Tuesday, 7 October 2008

Balik Raya

This year turn beraya di rumah mertua di Mersing. Mula-mula husband tukar plan nak balik hari Isnin sebab sibuk nak pergi betulkan laptop. Tapi setelah dengar pujuk rayu I, dia bertukar plan ke asal, balik hari Ahad. So after berbuka kami bertolak ke Mersing. Singgah di Puchong hantar makcik balik kampung dia. On the way dalam kereta dah berperang mulut dengan husband sebab dia bawa laju ... ishh, berdosanya aku. Tak tenteram nak tidur sebab khuatir dengan kelajuan yang dibawanya. So atlast husband speed 90km/hrs di highway. I suruh speed 110km/hrs, tapi supaya dua-dua tak menang (Dia nak speed 140~160, I suruh 100~110), so ikut suka dialah, janji I dapat tidur dgn. tenteram. Dah berapa kali tidur, berapa kali terjaga, tak sampai juga ke destinasi. Ada sekali terjaga, terus terkejut sebab macam ada something di cermin depan. Rupanya kabus tebal. Ni jalan dari Kluang ke Mersing. Jalan memang berliku-liku & dikelilingi hutan. Seram juga tapi banyakkan baca surah2 Al-Quran, almaklumlah bawa anak2 yang masih kecil. Sampailah terjaga lagi sekali sebab dengar dentuman yg kuat. Ha ... dah terjerit kat husband tapi husband try to control the stering. Dah pikir mcm2 ... langgar kereta ke? Tayar pecah ke? Then terdengar pulak bunyi benda terseret bawah kereta. Ya Allah, masa tu berdoa, janganlah kereta buat hal di tengah hutan ni. Teringat pulak cerita seram, ”benda” bergayut bawah kereta la ... Husband pulak tak jawab soalan sebab sibuk control stering. Rupanya husband terlanggar anjing, kabus tebal so tak nampak. Anjing tu tiba-tiba ada di tepi kereta, tak sempat nak elak. Skirting depan kereta pecah & penutup tayar (husband panggil "daun pisang") tercabut. Tu yang terseret kat jalan raya. Alhamdulillah kami semua takde apa2 dan selamat sampai ke Mersing around 2:30am. I terus tidur sampai tak bangun sahur. *Moral of the story : Next time balik Mersing, kalau boleh elakkan bertolak waktu malam.

1 comment: