Saturday, 23 June 2012

Malunya saya :(

Selamat petang Sabtu ...

Weekend memang jarang saya online, post N3 etc. Today sebab nak bayo bills (uols dah dapat gaji ke?), so lepas bayo bills, post N3. Kebetulan ada citer :-)

Pagi tadi saya pergi Mydin MITC. Biasalah beli barang2 dapur. Hubby kerja, Maisarah ada aktiviti di sekolah, so dengan hati & "perut" yang berat, pergilah bersama the 3 kids. Kang kalau tak shopping, takde benda pulak nak makan sebab dapur memang totally "clear". Beras pun habis!!!

Pergi awal, so tak ramai orang. Time kat kaunter nak bayar, cashier tu dok scan satu-persatu barang. Next customer datang beratur belakang kami, kebetulan pulak jiran kami. Time nak bayar, dok korek2 handbag, alamakkkk..........PURSE takde .... camne ni?? Cakap dengan adik cashier tu, "purse akak tertinggal dalam kereta la dik". Cashier tu pun blur kejap, tak tahu nak buat apa.

Nasib baik jiran kami di belakang, dia dok tertanya-tanya. Lepas dah beritahu purse tertinggal dalam kereta, terus dia kasi pinjam RM250..... hahaha. Buat malu jek. Saya dah le berpeluh2 time tu. Rasa kalau takde jiran masa tu, mesti saya akan lagi berpeluh-peluh untuk ambil purse kat kereta.

Lepas dah bayar, terus saya ke kereta, ambil purse & bayar terus RM jiran saya.

Peringatan untuk diri sendiri !!! Hopefully tak terjadi lagik.

Thursday, 21 June 2012

30 hari lagik

Today 1 Syaaban, so lagi 30 hari lagi kita umat Islam nak sambut Ramadan kan. Dalam korang countdown nak sambut Ramadan, korang countdown le jugak bila saya nak beranak ye. Saya tahu korang mesti cakap, "Ada aku kisah" .. hehe.

Sebenarnya due date saya on the 1st Ramadan= 21/7/2012. Ini bersamaan dengan birthday hubby saya. Kalaulah pada tarikh itu keluarnya seorang putera, Ramadan le namanya. Andai kata pompuan, Ramadhani ?? huk, huk ...

Boss dah suruh saya handover kerja. So start minggu depan saya akan bagi-bagikan kerja. Adik2 kat sini dah excited nak ambil kerja saya. Muda belia le katakan, memang semangat lebih. Sampaikan dorang dah booked nak duduk kat tempat saya. Yelah kebetulan partition saya ni luas skit ala-ala "rumah banglo", dorang takat "rumah teres" jek <== dorang yang buat statement gitu ye.

Saya pun excited nak beri kerja, lepas tu setiap hari datang office, saya boleh duduk melekat kat kerusi ni, dibawah hembusan aircond yang diON sekuat-kuatnya. Tapi ada pulak yang mulut celupar berkata (wlpn dalam gurauan).

"Fizah, I rasa u balik cuti nanti, post you dah takde"

Nasib baik dia manager. Dia pun belum kahwin & dia ingat saya cuti setakat 3 minggu sahaja. 3 BULAN beb !!! Saya dikira macam bersalin anak pertama, kerja di bawah kerajaan wlpn company ni semi-kerajaan.--> mula le berangan, nak buat apa 3 bulan?

** Tadi check-up semua ok. Dah start kena dtg seminggu sekali. Next week kena minum air gula sbb umur dah lebih 35 tahun .. hehe




Wednesday, 20 June 2012

WW - Barang Wajib

Dah beli .... yeehaaaa !!!! Benda ni sangat penting/ wajib ada bagi diriku selepas bersalin. Kalau takde, boleh dikatakan macam nak meroyan rasanya. Ini yang aku alami masa beranakkan 1st baby, Maisarah. So setiap kali beranak, saya pastikan benda ini ADA. (utk adik2 yang nak menyambut 1st baby, pikir2 kan jugak keperluan ini)

*gambar dari Google (Pam susu Pureen)

Saya beli yang boleh guna adapter. Kalau guna manual, mmg susah susu nak kluar dan kalau guna bateri sahaja, tak puas!!(Ini yang saya rasa untuk diri sendiri yek).  Harga mahal skit, RM159.90 (beli kat Jusco) but murah compare dengan jenama Avent etc. Boleh guna even lepas masuk kerja.

