Entri sebelum :
Alfatihah buat arwah suami tercinta
Kematian tidak mengenal usia
Kematian tidak mengenal usia (Cont)
Saya sediakan di blog ini Label "Pondok Hami". Itulah rumah kami di Bukit Katil. Arwah sediakan untuk kami sekeluarga. Kami sempat tinggal di rumah ini bersama arwah selama 3 bulan ++ sahaja.
Rumah jadik macam homestay. Setiap hujung minggu bawa anak-anak lepak di rumah ini. Tapi mostly everyday saya ke rumah untuk siram pokok-pokok bunga saya dan melawat ikan peliharaan anak-anak ♥
Hari Sabtu kawan-kawan saya datang. Kemudian 3 orang tetamu@jiran (baru kenal) datang bersama hajat. Mereka dengar kami nak jual rumah and mereka nak beli. (Entah mana dorang dengar gossip ini??) YA ALLAH .... baru 2 minggu arwah meninggalkan kami, tak sanggup nak terima kedatangan dan hajat mereka. InsyaAllah rumah itu TIDAK DIJUAL. Air muka mereka kecewa.
Saya agak mereka adalah orang yang sama hendak beli rumah itu secara CASH tahun lepas. Nasib baik kami dah letak duit booking (RM500 je pun) dan tuan rumah pun pegang pada janji. Tuan rumah kata pada kami, "Dah berbulan-bulan rumah tu diiklankan, takde siapa pun bertanya. Bila kami dah booked, ada pulak nak bayar CASH. Mereka anggap itu semua godaan-godaan sahaja".
Muka-muka yang berhajat nak beli itu kecewa. Saya lagi la ... bukan takat KECEWA tapi SEDIH, HANCUR LULUH, BERKECAI ♥ ini.
* Arwah insured rumah itu. InsyaAllah saya tak perlu bayar@dapat FREE ♥.
11 comments:
alhamdulliah arwah dah sedia kan cukup serba serbi untuk kaka dan anak2...yg penting kaka x der bebanan hutang. kaka dah start keja ker?
Tenang dia di sana Fizah sebab segala keperluan keluarga telah diselesaikan dgn sebaiknya...
Dia suami/ayah yg baik..
Sememangnya arwah seorang suami dan ayah yg penyayang dan bertanggungjawab.....
memang sayang sangat rumah tu...
insyaAllah satu hari nanti u boleh fully tinggal disitu...
Salam perkenalan. Salam takziah dari saya. Semoga bertabah dan dikuatkan jiwa menghadapi dugaan besar ini, ya.
Al Fatihah.
betul kata kak zakie.. arwah seorg suami/ayah yg baik...
weekend kak fiza balik bukit katil yer.. insya'allah klu hujung minggu ni suami lia x de program apa2 lia nak ke sana.. apa2 nnti lia call akak dulu yer.
Sabar je lah hami...ini semua dugaan setelah arwah pergi. Yg pentingrumah tu dah jd milik hami
alhamdulillah, ada juga harta yang ditinggalkan utk anak isteri...
moga terus tabah dgn dugaan ini.....
sampai hati...kenapa la tergamak mereka datang dengan hajat untuk membeli semasa TH masih lagi bersedih..
alhamdulillah kak ..
sedih bila baca ..
pemergian arwah benar2 berkesan , nak2 dia ada meninggalkan kenangan buat akak ..
saya harap sgt akak terus kuat ye kak
Takziah...maaf terlewat.
Semoga puan tabah menghadapi dugaan ini.Saya dah baca semua entri puan pasal arwah.Al Fatihah.
Salam tazkiah buat Kak Fizah sekeluarga.. Semoga akak sentiasa kuat dan tabah menempuh dugaan ini demi anak2. Memang berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Kami doakan agar semua urusan akak dan anak2 akan dipermudahkan..
Berkenaan hal rumah tu, arwah suami akak seperti mengetahui dan telah sediakan rumah untuk akak dan anak2..
Al-Fatihah untuk arwah.
Post a Comment