Wednesday, 22 February 2012

Mana SLIP GAJI uols??

Dulu masa saya kerja gaji banyak, slip gaji bukan main confidential lagik. Masa dapat, koyak then bukak, tengok sorok2. Sekarang ni, gaji ku bukan rahsia kerana ..... menyampah tau!!! Menyampah 1 Masa Board Meeting, boss minta staff admin bawak file saya. Then entah macam mana boleh terlepas kat tangan Wakil Pengurus. Dia dengan selambanya tanya, "Kak Fizah, ni file kak Fizah ek?" ... saya buka dan page yang pertama adalah offer letter yang dengan BESARNYA terpampang gaji ku. Menyampah 2 Nak kena fax slip gaji ke IJN. Saya pulak takde password nak guna fax. Terpaksa ler minta sorang staff ni. Dah sah2 dia tengok gaji ku. Lepas tu sibuk borak2, slip gaji boleh terletak entah kat mana tanpa disedari. Esok paginya bagus je dah berada di atas meja ..... hehe Sebenarnya saya takde le berahsia dengan gaji sekarang ni. (Tapi jgn le korang sibuk2 nak tahu gaji ku ... MALU !!! ) Gaji saya paling KECIK banding dengan staff2 lain. Dorang dah dapat banyak elaun. Saya hanya gaji pokok dan elaun telefon jek.

Tuesday, 21 February 2012

Alhamdulillah ...

Hubby dah discharge semalam. Dia sampai rumah dah hampir kul 10pm. Imran seorang sahaja setia menanti kepulangan ayah tercinta sementara ibu dan the girls dah tertidur.

Borak bukan main lagi si kecil dengan ayahnya. Teringat Imran bertanya di CCU, hari yang sepatutnya nak operation.

"Ayah, betul ke ayah nak pinjam bateri kereta control Imran?" ... risau bebenor dia.

Balik tanpa operation tapi bill dah cecah RM10k. Macam "percutian mewah" di hospital. Tapi dapat diskaun and next month kena follow-up di IJN. Tabung Ihsan IJN maybe kena tunggu berbulan-bulan untuk dapat keputusannnya. Ada juga yang nak tolong "fight" untuk insuran.

Camne pun, senang skit hati dah ada depan mata :-)

** Kena bercakap sopan-santun di rumah. Nanti hubby STRESS !!!

Monday, 20 February 2012

Dugaan bagi kami

*** Terima kasih kepada kawan2 yang mendoakan suami saya di n3 INI. Saya sangat terharu dan ada juga yang sms, telefon etc. Susah saya nak terangkan keadaan hal sebenar pada setiap individu tapi mungkin N3 kali ini saya cuba menerangkan segala-galanya.

Tuhan sengaja menduga kita, Di mana kesabaran manusia

Hari Rabu, di office saya begitu busy menerima & membuat panggilan ke IJN. Dari admission, emergency department then transfer ke CCU then ke CCU Step down etc. Bukan dengan sekali dial tapi berkali-kali dail untuk disambungkan. Semua nak minta bayaran sebelum rawatan dapat diteruskan. Ini gara-gara isu insuran yang tak selesai. Esok (Khamis-16/2/2012), hubby akan operation.

Hubby sms pada Rabu malam, beritahu yang dia telah bercukur dan mandi dengan antiseptik. Ready untuk operation esok. Keesokkan harinya (Khamis), saya bangun seawal 4 pagi. Pukul 5 pagi, saya ditemani oleh PAMA dan anak-anak menuju ke KL. Saya memandu sepanjang perjalanan Melaka - IJN.

Kami tiba IJN dalam 7 lebih. Kakak ipar dah ada. Kami dapat kebenaran untuk melawat hubby. Kanak-kanak sepatutnya tak boleh ke tingkat 1 tapi sebab ayah nak operate, boleh jer masuk sampai ke wad CCU. Sayu tengok anak2 happy dapat jumpa hubby. Saya pulak yang terover meleleh. Sempat tanya doktor mengenai operation. Doktor dengan confident beritahu, "100% success". Maybe dalam 1~2 jam sahaja dan tak perlu risau sebab masukkan bateri sahaja. Lega mendengar.

