. Macam biasa setiap petang saya & anak2 akan sampai ke rumah dalam 6:45pm gitu. Nabilah bukakan pintu pagar. Anak-anak still dalam kereta di luar rumah sementara saya sibuk angkat baju dan mengalihkan ampaian dari porch. Sempat Nabilah mengacah/menakutkan Nabihah, Imran dan Maisarah di dalam kereta. Bergegar kereta ku. Ikutkan hati, mahu sahaja marah tapi sabar, sabar ... kalau ku jerit, mahu 1 taman "bergegar" pulak. Bila saya masuk semula ke dalam kereta, still dengar mereka ketawa2. Nabihah menyorok sementara Nabilah yang duduk di depan macam tak duduk. Berdiri2 dan nak bertepuk tampar dengan Nabihah di belakang. Mmg tahan hati je saya. Tiba-tiba toleh belakang semasa nak reverse kereta, nampaklah Imran yang ketawa mengilai-ngilai sampai menampakkan barisan gigi rongaknya. "Apasal suka sangat Imran? Dah macam "PONTI"(=pontianak) ..... "Ibu kata Imran PONTI?" ~~ Bukan dia tak suka/marah ke,,,,,, tapi lagilah DIA dan KAKAKs gelak tak hingat!!! Alahai anak2 .... hilang penat tau!!!