Saturday, 31 December 2011

Cutenya !!!!

My niece posted this picture in FB ... my daughters & cousin. Mungkin 5 tahun lepas at their ages 2-4 years old.


(The twins) Nabihah & Nabilah, Maisarah, Jade

Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 untuk semua yang membaca Blog Teratak Hami. Terima kasih kerana sudi menjadi kawan saya ♥

"Bye bye 2011 & Welcome 2012"

Friday, 30 December 2011

Buku Merah

Semalam 1st time gie pregnancy check-up kat Poliklinik Ayer Keroh. Punyalah lama ku menunggu, dari orang ramai sampai dah tinggal 2 orang sahaja. Buat buku baru, so banyaklah yang nak ditulis, dicheck sana sini. Saya baru 11 minggu.

So inilah Buku Merah rekod kesihatan. Setiap anak memang saya akan pergi check-up di klinik kerajaan dan jugak kat private hospital. This year plan nak beranak kat Pantai Hospital sebab saya nak carik doktor perempuan. Masih awal lagi untuk berangan !!! Just plan jer dulu sebab kena kumpul RM dari skrang kalau nak beranak kat private. Kang terkena lagi bill sampai RM13K macam lahirkan si kembar, mana nak "korek" RM kan. Boleh baca pasal mengandung dan melahirkan si kembar. Ada Part1 and Part2 lagik... hehe

Dan semalam jugak dok borak2 dengan nurse yang bertugas kat situ. Ok ke beranak kat Hospital Melaka? Dengarnya banyak kes. Walaupun pernah beranakkan Imran di Hospital Sg Buloh, rasa cuak jugak. So bila dengar cerita nurse tu macam ok jer. Dan paling best, katanya maybe boleh request nak doktor perempuan .... emmm.... akan difikirkan !!!

Thursday, 29 December 2011

Drama Tentang Dhia

Baru sahaja habis drama Tentang Dhia ni. Saya follow jugak tapi takle "rapat" sangat .... ada jugak skip skit2 tapi today memang awal2 dah dok depan TV... last episod. Bestnya sebab cerita ni ada dari Isnin-Khamis, so takle nunggu lama sangat nak tengok next episodnya.

Today, dari awal cerita sampai akhir cerita saya menangis ... drama betul makcik sorang ni. FEELING terlebih!!!! Ending sedih tapi tak sangka pulak yang si suami, Zikir tu pun meninggal sama.

Seandainya ku tahu ending si suami isteri meninggal sama, mungkin takle saya menangis dari awal sampai akhir. Akhirnya, mata saya merah, bengkak dan hidung saya tersumbat.

Nota : Geram sebab mak mertua dan si Zetti tu takde dapat apa2 balasan.

Wednesday, 28 December 2011

Shopping untuk diri sendiri

Setelah berpenat-lelah shopping untuk anak-anak, emm ...... baju budak2 still takde stok, so no worries, lets jolly at the other way. Now shopping ibu punya barang pulak ye :-) Sebelum gie Medan, aku ada cerita pasal dapat kerja kan. HR officer tu cakap start 1/1/2012 (of course 3/1/2012) tapi until today, surat pun takde. Dah called tapi dorang kata tunggu surat jugak. Alahai, macam nak tak nak jer ambil aku kerja. Aku tak kisah ler lambat pun, atleast kalau lambat, boleh jugak aku gie hantar anak masuk sekolah on the 1st day. Nak tunggu surat cinta memang boleh jadik kertu. Aku ambil initiatif untuk buat preparation awal .... tetiba je kan, selalu last minutes??!! Apa sangat pun, setakat beli kain ela kat Jakel ... hehehe .... Nak buat baju kurung. Baju kurung ni pun maybe pakai untuk sebulan dua sahaja. Andai kata takde rezeki aku kat kerja tu, baju ni akan ku pakai pada raya 2013 .... ishhh, kenapa tak tahun 2012? Sebabnya, raya tahun 2012 insyaAllah aku akan beraya dengan kain batik, T-shirt dan segala macam pilis, param, bengkung, minyak herba. Faham tak? Sure cik abang ku happy. Jimat budget raya !!!!

Tuesday, 27 December 2011

Sessi persekolahan 2012

Next year keempat-empat anak kami bersekolah. Saya busy shopping last minutes untuk baju2 sekolah anak. Memang terasa lagi "thrill" shopping last minutes ni sebab baju2 "sesaiz" anak-anak ku dah habis stock.... hahaha ... menggagau dibuatnya !!! Ni pun belum semua baju anak2 ada, buku2 pun tak beli lagi, alat2 tulis pun tak beli lagi .... best, best ... the adventure begins.

Sibuk2 pikir pasal shopping barang-barang sekolah, tertanya jugak, bila sekolah start? Kalau ikut secara "logik", sepatutnya start 3/1/2012 (Selasa) tapi tengok kalendar kat bawah tu 4/1/2012 (utk Melaka & negeri2 seangkatan) ... jadik 4/1/2012 la yek??

Oleh kerana nak carik jadual persekolahan tahun 2012, terjumpa plak jadual cuti persekolahan 2012. Sekolah pun tak start, dah tengok cuti ye .... :-)

Dan setelah diselidik, this year rumah kami "miskin" dengan kalendar 2012 yang besar. Selalunya sampai dah tak tahu nak gantung kat mana tapi this year cuma harapkan kalendar cinonet dalam diari Prudential. Ada sesiapa nak "sedekah" kalendar besar?? hehe .... takyah susah2 nak pos, hantar by-hand pun boleh :-)