Thursday, 11 October 2012

DLSR vs Compact camera.

Aritu saya beli Nikon DLSR. Emmm... baru sebulan lebih kot. N3 sini. Before beli, salesman tu dok tunjukkan Nikon 1, compact camera. Nikon 1 (compact) / DSLR? Akhirnya ku pilih dslr Nikon D5100

Tapi kan, tapi kan .... bila kita pergi "berfoya-foya", bolehlah bawak DSLR yg gedabak camtu. Bila ada formal event, camne ek?

Itu berlaku kat saya. Semalam saya pergi Look East Policy Conference kat KL. Bila berada kat situ, nak jugak bergambar2 kan, bukti pergi situ, bukan pergi shopping. TAPI malu pulak nak kluarkan camera. Kang takut pulak cameraman lain rasa TERCABAR ...

Actually company ni ada cameraman tapi takkan le dia nak mengikut je saya kemana-mana. Siapalah saya??

So sesiapa yang baru bercadang nak beli camera tu, pikir2 kan lah ... Tapi saya tak nyesal beli DSLR tu .. huk, huk.

Panggilan "makcik"

Saya ni memang dah lewat 30s dan kengkadang kat blog pun saya bahasakan diri as "makcik" ... but saya rasa takde le tua sangat kan.

TERSENTAP !!! & TERDIAM !!! pabila

Bapa kepada seorang budak yang duduk kat rumah babysitter with Luqman panggil saya "makcik" ... AGAK-AGAK le wei !!!

Walaupun saya ni memang dah tua dan anak pun dah berderet-deret TAPI saya tengok dia pun macam hampir seusia dengan saya.

Nasib baik dia peramah.

Tuesday, 9 October 2012

Posing maut

9/10/2012

Luqman dah 3 bulan today. Makin banyak cakap, makin suka tersenyum. Saya suka panggil dia Luqman Al-Hakim sambil cucuk perut dan pipi dia.

LUQ - cucuk perut kanan, MAN - cucuk perut kiri, AL - cucuk pipi kanan, HA - cucuk pipi kiri, KIM - cucuk bawah mulut.

Pasti dia tersenyum lebar :-)





Gambar pagi tadi. Fresh from the oven. Luqman tengah tidur lagik.


Monday, 8 October 2012

Work Work Work

8/10/2012

Today dah start kerja. Mood HAPPY !!!

Cuti 3 bulan memang berbaloi untuk persediaan masuk kerja semula, dari segi urusan rumahtangga dan urusan anak2.

Walaupun tak sempat kuruskan badan yg kat takat TEPU ini tapi baju muat lagi.

Luqman ku tinggalkan di rumah babysitter. Biar dia belajar "bergaul" dengan orang lain dan jadik "mesra alam" ... hehe. Sedih & sayu jugak sebenarnya .. huk, huk ..

* Email 3 bulan ... muntah hijau nak membaca.

Wednesday, 3 October 2012

Ajar baby menyusu EBM guna botol


Seperti yang telah diplan (semenjak dah dapat barang Autumnz), minggu lepas start ajar Luqman minum EBM guna botol.

Hari pertama - Isnin 24/9 ... aduhai !!!! Around 8:30 am start beri botol. Dia punya meraung, kalaulah orang dengar, macam si ibu tengah mendera. Luqman menangis sampai suara tak keluar, sampai bengkak2 mata. Si ibu pun turut menangis !!!  Yelah, siapa tak sedih kalau anak menangis tanpa berhenti. Naluri keibuan tersentap!!!

Luqman takmo jugak minum susu. Letak jer kat bibir dia, dia try untuk mengelak dengan toleh kanan kiri. Lepas tu dah masuk mulut yang ternganga sebab melalak, sama jugak. Berkali-kali jugak dia "wek-wek" macam loya. Dia rela tidur dari menyusu tau !!! Lepas bangun, bila saya start angkat dari buaian, dia dah start menangis. Meraung jugak TAPI akhirnya dia "tewas". Dah lapar sangat la tu!! Masa tu cium dan peluk dia ketat2 sambil dapat hati cakap "Alhamdulillah ... Tq Luqman". Lepas lepas tu, setiap kali nak sumbat puting botol, pasti Luqman meraung dulu, baru dia terima.

Saya pun perah jugak untuk simpan stok. Stok pun bukan banyak. Pada waktu malam saya menyusukan macam biasa, without botol. Plan macam hari bekerja biasa la.

Hari kedua - Selasa 25/9 .... dia meraung lagi TERUK !!! Memang betul2 uji kesabaran. Minum pagi then sumbat2 botol takmo jugak. Around pukul 1 lebih, baru dia terima.

Hari seterusnya, Alhamdulillah dah ok. Memang lama skit nak tunggu dia adjust lidah dia dengan puting susu. Kalau menangis pun setakat sekejap je & takde le meraung lagik.

Oleh kerana stok susu saya pun limited, so setiap hari maybe sekali atau 2 kali jer guna botol. Anyway, Luqman dah boleh biasa dengan puting tiruan dan original punye ... hehe

Tahap kesabaran yang TINGGI memang diperlukan untuk ajar baby guna botol. Memang betul2 menguji kesabaran.

Kalau baby baru lahir pun kena ambil masa yang lama (takde le berhari2) untuk ajar dan menyusukan dorang dengan susu badan. Biarlah baby melalak bagai nak rak, biarkan 1 wad dengar janji kita usaha untuk yang terbaik buat baby kita. * kat hospital kerajaan takle bawak botol susu.


* Dah carik babysitter untuk Luqman... :-)