Wednesday, 29 September 2010

Diri terasa kecil

25-9-2010

Hubby bersama Adik Muhammad. Pertemuan di open house rumah Abang Didin (Dr Hj Fakhruddin) di Kota Warisan. Hubby pada mulanya malu nak bergambar with the reason "Terasa diri ini kecil sangat". Aku paksa juga !!

 Siapa Adik Muhammad?  Can get the info from here.

"Terasa diri ini kecil sangat" bukan bermaksud THE SAIZ ye :-)

Untuk Abg Didin & wife, Atie ... mulia sungguh hati tuan rumah. Open house bukan setakat kawan-kawan, jiran-jiran, sedara-mara yang dijemput hadir tetapi juga pelajar-pelajar tahfiz dan anak-anak yatim. Murah rezeki mereka.

Selepas itu kami pergi ke Kursus Haji Perdana di masjid Shah Alam. Program start dari pukul 2pm (Sabtu) hingga 11:30am (Ahad). Aktiviti penuh dengan praktikal haji and pihak TH bina replika Kaabah for tawaf, laluan di luar masjid for Saei (Safa & Marwah), replika 3 Jamrah and kawasan Arafah (for wukuf), Muzdalifah and Mina. Also ada praktikal kutip batu di Muzdalifah. Penat!!! walaupun ada praktikal yg kami tak buat full macam Saei sepatutnya 7 kali pusingan tapi kami buat 3 kali sahaja, ==> ikut arahan guru bimbingan untuk pendekkan masa.


Kami bermalam di Masjid Shah Alam beramai-ramai. Beralaskan tikar getah yang disponser oleh PZS. Mandi at 2:30am sebab sentiasa full house. At 4am, start qiamullail and the aktiviti berterusan sampai pukul 11:30am. Dengan kursus ini dah boleh dapat sedikit sebanyak gambaran untuk ke sana especially masa tidur & mandi. Dalam kepala ni kena sentiasa beringat, tujuan pergi untuk beribadat bukan untuk bercuti.

Monday, 27 September 2010

Dubai

25-9-2010
"Setiap pertemuan, ada perpisahan"

Kami "kehilangan" kawan, sob, sob, sob. Abang Kamal & family dah berhijrah ke Dubai. Aku rasa sebak for the last time hugged the kids, Dina and Dira. Maisarah, Nabihah & Nabilah pun sedih jugak. Imran, yes this boy akan miss Uncle Kamal & Abang Danial each time sebut "Shah Alam". Of course hubby lagi le sedih, kawan dari kecil. Dia tak pernah tunjuk, tapi boleh tengok dari air muka dia. Sila jangan gelak, serius ni!!!
Gambar dari here

Mereka adalah kawan jalan-jalan, camping, plan tergempar, plan gila-gila etc. Apa-apa pun lepas ni boleh kami kumpul duit, "melencong" ke Dubai pulak!! Kami tak dapat hantar ke airport sebab menghadiri Kursus Haji Perdana.

Untuk Abang Kamal & Kak Ina,,,, Selamat jalani kehidupan di sana. Jangan lupakan kami "yang comel" di sini  & selalulah update blog ye :-)

Sunday, 26 September 2010

Lambaian Kaabah



Tarikh penerbangan : 31-Oktober-2010 (Ahad)
No penerbangan : KT78
Flight # : MH8072 (berkumpul di Kelana Jaya at 3:35pm )

Ini adalah penerbangan kami (suami isteri) untuk menunaikan fardu haji pada tahun ini 1431H (InsyaAllah, harap2 tiada lagi rayuan untuk penukaran tarikh). Alhamdulillah kami TERPILIH untuk menjadi tetamu ke rumah Allah walaupun kami terima tawaran yang tidak disangka ini agak lewat. Aku ada ceritakan di sini --> tangisan-kesyukuran. Inilah "hadiah" pada 10 Ramadan (20/8/2010). Terdengar-dengar lagu ini ditelinga.

