Friday, 30 November 2012

Susu ibu vs susu formula?

Saya masih menyusukan Luqman (4 bulan lebih) sepenuhnya dengan susu ibu. Walaupun stok perah today, esok guna, tapi saya masih "berkeras" untuk fully susu ibu. Saya bekalkan 5 botol (4-5 oz) ke rumah babysitter .... habis!!! Saya ambil jugak Shaklee untuk tambahkan susu.

Masa habis pantang, saya macam "down" untuk bf Luqman. Leceh sebab nak kemana-mana, kena bawak si kecil tu. (masa tu belum simpan stok). Paksa arwah suami belikan susu formula. Dibelinya susu "L". Paling murah!!!

Kami "perang mulut" sebab untuk anak dibelinya susu murah, untuk diri arwah sendiri dibelinya susu SD2 yang rege setin kecik ~RM150.

Apa jawapan arwah kepada saya.

"Susu awak tu lagi mahal dari Enfa enfa ni. Allah dah berikan kelebihan ..........."

panjang lebar syarahannya. Kesimpulannya, susu "L" itu masih tidak berbuka lagi dan saya berusaha perah susu sampai sekarang. Perah today, esok guna !!! Sangat berharap cukup sampai 6 bulan dan lebih.

Nak share artikel ditulis oleh Pn. Kamariah, IBCLC dari Susuibu.com

Susu ibu adalah TERBAIK ♥

Di mana DIA di hatiku?

"Di mana DIA di hatiku?" buku yang dihadiahkan pada birthday saya. Buku yang ditulis oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi. 

Setiap tajuk, setiap mukasurat, setiap perenggan, setiap baris, setiap ayat memberi ilmu, motivasi, pengajaran etc untuk mereka yang mencari-cari ketenangan, mencari-cari cahaya Ilahi. Bahasa yang digunakan juga begitu menusuk kalbu. Di blog beliau http://genta-rasa.com jugak banyak ilmu.


Jika ditanya bila kau akan bahagia?
Jawabnya, HARI INI
Tidak ada esok bagi mereka yang mengabaikan hari ini !

Terimalah realiti walaupun itu menyakitkan. Menangislah sepuas-puasnya hingga terasa kesedihan sudah di puncaknya. Namun selepas itu, alirkan peluh untuk memperbaiki atau mengubati realiti yang menyakitkan itu.

Manfaatkanlah hari ini!
Hari esok? Fikirkan tapi jangan sekali-kali khuatir. Bingkas dan bangunlah. Lihatlah betapa indahnya hari ini ..

Ketika sunyi berwacanalah diri di dalam diri
Ya Hannan, teguhkanlah imanku
seteguh gunung itu ...



"Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara"

Thursday, 29 November 2012

Dapur Merah ku ♥


Bila kawan-kawan citer pasal masak-masak, citer pasal durian crepe la ...

Terasa rindunya kat dapur ini.

Bila agaknya nak menetap semula di rumah ini?

Dah 47 hari berlalu



Kisah mak ULTRAMAN - WW semalam

Nota : N3 auto publish.

Nak share dengan uols camne saya boleh jadik mak utraman .. hehe. Sharing is Caring ♥

Selasa (27 Nov) saya baru menjalani operation buang selaput pada ligamen tangan. Dah lama saya mengalami sakit di pergelangan tangan kanan ni. Semenjak melahirkan Luqman (~ 4 bulan lebih). Sakit pulak bukan di sekeliling pergelangan tangan tapi pada tulang pergelangan tangan yang sebaris dengan ibu jari.

Kesakitan ini menyebabkan saya susah nak dukung Luqman, gosok gigi, menulis, ikat rambut etc. Boleh tu, bolehlah tapi kena hati-hati. Kalau tersilap langkah, boleh "tersentap" urat kat situ. Tu yang rasa sakit.

Dah 2 kali pergi mengurut. Klinik pun dah pergi. Tak surut-surut jugak sakit. Banyak nak guna dengan tangan kanan ni. Dah le nak guna untuk dukung Luqman yang makin "gebus" tu.

Hari Isnin saya cuti, so saya pergi Hosp Pantai, jumpa pakar. Beritahu doktor saya sakit di pergelangan tangan. Terus doktor tanya, "You baru bersalin ye?" .... 1st time pun jumpa doktor tu. Saya jawab "Ya".
Rupanya ini memang penyakit biasa selepas bersalin.

Doktor kata ada selaput yang tutup ligamen tangan, tu pasal bila gerak akan terasa sakit. Selaput atau lemak?? hehe ...

Nak hilangkan sakit mestilah UBAT, INJECTION atau OPERATION. Doktor suggest operation sebab ubat / injection akan sakit lagi nanti. Of course saya sendiri cuba elakkan dari makan ubat sebab still menyusukan Luqman. Akhirnya saya pilih OPERATION selepas dikaji selidik. Nak tunggu baik sendiri, berkurun kot.

Operation ambil masa 10 minit jek dalam keadaan sedar. Doktor bius dulu. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Doktor kata selaput dah tebal dan ada air pulak tu. Lagi sekali saya terfikir, SELAPUT atau LEMAK? hehe....

Walaupun operation 10 minit, doktor potong skit je (dlm 5 cm) then jahit TAPI ketakutan saya sebelum operation....jangan ceritalah. Then lepas operation, doktor beri pain killer untuk kurangkan sakit lepas ubat bius habis tapi saya tak makan pun. SAKIT terpaksa ditahan demi nak susukan Luqman. Walaupun doktor kata ubat itu selamat.  

Pengorbanan, pengorbanan ... (tetiba nak menyanyi nasyid pulak)

Selasa operation, Rabu saya datang kerja. Dapat MC seminggu tapi sebab terasa macam dah banyak cuti bersalin, cuti suami meninggal .... ku korbankan MC ...

Pengorbanan lagi ... hehe.

Khamis (today) jumpa doktor untuk dressing (betul ke ejaan?). Tak sabar nak bukak bandage ni sebab kekadang tiba-tiba rasa gatal.


Wednesday, 28 November 2012

WW - Meniarap

Today ada 2 WW .. hehe. Sebelum citer basi, UP kan citer budak kecik Luqman ni.

Jumaat lepas dia dah meniarap full. Selama ni badan je terbalik, kepala "berat".
4 bulan 2 minggu.