"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Monday, 10 August 2009
Weekend yang PUAS
Aku terasa betul-betul puas kalau dapat duduk rumah and buat everything untuk suami dan anak-anak. Kebetulan maid pun dah takde, so everything kena buat sendiri. Kalau orang lain maybe tak heran, tapi aku yang sekali-sekala dapat duduk kat rumah, buat kerja sikit, apalagi "heboh" sekampung. Asalkan aku bahagia and happy.... hehehe.
Jumaat malam as per Maisarah's request, aku masak spagetti. Start masak dah lewat sebab sebelum tu aku melepakkan diri dulu. Anak-anak memang tersangat rajin menolong, so ada masa aku sangat hargai "kerajinan" mereka. Masak kuah spagetti satu periuk besar and spagetti more than 1 packet. Ayah balik dalam pukul 9pm, so kami dinner bersama. Seronok tengok anak-anak makan. Maisarah sampai tambah 3 pinggan. Paling kecewa dengan Nabihah. Dia yang tolong masak tapi dia yang kata tak sedap. Nabihah makan sedikit sahaja and makan pun macam tak ikhlas. Anyway, semua suka kecuali Nabihah, so aku menang 5-1, bermaksud SEDAPLAH Spagetti yang aku masak.... suka2 buat conclusion sendiri!!!
Hari Sabtu aku tak gi berniaga kat pasar tani sebab ayah kerja. Frust sebab Sabtu memang ku tunggu-tunggu. Aku membasuh baju je 4 kali. Cuaca pun panas, seronok membasuh. Lunch makan spagetti lagi. Aku masak sambal ayam. Kali ini Nabilah pulak tolong masak. Anak-anak kami memang suka pedas, so lauk sambal aku hampir kering sebab ramai yang nak merasa masa sambal tu still mengelegak atas kuali. Kalau rasa selalunya hujung-hujung sudu, tapi they all merasa bersudu-sudu. Kalau they all makan nasi dengan sambal, aku nampak sambal je. Nabilah lagilah teruk, keliling mulut selekeh dengan sambal. Entah ikut PEEL siapa agaknya?
Hari Ahad aku banyak tidur sebab dah terjaga dari pukul 3am, lipat baju, iron baju and kemas rumah. Tengahari ayah ajak pergi PKNS. Kami lunch di Eiman's Tomyam, TTDI. Selalunya kami makan di QASEH BISTRO, tapi dah jemu. Tengok area TTDI, macam-macam ADA. Pilih je nak makan apa. ANI SUP UTARA, BIGFOOT, NASI LEMAK ANTARABANGSA, JM BARIANI ........ semua sebaris. Kat Eiman's Tomyam ni makanan pun sedap and harga berpatutan. Environment pun ok. Then kami ke PKNS. Ayah nak cari Rehal untuk mengaji. Semangat dan perubahan baru, alhamdulillah!!! Sambil tu aku cuci mata untuk baju raya tapi tak beli apa pun. Tema pun takde lagi. Ikutkan hati aku, nak saje pilih pink, tapi ayah dah reject awal-awal. Dah bertahun-tahun pujukan aku tak berjaya.
Balik dari PKNS, aku tidur lagi!!! hehehe .... best kalau tiap2 hari macam ini. After Asar barulah sibuk di dapur, masak nasi goreng, ikan goreng and panaskan Tomyam yang kami tapau. Aku dah pasang niat tak mahu makan nasi waktu malam sebab badan aku bagai dipam-pam. Tengoklah setakat mana termampu :-)...
Labels:
Ibu's Stories
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Fizah,
masa zaman saya keje dulu pun, saya merasakan yang sama seperti yg awak rasakan. tpi sekarang, kalau awak weekend yg puas di rumah, saya pula wiken yg puas di luar rumah. heheheh....
haha.. camtuhla rutin harian takde maid... sis... kite pon mcm tuh sbnrnye...
Post a Comment