But, dalam masa yang sama, rasa nak marah doktor pun ada sebab pasal report dialah, insuran jadi isu. Insuran takmo tanggung segala kos rawatan sebab sakit hubby ni dikatakan ada sejak lahir. Doktor ini dari Filipina, so kami anggap maybe dia tak faham policy insuran di sini. Yang kami rasa nak marah adalah pada Ketua Doktor yang sign report tu. Kami nak doktor tukar statement kat report itu. Apa2 pun kami kena tunggu lepas pukul 9, operation ok / tidak.

Selepas itu kami semua disuruh keluar. Pukul 9 lebih, dapat panggilan dari hubby, "Operation cancel", nurse pun dah bawa breakfast untuk dia. Ni semua sebab insuran takmo cover. Mulalah saya rasa marah. Memang salahkan report doktorlah. Tanya nurse2, semua suruh tunggu Ketua Doktor datang untuk beri penerangan. Saya dan kakak ipar tunggu di bilik menunggu sebab CCU ada masa lawatan tertentu. Tunggu punye tunggu, doktor tak datang. Bila kami telefon ke dalam CCU, katanya doktor busy, ada operation. Maybe after pukul 4pm baru boleh jumpa. Kami berbincang untuk alternatif lain, camne pun nurse kata kena tunggu Ketua Doktor punya decision. Kami dapat tahu operation hanya dilakukan pada hari Khamis dan Selasa sahaja. Kalau hubby diletakkan di CCU, mahu bil melambung2. Kakak ipar telefon pakcik mereka yang kebetulan VVIP di KL. Pakcik suruh rujuk pada Puan xxxx, orang IJN yang uruskan VVIP.

Dari bilik menunggu itu, saya call nurse dalam CCU. Saya membebel@marah kat nurse tu. Saya nak operation dilakukan dengan segera sebab takmo di"simpan" hubby lama2 dalam CCU. Then saya cakap yang kami bayar mahal2, kami sebagai customer, kami nak keluar puluh2 ribu, tapi kenapa susah nak jumpa doktor? Dah le datang dari jauh, ambil cuti etc. Kalau masa saya kat office, IJN asyik telefon je. Ni saya dah ada di KL, pleaselah settlekan dengan segera. Dari minggu lepas tak settle. Saya dah penat!!! Kami nakkan penjelasan atau atleast beritahulah kami alternatif lain untuk settlekan pasal insuran/operation. Takkan kami nak tunggu doktor sampai pukul 4 petang dan mungkin lebih dari itu dan of course dah terlalu lewat untuk kami nak settlekan benda2 lain.

Kami (saya dan kakak ipar) pergi ke Admission. Bil sampai Khamis dah sampai 10k dan anggaran kos adalah 15k tanpa operation. Kami jumpa dengan incharge person dari unit Emergency, dia terangkan pasal insuran. Orang yang jaga finance pulak tak datang. Then orang admission suruh penuhkan borang keluar KWSP. Isu pasal surat nikah. Untuk mohon keluar KWSP kena sertakan surat nikah le pulak. Mana ada orang "jalan2" bawak surat nikah, kad nikah ada le. Call KWSP, mereka kata boleh terima kad nikah. Tapi bila orang Admission call, tetap tak boleh guna kad nikah. Kami submit jer.

Kami ke CCU untuk isi borang KWSP. Nurse kat situ terangkan pasal kes hubby ni. Kami kata keluarga hubby takde penyakit ini, so takde isu pasal genetik. Tapi nurse tu kata, bukan genetik tapi CONGENITAL iaitu sejak lahir lagi dah ada. Kami pun pertikaikanlah camne doktor boleh kasi assumption macam tu. Selama hampir 40 tahun hidup, hubby tak pernah ada record penyakit itu pun. Doktor takyah tulis pun takpelah. Pasal report doktorlah kami kena tanggung segala kos.

Hubby terpaksa turun ke Kiosk KWSP untuk dapatkan statement. 1st time hubby keluar dari wad. Waktu ini sahajalah dia keluar, lepas tu segera ke CCU semula. Saya dan kakak ipar pergi ke Unit Tafsiran, untuk bincang pasal bayaran rawatan yang dah cecah 10k supaya rawatan dapat diteruskan. Kena bayar RM100 tapi tak pergi bayar pun. Alternatif apa pun kami buat, semuanya depends pada Ketua Doktor jugak. Rasa macam tak adil, salah doktor tapi kami kena bersusah-payah begini. Kami berulang-alik dari satu office ke satu office, calling sana-sini, PENAT sampai kami tertidur di sofa masa tunggu giliran.

