Beratur panjang di luar dewan yang panas. Sesak !!! Di depan kami keluarga Melayu, kiri - Cina, kanan - India. Yang kiri & kanan dok nak potong Q jer... Panas sungguh hati ku. Tunggu le raya korang. My Kak Long terpaksa dukung Ikhwan. Last2 kami dapat ke depan sebab bawa kanak-kanak.
Dah masuk ke dewan. Di sebelah kanan, barisan utk TYT. Sebelah kiri, barisan untuk CM & anak-anaknya. Kami beratur di sebelah TYT, tanpa pengetahuan. Dah dekat baru nampak.
Muka masing2 dah sememeh. Lagi sikit jer lagi nak sampai ke TYT.
Imran salam TYT sambil cium tangan. ME too !!! Ha?? Why? Why? Why? Spontan sampaikan Mdm Principal pun cium tangan TYT. Dia kata, "Tengok adik Piza cium tangan ??!!" Assistant TYT kat belakang pass duit raya pada Imran. ME pun hulur tangan but dia beri kat Nabilah, di belakang saya. Saya pun bertanya, "Saya takde ke?" .... Malu yang amat, tapi macam mana masa tu takde malu2 pun?? Dia jawab, "Untuk KANAK-KANAK sahaja".
Makanan memang banyak & berbagai-bagai. Disediakan gerai2 dengan juadah yang berbeza-beza. Tak kena Q panjang. Masing-masing dah kenyang with Nasi Impit, rendang, kuah kacang masa beraya di rumah, so makan pun skit jer.