Next nak beli JAMU pulak. Emmm.... Jamu apa yang bagus ek? Yg boleh makan walaupun BF baby?

** Today nak "merayau-rayau" cari data. Nanti saya BW yek.

Tuesday, 19 June 2012

Ku mendaki ....

Semalam ambil buku rekod kemajuan anak. Alhamdulillah, semua anak2 ok walaupun TAK CEMERLANG .. hehe. Maisarah banyak IMRPOVE. Klu tidak, dia blurrrr jek :-)

The twins jauh beza nombor dalam kelas. Tapi dah faham PEEL dorang dah. Now masing-masing dah AIM untuk final year. Masing2 nak dapat GOOD RESULT supaya boleh pergi SPA.

SPA? Si ibu punye idea la ni .... si ibu nak gie SPA tapi takde geng. Ajak anak-anak TAPI dengan syarat, final result kena GOOD.

Ok, ok sebenarnya nak cerita. Semalam ambil result, saya dengan gagahnya naik tingkat 4. Ambil result twins la. Perh ... ramai orang kesian tapi dorang takle nak tolongkan. Turun tingkat 4, naik pulak tingkat 3, bangunan lain. Rasa nak terkucil anak yang dikandung tau !!!

Lepas tu terpikir, apasal le tak suruh laki ku sahaja yang pergi ??? hehehe .... Nampak orang lain suami isteri datang. Part2 gi sekolah/ pasal anak mmg saya suker buat. Lagipun suami saya kerja kat Alor Gajah dan dia sentiasa sibuk. Tak berbaloi dia nak balik.

Nak gossip jugak ni.

Masa di kelas Maisarah, giliran sebelum saya adalah schoolmate saya sekolah rendah dulu. Anak dia sekelas dengan Maisarah. Dia lelaki so saya malu nak tegur. Dia pun macam malu2 kucing. Terdengar le cikgu komen anak dia macam, "Nakal, main2 dalam kelas, homework tak buat etc ....".
Saya tersenym-senyum sambil berkata-kata dalam "hati" ..... "Emm, macam bapak dia masa kecil2 dulu" ... hehehe. Bapak borek, anak rintik. Tapi kiranya bapak & anak walaupun nakal, tetap pandai dalam pelajaran jugak. Masuk kelas pertama jugak.

Monday, 18 June 2012

"Benci" pada anak sendiri

Orang mengandung ni selalunya HORMON tak stabil. Selalunya akan MOODY memanjang. Yelah penat, keletihan, panas, mabuk etc. Sometimes kita tak perasan perubahan perangai kita, kesianlah orang sekeliling yang terkena tempias. Orang kata "PEMBAWAAN" (betul ke perkataan tu???) budak .... kononnya la.

Saya tahu saya ni MOODY jek time mengandung. Asyik hangin jek dengan anak2. Dorang pun dah beberapa kali tegur, "Ibu ni garanglah". Tapi 1 perkara yang saya TAK SUKA tapi memula saya tak perasan pun, sampaikan hubby tegur,  

" L lahir nanti, mesti ikut muka Nabilah".

Kenapa kluar statement gitu?? Sebab saya "benci" (=sayang tau sebenarnya!!!) dengan anak saya Nabilah. Tak tahan dengan mulut dia yang pot-pet, pot-pet... penat nak melayan!!! Kita tanya 1, dia jawab 1000. Bila tanya orang lain, dia yang menyampuk, tolong jawabkan. Bila kat dalam kereta, lagi ler.... terpaksa jerit kat dia suruh senyap.

Pernah 1 hari on the way nak pergi jalan2, stop nak beli coconut shake. Suruh dia & Maisarah pergi beli. Kami yang lain tunggu dalam kereta. Dari jauh nampak muka dia tersengih-sengih ke arah kami semasa dia tunggu coconut shake tu. Itu pun saya takle tengok. Serius rasa macam MIGRAIN. Rasa macam .......... Alahai, BINGITnya telinga aku walhal dia senyum jek kat kami.

Dia OK jek walaupun tahu ibu "benci" kat dia. Memang takde perasaan punye budak!!! Now "pembawaan benci" dah takde, tu pasal boleh cerita.

** Uols ada "pembawaan" pelik tak?