Atlast dah pukul 4 petang, kami pergi ke bilik doktor. Kami tak kenal pun Ketua Doktor tu tapi kat corridor kami ternampak seorang lelaki dan perempuan sedang bercakap dan menyebut nama hubby. Kami jumpa PA doktor. Ceritalah segala masalah. Saya dah tahap meleleh. Dengan penatnya, jangan cakaplah. Dan tujuan kami jumpa Ketua Doktor itu adalah nak minta Ketua Doktor tu keluarkan report lain tanpa sebut CONGENITAL supaya hubby dapat claim another insuran. Hubby ada 2 insuran, company (MSIG) dan personal (Prudential). Yang dah reject adalah MSIG. Dalam borak2 dengan PA doktor, sempatlah kakak ipar lari jumpa doktor. PA doktor tak kasi tapi kakak lari jer. Saya ditahan. Saya dengar suara doktor lagi kuat dengan nada marah. Kata-kata terakhir doktor adalah "Please be patient !!!!". Yang perempuan borak dengan doktor tu adalah orang yang uruskan pesakit VVIP di IJN. Saya juga dapat tahu yang doktor marah sebab saya marah staff nurse dia. Camne saya tak marah sebab asyik menunggu je !!!

Doktor tak mahu tukar statement report. Kami dah hilang arah. Kakak pun dah rasa malu sebab kena marah dengan doktor. Memang doktor tengah ada operation masa tu. Kami uruskan untuk pengeluaran KWSP. KWSP suami dan saya jika dikeluarkan dari akaun 2, pun tak boleh nak cover harga bateri, RM45k .... ( maaf, sebelum ni saya beritahu harga bateri RM80k). Tu tak termasuk kos pembedahan dan kos2 lain.... orang admission tanya, "Ni tak cukup ni, macam mana nak bayar" ... kami dah termenung sambil bertanya balik, nak menangis pun ada, "Ada cara lain ke nak bayar??". Kami pasti Prudential pun takkan cover sebab kalau ada perkataan CONGENITAL, semua insuran akan REJECT. Camne pun kami minta juga doktor isikan borang untuk Prudential.

Berbincang dengan hubby, dia nak mintak discharge jer. Kalau boleh hubby tak mahu keluarkan KWSP dan juga duit simpanan. Duit2 itu untuk anak2, kalau apa2 terjadi pada dia (isteri tak disebut pun ..huk, huk). Dia dah tahu yang penyakit ini tiada ubat. Kalaulah dia mati pasal penyakit ini, dah SAH2 dua2 insuran tak boleh cover, takde duit pampasan. Duit simpanan pun habis....

Kami tengok pesakit2 sekeliling. Mereka relaks jer, takde kecoh2 macam kami. Nama suami memang dah "terkenal" kat Admission, Emergency, CCU ..... Kami pun dah penat, so kami decide nak follow jer dan esok nak minta keluar dari IJN. Tapi keluar dari IJN, siapa nak bayar 10k? Kami nak try minta Tabung ihsan di IJN. Ramai yang kami dengar, kos beratus2 ribu pun bayar setakat ratus2 sahaja.

Around kul 5pm, saya suruh PAMA dan anak-anak balik dengan abang ipar yang datang ke IJN dari Melaka. Kesian tengok mereka, penat menunggu di lobi IJN.

Esoknya (Jumaat) hubby minta doktor discharge. Doktor nak try another option. Doktor nak tulis sendiri surat untuk minta Tabung ihsan dari IJN. Kami tengok borang Prudential yang doktor penuhkan. Doktor tetap bulatkan di bahagian CONGENITAL. Rupanya memang kena buat gitu. Sebabnya penyakit hubby adalah ARVD (Arrhythmogenic Right Ventricular Dysplasia), so kalau dah ada ARVD, secara automatik dikaitkan dengan CONGENITAL. Tak boleh salahkan doktor. So sekarang salahkan INSURAN le pulak.

"Life begins at 40" .... dah tua2 baru tahu ada penyakit CONGENITAL.

Lepas doktor cakap nak try tulis surat pada Tabung Ihsan, hubby minta tukar ke wad biasa. Atleast kalau tak dapat duit tabung, takde le bill CCU melambung2. Memang penuh je wad biasa tapi petang tu akhirnya hubby dapat masuk Wad Dahlia (Wad biasa KELAS 3). Saya beritahu hubby, "Allah nak turunkan "darjat" seseorang dalam sekejap jer".... bukan bermaksud kelas 3 tu teruk benar, cuma layanan di CCU terlebih caring dan wad 3 boleh dibayangkan cikai2 jer.