♫ Ku mengharapkan ramadan kali ini penuh makna ♫

Berbagai halangan/ ujian kami terpaksa tempuhi, kami hampir cancel disebabkan hubby tidak dapat kebenaran dari boss Jepun. Kerja mengalahkan PM!!! Atlast pada 20 Ramadan (30/8/2010), boss Jepun itu minta maaf sebab dia tak faham kepentingan haji pada umat Islam and dia benarkan hubby "bercuti"  tapi untuk sebulan sahaja. Aku pun dah jenuh naik turun Tabung Haji KL, buat rayuan untuk beberapa benda, so far so good. Ada guna juga aku dah resign!!! Tapi masih ada ~1 bulan sebelum berangkat, selagi tak naik kapal terbang, selagi itu "hanging status". 

We registered with Andalusia package, tapi alhamdulillah dapat Muassasah. Sesuai dengan status aku as SURIRUMAH. The cost for Muassasah much cheaper than package. So the extra money (yg dah budget for package) can spend for keperluan lain.


Here the story begins :-)
Kami baru sahaja mendaftar haji last year after balik dari Umrah (June2009). ME & the kids daftar lewat sikit, after aku balik from USA (July2010). Our turn sepatutnya 2026. Rezeki dan aku sebenarnya menumpang rezeki suami agaknya !!! Hanya buat rayuan, rayuan & rayuan. Of course diiringi dengan DOA. Maybe DOA friend di hadapan Kaabah last year dimakbulkan oleh Allah. Ini isi SMS from friend to my husband last year :-
"...................... Happy birthday pada aja. Hadiah aku doakan depan kaabah jap lagi ya....................Birthday aku 23 nov ni. Best sebab kat mekah. Kalau kau dan aja dapat pergi next year birthday aja pun kat sini."
Kami tidak menghadiri kursus bersiri (kesilapan sendiri!!!). Hanya sempat menghadiri kursus perdana 2 hari. Kami bertanya dan belajar sendiri dari bacaan, internet, TV and friends (termasuk baca blog2 orang lain).
Doakan kami dapat pergi dan dapat menunaikan Haji dengan sempurna.  "Ya Allah, permudahkan urusan haji kami" .

Anak-anak akan tinggal di rumah babysitter for 2 weeks sebab bersekolah. After that kenalah minta tolong Mdm Principal bawa balik kampung. Masa buat rayuan for haji, kami tidak risau sangat pasal anak2 walaupun they are still young (3 years~9 years). Imran lagi happy duduk rumah babysitter.

Surat2 rasmi/ rayuan ke TH & pihak2 tertentu. Usaha, doa dan tawakal !!! Ini buatkan kami dah terror tulis formal letter.
  1. Rayuan untuk mendapatkan penempatan haji bagi tahun Hijrah 1431H/Masehi 2010 (Att pada banyak tempat/orang, bertarikh 5 Jan 2010 & 24 Mac 2010)
  2. Rayuan penangguhan menunaikan Haji bagi tahun hijrah 1431/ Masehi 2010 (bertarikh 30 Ogos 2010)
  3. Pembatalan Menunaikan Haji melalui Pakej Swasta (Att to Andalusia bertarikh 30 Ogos 2010)
  4. Rayuan Tarikh Penerbangan Haji 1431H/2010M (bertarikh 3 September 2010 dan alhamdulillah dapat tarikh pergi  31/10/2010 seperti yang kami memohon)
  5. Rayuan Memohon menukar kemasukan ke Madinah (bertarikh 20 Sept 2010).  
Tiada masalah dengan TH. Masa kat HQ, surat kami sometimes dorang buat macam "tak layan jer". Semua jawapan OK, OK, OK , macam endah tak endah. Tapi they did their jobs. Cuma macam penukaran ke Madinah tak dapat coz flight on that date memang semua dah pergi ke Mekah.

Hari berangkat makin dekat, rasa EXCITED + TAKUT... Rasanya semua yang dapat pergi akan ada perasan yang sama.

