Monday, 24 December 2012

Panggilan "hangit"

Hari Sabtu lepas kakak ipar saya datang ke rumah. Kakak ipar bercerita tentang dapat panggilan dari IJN minggu lepas.

"Pemohonan pengeluaran KWSP (untuk operation) untuk En Muzaffar telah diluluskan. Kami try call En Muzaffar dari bulan 6, tapi tak berjawab"

Kakak ipar saya jawab, "Dia dah meninggal"

::
::
::
::

Arwah meninggal bulan 10, takkan IJN called dari bulan 6, arwah tak jawab ??  IJN tipu?? Kalau arwah tak jawab, kenapa tak try call hp kakak ipar? Kenapa dah bulan 12 baru telepon kakak ipar??

Memang arwah tak mengharap untuk guna duit KWSP untuk operation. Duit itu arwah nak simpan untuk anak-anak jika dia dah tiada (ya, memang dia telah tiada).

Allah juga yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami.

** Utk sesiapa yang mengikuti blog ini tahu macam mana frustnya kami bila 2 insurans kami tidak boleh digunakan untuk operation arwah. "Penyakit dari lahir" walaupun dapat tahu penyakit itu setelah hampir 40 tahun hidup.

** Menjawab kepada komen Kak Zakie, duit KWSP arwah pun telah selamat masuk dalam acc saya on 6 Nov 2012 ..... lambat update orang IJN ni !!!!


Monday, 17 December 2012

Kisah lawak batu nesan

Semalam (Ahad) dah tempah batu nesan (nisan?) untuk arwah suami. Saya pergi tempah kat Kampungku Sayang, Bukit Baru. Saya pergi dengan Abg Long saya.

Kampung tu besar, rumah rapat2 plak tu. Terpaksa tanya orang kat mana tempat tempah batu nesan.

Abg Long keluar dari kereta dan berlari-lari, tahan sebuah kereta yang lalu kat dalam kampung tu. Kita "flashback" perbualan yang lebih kurang camni  ...

Abg Long : "Saya nak tanya, kat mana tempat nak tempah keranda?"

Terpinga-pinga brader tu ... lama dan "dalam" renungannya ...

Lalu brader tu jawab

"Kita orang Islam tak pakai keranda bang. Batu nesan ada le ..."

Perhhh... tak dapat dibayangkan camne muka Abg Long ku. Excited punye pasal, sampai tershashul !!!

Akhirnya jumpa jugak rumah Hj Mad, pembuat batu nesan.

Letak batu yang bersimen adalah HARAM, sebab tanah kubur adalah tanah wakaf, bukan untuk kubur persendirian. So beli jenis kepungan camni untuk elakkan tanah terhakis semasa hujan. Kubur arwah di lereng bukit.


Batu nesan yang ditempah macam ini lah.
Batu nesan jenis batu marmar camni mahal skit. Tapi untuk batu nesan yang telah ditempah, akan dibuat tapak camtu.


Pilih simple sahaja. Harga RM780 termasuk upah pasang di kubur. Tak tahu le mahal/murah. Semua kos akan ditanggung oleh PAMA mertua. InsyaAllah akan siap mid Januari nanti.

Nota : Ada orang tempah batu nesan sendiri ???


Friday, 14 December 2012

Artikel "MISKIN"

Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.

Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya,
"Macam mana percutian kita kali ni?"

Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,"

"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"

"Ya,"

Bertanya lagi si ayah,
"Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?"

Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,

"Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung.
Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam.
Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga ke kali langit,"

"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang.
Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta.
Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka,"

Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya.
Si anak tersebut kemudiannya berkata,

"Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita"

Thursday, 13 December 2012

Pencen Seumur Hidup

Penantian dari PERKESO telah ku terima. Penantian hampir 1 1/2 bulan. Cepat jugak prosesnya :-)



Alhamdulillah ... pencen seumur hidup untuk diriku dan anak-anak.

Kalau korang nak tahu, bagi yang tak tahu dan nak tahu, sebab saya pun baru tahu tentang Socso ni.

Sebelum saya tahu mengenai pampasan dari Socso ni, saya dok kira-kira berapalah Socso akan "bayar" kat saya? Saya ambil contoh orang lain yang alami kes macam saya. Memula saya kira peratusan dari basic gaji arwah suami. Kira punya kira, perhhhh .... memang banyak saya dapat, kiranya boleh hidup senang-lenang la. Senyum kambing sakan !!!

Actually PERKESO ni caruman untuk pekerja yang gaji bawah RM3000. Untuk yang gaji atas RM3000 atau 5 angka ke, tetap diambil kira RM3000 jugak. Dan untuk kes kematian macam saya ini, PERKESO hanya akan bayar paling maksimum RM1900 sahaja. Ni dipanggil PENCEN PENAKAT.

Jadik kami 6 beranak dapatlah lebih kurang, yang boleh untuk sara hidup ini. (Bahagian anak2 semua sama walaupun lelaki/perempuan dan bahagian untuk saya lebih skit). Alhamdulillah, syukur !!! Buat ku menangis kesyukuran. Ini adalah pencen saya seumur hidup dan untuk anak-anak sehingga umur mereka 21 tahun atau kalau tengah belajar, sehingga mereka tamat ijazah pertama.

Riak? Berlagak? Eksen?  <-- TAKDE niat pun !!!

Ada yang jeles ke??? hehehe ...........

Apa yang korang nak jeleskan? Korang lagilah bahagia. Bagi "can" le kami anak-beranak HAPPY sekejap. Kalau yang rasa jeles tu, cubalah korang bayangkan bila alami situasi macam saya. Harapkan "si dia" yang pergi tidak akan kembali lagi.

Think positive !!!

Wednesday, 12 December 2012

DEBU でぶ

DEBU bukan bermaksud debu yang berterbangan tapi perkataan Jepun でぶ yg bila ditulis dalam alphabet, gitu le ejaannya. Sebutnya lain skit. Maksudnya GEBU, BAMOK, BAMBAM etc ....

9 Disember 2012 (Ahad)

LUQMAN でぶ (debu) genap 5 bulan.





CAKKK !!!!






5 bulan dah. Rasa kejap jek. Tak sabar nak tunggu 6 bulan, nak kasi makan nestum. Yang lagi tak sabar, of course kakak-kakak sebab dorang pun nak "share" sama nestum Luqman. Tu pasal asyik tanya, "Bila ibu nak belikan Nestum?"

Luqman full bf. Tapi semenjak 2 menjak ni rasakan juga dia makanan lain. Mana taknya, kitaorang mengunyah, mulut dia pun sama-sama mengunyah "kosong" sampai meleleh air liur. Cubitkan sikit makanan, picit2 kasi lembut then letak kat lidah dia. Dia rasa2 tapi terkeluar. Belum pandai telan.

Allah anugerahkan anak yang paling baik. Susah nak tengok dia meragam. Sentiasa tersenyum. Anak yang aktif. Tangan kaki semua bergerak. Pernah bawak gie klinik, tangan kaki semua bergerak dalam satu masa. Lenguh tangan pegang dia. Tetiba diam. Tidur la tu !!!

Allah betul-betul mempermudahkan untuk menjaga dia.