Saya SMS pada adik-beradik "Mxx dah pindah wad biasa, kelas 3 sebab tak mampu nak bayar .. hehe" .... gitulah Lawak Antarabangsanya.

Petang tu jugak kami dapat tahu PRUDENTIAL juga DECLINE .... what to say?? Kalau IJN minta bayar RM10k tu, buat bodoh je lah. Saya cakap dengan hubby, setiap bulan bayar beratus2 untuk 1 family, sesen pun INSURAN TAK COVER. Harga bateri pun awal-awal dah direject. Dalam policy takde sebut bateri ek? Lagi baik tak payah beli insuran. Kalau sakit, hantar hospital kerajaan je. Kalau ikutkan hati saya, mahu jer terminate insuran. Yelah masa nak beli insuran, semuanya cover.... 1001 jenis penyakit le dicovernya. Bila kes kena puluh2 ribu gini, ada jer CONGENITAL yang diri sendiri pun tak tahu, terusnya insuran DECLINE. Kami dapat bayangkan if anak2 kami terkena penyakit yang sama, sure insuran kaitkan dengan penyakit genetik le pulak dan insuran takkan cover. Ntah2 insuran cover penyakit macam cirit-birit, demam panas ... kiranya penyakit "murah2". Tapi camne pun bebelan saya, hubby tetap nak juga ada insuran!! What to say, bukan saya yang bayar ???

** Insuran agent jangan "saman" saya. Ini adalah luahan hati saya.

Di wad biasa, hubby lagi bebas bergerak. Dialah orang yang "paling aktif" kat situ. Waktu melawat pun lagi panjang. Saya boleh bermalam di wad tapi untuk keselesaan, saya tidur di dorm. Ada hikmah kena tinggal di wad biasa. Hubby boleh ke bilik solat di luar wad. Tak perlu lagi berintinjak, boleh pergi toilet sesuka hati, tak perlu berspray untuk ambil wuduk dan tak perlu bersolat atas katil atau atas kerusi. Back to normal :-) Sampaikan tak pasang "wiring2" (utk monitor jantung etc"), pun nurse tak tegur/ buat "derk" je. Cuma kalau dia terlebih cakap, sometimes dia terasa sakit lah.

Walaupun saya dah "menyampah" dengan insuran tapi saya berterima kasih pada agen Prudential kami yang bersusah-payah untuk kami. Dari KL dia datang ke Pantai Hospital selepas dengar hubby admitted then uruskan pasal insuran di IJN pulak. Mungkin bukan rezeki kami. Dia pun belajar "something" yang 1st time dia handle case gini.

Doktor terangkan yang penyakit hubby memang tiada ubat. Camne pun saya berharap dapat bantuan Tabung ihsan supaya hubby dapat jalani operation.

Terima kasih pada kawan-kawan yang datang melawat. Sejak last week memang kami tak benarkan pelawat tapi now kat wad biasa, mungkin ok sikit. Saya pun tak beritahu pada kawan-kawan rapat hubby, entahlah masa tu rasa "penat" nak bercerita dan sebab masih belum ada kesudahannya.

Masih mengharapkan sinar :-)

Saya dah balik ke Melaka hari Sabtu. Anak-anak juga perlukan saya. Mereka rindu "suara tarzan" ibu !!!

Wednesday, 15 February 2012

Saya "naik" pangkat?

Baru masuk kerja dah naik pangkat. Ada sesiapa jeles?

Tapi bukan pengikhtirafan dari boss tapi dari ketua unit (kawan gaduh) saya yang dah resign semalam. Sakit hati jugak bila dia beremail-email semalam, mula2 ayat mesti dok mention "As you are the Ketua Unit Promosi now"

.... saje nak pass "meroyan" dia kat saya tau!!! Tapi saya cool, semua kerja saya ambil sebab kalau tanya lebih2, kena jerit dgn dia ..... the most important, saya lagi byk pikir pasal hubby yang kat CCU. Settlekan pasal insuran hubby etc.

So saya Ketua Unit?? Ketua Unit & dalam masa yang sama, sebagai Kuli Unit. Sebab saya sorang je kat unit ni ... hahaha. Kesian boss, entah2 terpaksa ikhtiraf saya sebagai Ketua Unit. Eh, eh ... gaji tetap sama dan still tak confirm kerje lagi .. hehe.

Fizah, Fizah ... jangan berangan ye :-) Dah pergi buat kerja.

Monday, 13 February 2012

Doakan kami .....

Suami saya berada di IJN KL sementara saya berada di Melaka. Perasaan??

Semuanya bermula pada hari Selasa (7/2/2012) yang lepas. Hubby beritahu semasa kerja, jantung dia bergerak laju, cakap pun dah semput dan dia rasa nak pitam. Lepas balik kerja, hubby suruh bawa dia ke Pantai Hospital, kebetulan hospital sebelah rumah kami. Setelah check as outpatient, doktor kata memang jantung dia abnormal dan kena rujuk pada pakar. Tapi hubby taknak warded.

The next day (8/2/2012), saya pergi kerja macam biasa. Hubby pergi hospital, jumpa pakar. Di hospital, doktor buat stress test, lari di treadmill. Heartbeat dia at 235, tak turun selama lebih dari 10 mins. Normal around 60~90. Doktor dah panik, dah ready untuk electricshock. But then turun jugak akhirnya. Doktor beritahu maybe hubby muda lagi (baru nak masuk 40), boleh tahan sebab kalau orang yang tak tahan, memang dah collapse.

Hubby kena warded di Pantai. Appoinment pukul 2pm for Angiography. Saya hantar hubby ke hospital. Sayu hati tengok hubby disorong ke OT. Angiography result menunjukkan tiada saluran yang tersumbat. Alhamdulillah ..... tapi case jadik more complicated!!!

The next kemungkinan adalah ARVD (Arrhythmogenic Right Ventricular Dysplasia (ARVD). Macam wiring-wiring yang mengepam jantung tidak memberikan signal yang betul. Dengar sebut wiring, teringat barang letrik. Sempat bergurau dengan hubby, "adakah aku berkahwin dengan alien?". Kes ini lagi bahaya dari jantung tersumbat kerana ini boleh menyebabkan SUDDEN DEATH. Ramai athelete kena mati mengejut pasal kes ini.

Di Pantai takde pakar pasal "wiring-wiring" ni. Di IJN sahaja ada. So doktor hantar surat untuk refer kes ini ke IJN. Di Pantai heartbeat hubby around 70~90 cuma sekali sekala sahaja naik more than 100 walaupun tengah tidur. Nurse pun 24 hours ada dalam wad. Check dari doktor memang cepat tapi yang melambatkan proses adalah pasal insuran etc.

So hari Khamis petang barulah kami bertolak ke IJN. Naik ambulance. Saya terpaksa duduk depan dengan driver. Siren dibunyikan kecuali di atas highway tapi speednya, kemain laju. Dah le kerusi tu takle adjust ke belakang. Sakitnya pinggang saya. Bila lepas tol Sg Besi, siren dibunyikan lagi. Jalan pulak jammed. Badan saya memang dah sakit sangat. Saya dapat rasakan muka saya penat, menahan sakit dengan perut "boroi" ke depan. Sure orang pelik, orang sakit duduk depan. Bila ada kereta takmo kasi laluan, rasa nak menjerit, "Woi tepilah... pinggang aku dah sakit ni" ... kalaulah boleh jerit :-)

Kami sampai di IJN around 5pm. Hubby terus ditolak di emergency. Saya pulak uruskan pasal admission. Hampir pukul 7pm, hubby ditolak ke CCU. Bilik sorang2 tapi saya tak boleh stay di situ. Kat CCU tu mostly orang2 tua. Ngerinya nak menuju ke bilik hubby. Keadaan hubby stabil dan on that night saya stay di rumah SIL.

Hari Jumaat tghari saya melawat hubby dengan mother & sister in-law. Hubby nampak ok. Dah dipindahkan ke bilik 4 orang but still tak boleh turun dari katil. Waktu lawatan malam, hubby dah dipindahkan ke bilik yang boleh turun dari katil. Suka kemain lagi hubby coz boleh buang air besar ... hahaha. Kalau tidak, kena beraxx atas katil.