Doakan semoga kami dapat mencapai IMPIAN kami ini

Tuesday, 21 September 2010

UPSR

UPSR akan bermula today (21/9) until Khamis(23/9). This year takde anak-anak saudara yang ambil this exam. Exam after Hari Raya and still in raya mood but of course untuk students yang bakal ambil exam, raya pun macam tak raya kot. Sama macam parents jugak rasanya. Aku dapat rasakan debaran setiap parents yang anak mereka akan ambil exam tu. Nowadays education very challenging and students makin pandai, tak macam zaman dulu, batch aku 5A's tak sampai pun 5 orang.

Few my friends yang anaknya akan exam UPSR. GOOD LUCK and doa untuk their kids. Ada friend yang ambil cuti 3 days, berpuasa sunat coz nak beri support untuk anak. Doakan yang terbaik untuk mereka. InsyaAllah aku akan berada at the same situation for next 3 years.

Nota kaki: Dah lamanya tak menjahit :-)

Sunday, 19 September 2010

Reunion exSKBB 1982-1987

12-Sep-2010

Bermula dengan pertemuaan di FB. Bertempat di Hotel Kings, kami buat reunion selepas 23 tahun tak berjumpa. Kebanyakkan kami tinggal berdekatan sahaja, tapi memang tak berjumpa pun. Tak sangka masih ramai lagi yang ada kampung di Bukit Beruang tu. 15 orang joined the reunion. Masing-masing dah berubah. Tapi dorang kata aku MAINTAIN. Emmm, tang mana la tu??

Me ♥ eating and chatting. Sedap wo otak-otak tu!!! Rugi pulak tak makan banyak. Aziah beside me. Tak selera nak makan konon sebab bz chatting. Aziah banyak berubah and semua orang hampir tidak megenali dia.

Ramai yang dah berubah. Ada yang dah jadi manager, teringat dulu mak bapak dia ni orang Indonesia, hidup susah and jual nasi lemak, kerepek kat we all. Mak dia kerja bersihkan rumah Cina then buku-buku terpakai dibawa balik untuk beri anak-anak dia baca.

Ada juga yang jadi ARTIS. Dulu masa sekolah dia gesek biola tapi now jadi drummer. Camne boleh tukar profession? Katanya "semenjak guru biola dia meninggal dunia ... hehe"

Yang paling tak sangka, dari budak yang tersangat nakal boleh jadi ustaz. Alhamdulillah... Sorang lagi geng nakal tengah buat PHD kat oversea.
From left :
Firdaus, Fauzi, Reduan, Hendry, Julie, Sherly, Zack
Esma, ME, Aziah, Rasizi, Emy, Azlin.
Dah balik awal : Apis & Harman
Reduan (Duek) tu kira macam anak sedara aku. Jangan tak sangka, anak sedara lagi besar dari mak sedara. Antara anak sedara aku yang same batch, Apis, Zali and Iwan. Kiranya kat sekolah tu ramai sedara-mara aku sahaja. Zali & Iwan tak dapat dihubungi.

Me with Dr Azlin. Dia berkahwin with Zack. Kami semua tak sangka sebab no "cinta monyet" between them in school dulu. Tu yang ramai nak korek rahsia. After Dr Azlin grad from oversea and Zack from local Uni, baru lah dorang jumpa semula, bercinta and kahwin.

Yang pompuan biasa-biasa jer. Riuh rendah kami berborak. Yelah 23 tahun tak jumpa. Dicampur pulak bahasa Melaka + kampung, habislah "hancus" majlis yang sepatutnya macam telah dirancang dengan sempurna.
Me, Esma, Aziah, Rasizi, Emy, Julie, Azlin.
Budak pompuan kecil tu anak Rasizi, comel kan??

Masing-masing khusyuk dengar Emy bercerita / bergossip?? Emy pesan, don't talk about UMNO (politics) etc. Macam mana tak buka cerita, "orang kuat" pun datang.

Majlis habis around 5pm. Aku boleh tersesat nak balik rumah. The Hotel only ~2 km from home. Melaka dah berubah / ME terlebih excited?

Majulah sekolah ku
Maju jaya mewangi nama
Pelajaran atau sukan
Sek Keb Bukit Beruang