"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Wednesday, 3 October 2012
Ajar baby menyusu EBM guna botol
Seperti yang telah diplan (semenjak dah dapat barang Autumnz), minggu lepas start ajar Luqman minum EBM guna botol.
Hari pertama - Isnin 24/9 ... aduhai !!!! Around 8:30 am start beri botol. Dia punya meraung, kalaulah orang dengar, macam si ibu tengah mendera. Luqman menangis sampai suara tak keluar, sampai bengkak2 mata. Si ibu pun turut menangis !!! Yelah, siapa tak sedih kalau anak menangis tanpa berhenti. Naluri keibuan tersentap!!!
Luqman takmo jugak minum susu. Letak jer kat bibir dia, dia try untuk mengelak dengan toleh kanan kiri. Lepas tu dah masuk mulut yang ternganga sebab melalak, sama jugak. Berkali-kali jugak dia "wek-wek" macam loya. Dia rela tidur dari menyusu tau !!! Lepas bangun, bila saya start angkat dari buaian, dia dah start menangis. Meraung jugak TAPI akhirnya dia "tewas". Dah lapar sangat la tu!! Masa tu cium dan peluk dia ketat2 sambil dapat hati cakap "Alhamdulillah ... Tq Luqman". Lepas lepas tu, setiap kali nak sumbat puting botol, pasti Luqman meraung dulu, baru dia terima.
Saya pun perah jugak untuk simpan stok. Stok pun bukan banyak. Pada waktu malam saya menyusukan macam biasa, without botol. Plan macam hari bekerja biasa la.
Hari kedua - Selasa 25/9 .... dia meraung lagi TERUK !!! Memang betul2 uji kesabaran. Minum pagi then sumbat2 botol takmo jugak. Around pukul 1 lebih, baru dia terima.
Hari seterusnya, Alhamdulillah dah ok. Memang lama skit nak tunggu dia adjust lidah dia dengan puting susu. Kalau menangis pun setakat sekejap je & takde le meraung lagik.
Oleh kerana stok susu saya pun limited, so setiap hari maybe sekali atau 2 kali jer guna botol. Anyway, Luqman dah boleh biasa dengan puting tiruan dan original punye ... hehe
Tahap kesabaran yang TINGGI memang diperlukan untuk ajar baby guna botol. Memang betul2 menguji kesabaran.
Kalau baby baru lahir pun kena ambil masa yang lama (takde le berhari2) untuk ajar dan menyusukan dorang dengan susu badan. Biarlah baby melalak bagai nak rak, biarkan 1 wad dengar janji kita usaha untuk yang terbaik buat baby kita. * kat hospital kerajaan takle bawak botol susu.
* Dah carik babysitter untuk Luqman... :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
kak..kami kalau ngajar anak guna botol saya suruh husband saya.. buat time dia cuti la..sbb budak ni dia tau kalau mak dia ada maksudnya yg original ada..
menangis jugak la.. tapi tak teruk sangat..masa cuba bagi botol tu saya semunyik..hahaha..
wahhh mcm susah je nk ajar... kena start dr awal ni selang selikan hehe.. akak pakai botol susu ape..
org kate tommee tippee or MAM okay puting die mcm puting ibu hehe
alahai kak... izan yg baca ni plak sedih. mana taknya bila bby nangis sampau melalak ni mmg tak thn dengar.
harap2 luqman ok lepas ni ye.
Rai,
Kena tunggu hujung minggu, takut tak sempat nak ngajar.
Fingertips Shop,
Akak pakai botol biasa jek. Puting pun Pureen jugak kot.
Izan,
Alhamdulillah, now dah ok :-)
akk try cari yg sama mcm nipple kita kak..insyaAllah..
jom sesama nti kita kayuh!!
good luck sis..
salam kenal hami.
Maaf saya singgah
salam Hami...mmg dugaan betulkan?Cam adik k.atie,cuba bg susu botol mmg cam perangai Luqman la...muka paling tpt lain:D
Dugaannya sungguh tp nmpk mkn ok dah tu luqman good boy
ooo baru tau kat hospital gomen takleh bwk botol susu...
Post a Comment