Friday, 28 December 2012

Old pesen (fashion)

Old pesen?

Bukan orangnya tau !!

Bajunya... 


Baju masih elok tapi dah old pesen.
Nak dibuang ........ SAYANG !!!
Nak diberi orang ........ dah buruk @ dah berkali-kali pakai.
Nak beri pada anak .......... anak kecik lagi.
Nak jadikan kain buruk ............ kain buruk pun berlambak lagi tak digunakan.

Last-last
Sendiri pakai semula @ recycle 
Old pesen pun old pesen lah, janji "cukup" kain dan benangnya.

Tapi bila pakai, ada pulak yang tegur

"Akak, warna baju dan tudung macam apam saya" 

... huk,huk ...

ni kata2 dari tokey apam la ni.



Sama tak color dengan apam hujung tu?
(* mood lapar )

Nota : Ada idea nak buat apa dgn baju2 lama?


Thursday, 27 December 2012

Ibu dan anak

Gambar di bawah ini diambil pada 17 September 2012. Birthday Maisarah yang ke 11 tahun. Arwah ayah belanja main bowling then makan-makan di Secret Recipe.


Bukan nak tunjuk gambar sebenarnya.

Nak ucapkan TAHNIAH kepada Maisarah atas keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Maisarah dapat 7A 1B. "B" untuk Sirah ....

Alhamdulillah !!!!

Ibu peluk Sarah "ketat-ketat" dan cium "bertubi-tubi" .... *ciuman bertubi-tubi adalah favourite word Imran bila dia cium arwah ayah ... kenangan!!! :(

Arwah ayah jarang post "benda2" kat FB, tapi last day exam UPKK, arwah ayah wish Sarah dalam FB.



Nota : Seronok tengok Maisarah yang dah besar. Dia pandai jaga Luqman dan adik-adik.

Monday, 24 December 2012

Panggilan "hangit"

Hari Sabtu lepas kakak ipar saya datang ke rumah. Kakak ipar bercerita tentang dapat panggilan dari IJN minggu lepas.

"Pemohonan pengeluaran KWSP (untuk operation) untuk En Muzaffar telah diluluskan. Kami try call En Muzaffar dari bulan 6, tapi tak berjawab"

Kakak ipar saya jawab, "Dia dah meninggal"

::
::
::
::

Arwah meninggal bulan 10, takkan IJN called dari bulan 6, arwah tak jawab ??  IJN tipu?? Kalau arwah tak jawab, kenapa tak try call hp kakak ipar? Kenapa dah bulan 12 baru telepon kakak ipar??

Memang arwah tak mengharap untuk guna duit KWSP untuk operation. Duit itu arwah nak simpan untuk anak-anak jika dia dah tiada (ya, memang dia telah tiada).

Allah juga yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami.

** Utk sesiapa yang mengikuti blog ini tahu macam mana frustnya kami bila 2 insurans kami tidak boleh digunakan untuk operation arwah. "Penyakit dari lahir" walaupun dapat tahu penyakit itu setelah hampir 40 tahun hidup.

** Menjawab kepada komen Kak Zakie, duit KWSP arwah pun telah selamat masuk dalam acc saya on 6 Nov 2012 ..... lambat update orang IJN ni !!!!


Monday, 17 December 2012

Kisah lawak batu nesan

Semalam (Ahad) dah tempah batu nesan (nisan?) untuk arwah suami. Saya pergi tempah kat Kampungku Sayang, Bukit Baru. Saya pergi dengan Abg Long saya.

Kampung tu besar, rumah rapat2 plak tu. Terpaksa tanya orang kat mana tempat tempah batu nesan.

Abg Long keluar dari kereta dan berlari-lari, tahan sebuah kereta yang lalu kat dalam kampung tu. Kita "flashback" perbualan yang lebih kurang camni  ...

Abg Long : "Saya nak tanya, kat mana tempat nak tempah keranda?"

Terpinga-pinga brader tu ... lama dan "dalam" renungannya ...

Lalu brader tu jawab

"Kita orang Islam tak pakai keranda bang. Batu nesan ada le ..."

Perhhh... tak dapat dibayangkan camne muka Abg Long ku. Excited punye pasal, sampai tershashul !!!

Akhirnya jumpa jugak rumah Hj Mad, pembuat batu nesan.

Letak batu yang bersimen adalah HARAM, sebab tanah kubur adalah tanah wakaf, bukan untuk kubur persendirian. So beli jenis kepungan camni untuk elakkan tanah terhakis semasa hujan. Kubur arwah di lereng bukit.


Batu nesan yang ditempah macam ini lah.
Batu nesan jenis batu marmar camni mahal skit. Tapi untuk batu nesan yang telah ditempah, akan dibuat tapak camtu.


Pilih simple sahaja. Harga RM780 termasuk upah pasang di kubur. Tak tahu le mahal/murah. Semua kos akan ditanggung oleh PAMA mertua. InsyaAllah akan siap mid Januari nanti.

Nota : Ada orang tempah batu nesan sendiri ???


Friday, 14 December 2012

Artikel "MISKIN"

Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.

Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya,
"Macam mana percutian kita kali ni?"

Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,"

"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"

"Ya,"

Bertanya lagi si ayah,
"Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?"

Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,

"Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung.
Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam.
Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga ke kali langit,"

"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang.
Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta.
Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka,"

Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya.
Si anak tersebut kemudiannya berkata,

"Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita"