Monday, 3 August 2009

Q-Dees Sports Day

Semalam berlangsung Hari Sukan Q-Dees. Macam biasa, everyday balik sekolah twins begitu excited bercerita pasal sports day. Tapi semalam hanya Nabihah sahaja yang pergi sebab Nabilah demam. Ayah pun demam juga, so they all stay kat rumah. Ibu bawa Maisarah, Nabihah and Imran pergi ke dewan SKSU. Nasib baik ada Clown beri Imran belon!
Muka Nabihah nampak tak ceria pada mulanya. Ibu nak snap gambar pun dia tak mahu. Mungkinkan dia "merindui" Nabilah yang tak dapat join sama. Maisarah pun join juga acara untuk pelajar sekolah rendah. Dapat tempat tercorot ... hehehe ... dapat juga hadiah!!! Paling bersyukur Imran "kureng" buat hal. Ada juga Imran buat adegan-adegan duduk di lantai etc tapi dapat di"settle"kan oleh ibu. Tu la kalau seorang je anak lelaki dalam keluarga, manja teramat!!! Muka ceria 2 beradik!!!
Balik rumah tengok begitu cerianya muka Nabilah tengah tengok cerita Hannah Montana. Akal panjang punya budak!!! Nabihah and friends

7 comments:

the principal said...

Suruh Maisarah sorokkan gigi bila ambik gambar...

MisY said...

fizah,

this will be my final year attending kindy's sports day. huhuhu....

Unknown said...

dah 2 kali bc psl cite hannah montana... besh ke cite nih ek??

MisY said...

fizah,

i've a dedication song for you in my blog.

Teratak Hami said...

Principal,
Gigi tu satu hal, hidung yang kembang tu pun masalah jugak. Sakit mata kalau tengok dia bercakap, rasa macam terseksa je!!! Kembang kempis kembang kempis!!!

Teratak Hami said...

Reena,
Kalau suka tengok cerita Hannah Montana, pasti suka tengok movie dia. I takde le concentrate sangat sepanjang movie, join sekali-sekala je. My husband pun tengok sampai tak bergerak, that means boleh "masuk akal" jgk la ... hehehe

Teratak Hami said...

Yanty,
I kena tunggu Imran besar for the next generation punya sports day.
I'll visit your blog.

* Nowadays payahnya nak pergi blog2 orang lain & nak beri comments. Mesti ada error. COmpany dah sekat sana-sini.