Wednesday, 7 January 2009

Imran 2 years - Happy Birthday

Tuesday (6/1/2009) bersamaan 9 Muharram 1430 Aku memang set alarm pukul 5:30am tapi today aku terjaga pukul 5:17am. Aku terus terpikir pasal Imran yang dah 2 tahun today. Dia lahir pukul 5:14am pada 6/1/2007. Mungkin naluri aku yang buatkan aku terjaga awal. Sebelum tu aku dah terjaga pukul 1:30 am, buatkan susu untuk Imran. Walaupun kami berbual, buka lampu, kakak-kakak buat bising masa bersiap untuk ke sekolah tapi Imran tetap tidur dengan lena. Ayah dah cium-cium Imran, dia buka mata, senyum then sambung tidur. Anyway, semalam sebelum tidur, kakak-kakak sempat menyanyi Happy Birthday to Imran. Dia pun menari, menyanyi dan tepuk tangan bersama. Penat sangat bermain :) Kami celebrate di rumah sahaja dengan kek dan KFC. Ayah belikan birthday boy BOLA. Senang je nak pilih permainan untuk Imran sebab dia memang suka main bola.

4 comments:

MisY said...

hepi bday, Imran. Moga menjadi anak yang soleh dan menjadi kebanggaan ibu bapa. Amin....

PerantauSepi1306 said...

Epi besday Imran :D Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi kelak.

MisY said...

u've been tagged, do visit my blog.

MisY said...

Fizah,

do visit my blog & add urself as my friend.

tq