Hari Jumaat, hubby kena buat MRI (Magnetic Resonance Imaging). Macam scan badan la. Kena masuk dalam "terowong" yang biasa kita tengok kat TV. Bak kat hubby, macam dalam kubur. Ngam2 sahaja dengan badan dan di dalam tu dipasangnya ayat-ayat Al-Quran la (utk orang islam) .

Jumaat malam, saya, MIL dan SIL tinggal di asrama dalam IJN. Bayar RM30/head. Ada 2 bilik utk wanita dan 2 bilik utk lelaki. Satu bilik ada 5 katil dan complete dengan shower & toilet. Di luar bilik pula ada pantry dan bilik TV. Security pun ada. Sangat selesa dan bersih. Hanya kami bertiga sahaja dalam bilik.

Ni beberapa rawatan/test/solution yang doktor beri for kes penyakit hubby ni. Bila dengar, ngerinya!!!
  1. Makan ubat - kami prefer ini!!!
  2. Akan buat macam Angiography (x tahu nama betulnya apa) tapi bukan dimasukkan pewarna tapi dimasukkan something then check wire mana yang abnormal. If jumpa problem wire itu akan dibakar untuk "matikan". Kalau dah byk sangat, kena buat cara lain. Kang kalau semua "wire" dibakar, bak kata my sister, "jadi jantung panggang le pulak".
  3. Masukkan "batteri" (ICD - implantable cardioverter defibrillator) dalam jantung. Batteri ni akan control the heartbeat. Bila terlampau laju, secara auto akan keluarkan tenaga untuk back to normal.
  4. Laser. This solution saya tak sure pulak camne caranya.

Dari hari Khamis, condition hubby stabil. Kalau heartbeat naik pun, lepas tu turun semula. Tapi Sabtu malam, SEGALA-GALANYA bermula.

Waktu melawat malam dari pukul 6pm ~ 8pm. Saya terpaksa keluar masuk dari CCU sebab ramai datang melawat. Di CCU hanya 2 orang pelawat dalam 1 masa. Bila dah semua orang balik, saya masuk semula dan terkejut tengok heartbeat hubby at 188. Dia kata since abah masuk heartbeat gitu. Hubby nampak penat. Duduk, baring ... just imagine dari ~7pm hingga dah hampir pukul 8pm, heartbeat at 170~190 ... macam orang bersukan non-stop!!! Saya dipaksa keluar dari CCU at 8pm. Lemah langkah nak balik ke dorm. Risau sgt2. Balik ke dorm pulak tinggal seorang coz MIL & SIL dah balik. Bila called hubby, still not ok. Dia kata doktor nak buat electricshock. Saya risau, rasa macam lonely sgt dan dah menangis. Mengadu pada keluarga saya. Mereka pun risau juga. Kakak saya nak datang ke dorm coz risaukan saya. Atlast dah tak larat nak pikir/ malas nak jumpa kakak saya, saya paksa diri untuk tidur.

The next day at 6am, hubby sms, dia baru tersedar. Malam semlm heartbeat tak turun-turun until pukul 9pm, doktor masukkan ubat tapi tak reda juga. Hubby dah tak tahan sangat, dia sign sendiri untuk buat electricshock. Nurse dah keliling katil, semua macam excited nak tengok doktor beri electricshock, mungkin jarang berlaku. Then hubby tak sedar sampai pagi. Bila sedar dia rasa jantung macam menyucuk2. Masa ni bilik pun dah "upgrade" semula ke bilik sorang2 dan tak boleh turun katil. Kami juga buat pengumuman pada sedara-mara yang macam bersuara nak datang melawat, "Doktor tak benarkan melawat"

Saya terpaksa balik ke Melaka hari Ahad ikut in-laws nak balik Mersing. Saya baru bekerja, dah cuti 2 hari, rasa tak sedap hati nak cuti lama-lama. At the same time, nak minta jasa baik boss untuk cuti lagi. Hati sedih sayu bila teringatkan hubby. Nasib baik anak2 ada, so terubat skit kerisauan itu.

Today (monday) doktor inform kena masukkan "bateri" hari khamis. Harga bateri sahaja RM80k .... SIL tengah uruskan pasal insuran. Saya dah uruskan masa hari Jumaat, tapi macam takde kata putus.

Saya dah beritahu boss untuk cuti tapi takde kata putus, ok / tidak. Boss akan call nanti. Camne pun saya tetap akan bercuti pada masa operation itu. Kalau boleh, esok juga saya nak ke sana.

Harapan DOA dari kalian semula.